Friday, January 30, 2004

Di mana orang melayu kita ???

Hujan masih turun pagi ni. Haii lah, entah dah surut entah tidak bandar kota tu. Aku nak pi bandar beli baranglah. Kat kota murah sikit, kalau area JB ni mahal lah. Haha.. cakap pasal shopping, ari ni aku dah abis 60 ringgit beli kain ela buat baju. Tadi tghari, kak mas ngan kak nas sudah heret sama aku pi Masai cari kain. Kemain lagi derang ni. Kata nak pilihkan aku baju tapi kat san, derang plak yg pilih baju untuk diri sendiri. Pelik aku tengok orang2 ni. Kenapa senang betul derang menilai kain ek? Aku klu nak pi beli barang, kena survey dulu, round 7,8 kali baru beli. Itu pun selai dua jer last2 aku beli. Itupun biler dah muak compare2 harga sumer kedai. Kiranya nak beli kain selain dua helai mmglah kena spend sampai 3,4 jam baru puas hati. Tapi tadi kak mas dah jadi macam kakak tiri, pening katanya enengok aku pergi kerja pakai baju warna suram2 jer. Errr.. masalahnya aku mmg suka kaler lembut ni. Ada ker dia suh aku beli satu kain ni punyalah merah menyala, ishkk.. gerun aku nak memakainya. Last2 dia geram psl, aku tak jugak pilih2 kain sedangkan dia ngan kak naz dah kebas 5,6 pasang. Dan akhirnya kak mas menggunakan kuasa vetonya memilihkan aku 2 pasang kain ela, satu warna ijau pastel, ngan satu lagi warna merah2 pink. Dua2 enis yg kaler plain tp ada corak yg berkilat2 tu, macam baju pengantin daaahh. Dah tu, siap dah pk kan pattern apa tu nak dibuat ngan kain tu, haha.. dia suh buat kebaya seehh. Kebaya yg ala2 baju Vietnam tu.. hehe. Tak per, aku akan ikutkan cakap dia, test dulu, klu tak ok, aku tak buat lagi. Tapi klu ok pun lum tentu aku buat lagi jugak. Hehe..

Baru jer anto memo aduan pada Admin, report pasal environment yg tak bersih. Semalam pagi aku dgn pengerusi 5’S’dah pi ronda kilang dan amik gambo sumer. Adoii, taulah ujan, tapi takkan kerja2 pembersihan pun cuti gak. Mana leh cam tu. Biler tanya kenapa tak der orang bersihkan, masing2 kata ‘eh bukan kerja saya tu’. Macam tu ker staff company? Klu aku, mmg aku dah kasi warning dah. Saper yg suka2 menuding pd orang lain tu, mmglah takleh nak dilayan sgt. Apalah salahnya, kilang ni kan tmpt kita sam2 cari makan, sama2 lah jaga. Kalu rumah tu kita tau nak bersih sentiasa, inikan pulak tmpt kerja, kilang yg produce bhn makanan yg kita sendiri akan makan jugak. Aku bukan tamoh paham pekerja2 environment ni sumer, (alasan kerja pembersihan susah nak buat waktu ujan) tp takkan menda cam tu nak dibiar jer. Gandum tumpah, lantai warehouse bertakung air, takkan nak biar jer kan? Abis kalau ujan sampai seminggu, seminggulah menda tu tak dibersihkan eh?

Recently, pengerusi 6’S’ did asked my opinion regarding the new members who could be appointed for the new season. Hehe.. aku kan orang kuat committee, dah terlantik secara sendirinyer.. (riak plak budak ni, sekeh kang). Actually, deep in my heart 'Kita lantik pengerusi baru boleh tak?' Haha.. mmg klu boleh, that's what i want. I hate working under peple who got no vision and determination. Aku cakaplah yg aku klu boleh nak lantik muka2 baru. Budak2 muda yg kerja kat plant tu. Aku tau ramai budak2 ni yg bagus2, tpi kerana derang tu mim lam alif ya wau, derang tak diberi perhatian. Yang bos2 melayu plak bukan reti nak naikkan bangsa sendiri, pk periuk nasi sendiri ajer. Matlamat aku itulah, nak naikkan bangsa sendiri. Biar orang tau yg budak2 ni sumer berkebolehan besar, cuma tak diberi peluang. Aku bukan nak tafsir kosong tp itulah yg aku nmpk stelah beberapa kali aku conduct training GMP dan ISO utk staf2 kilang ni. Wlupun derang tak berpengalaman, tp ada komitmen. Just trust them and let them feel that this company really appreciate their present at the workplace. As simple as that. Aku nengok, committee yg dulu tu adoii cuma pndi cakap, komitmen kureng. Otak masih stuck pada idea lama, maklumlah mmg org lama pun. So, kita kenalah berubah klu betul2 nakkan perubahan tu.

But, unfortunately, idea cuma tinggal idea. Bos Admin yg mlayu tu sendiri tolak idea aku. Aku dah agak dah, derang still pilih org lama. Mana konsep HRD tu? Kita nak bangunkan sumer pekerja, bukan orang tertentu jer. Aku mmg sakit hati betul dgn orang Admin/HR ni. Macma tak bermatlamat, buat kerja macam sekadar cukup syarat, ikut prosedur ISO. Last year, masa Internal ISO Audit, aku kena jd auditor utk Admin. Ikutkan hati mmg dah berpuluh2 Non-Conformance yg aku tibai kat derang tu. Tp derang ni mmg pndi belit2 sana sini, bukan aku tak tau. Cuma kalu aku hujahkan lagi, makin jauh plak derang terbelit. Kes 5'S' ni, aku lum putus asa lagi. Aku dah bertegas dgn pengerusi tu, klu member yg derang lantik skrg ni, mcm tak berfungsi, aku nk derang tukar dgn orang lain. Aku tamoh karang aku sorang jer yg berkomitmen. Klu mcm tu punya gaya, aku takkan teragak2 untuk cuba melebihi kuasa pengerusi aku sendiri, tunggu jer lah. Aku lum nak tunjuk belang lagi ni. Kang kuar sumer ilmu2 Leadeck aku kang, tak pasal2 ramai ingat aku giler kuasa.

kerja company ca ya nun alif ni memang bias selalu. Orang2 depa jer lah yg selalu dpt kelebihan itu ini. Tak yah nengok jauh, nengok gaji ngan bonus jer dah cukup. Budak derang yg masuk cuma sbg mgt trainee pun dpt gaji 2k++, apa citer kan? Pastu, kerja plak, orang2 derang dpt kerja yg sng2, org kiter plak dpt kerja yg susah2. Derang tanak amik risiko, so kalau apa2 hal yg tak memuaskan atau ada problem, senanglah derang nak hentam orang kita. Tak patut kan? Aku suka nak kasi contoh cleaner (mim lam alif ya wau) ngan office asst (ca ya nun alif). Cleaner ni kerjanya mmg bersihkan ofis. Yg OA ni kerjanya cuma buat air utk staf atau klu ada meeting atau klu ada guest. Tapi yg geram tu, biler OA cuti, cleaner terpaksa buat kerja OA, tp biler cleaner plak cuti, OA lgsung tamoh tlg sikit pun, katanya bukan kerja dia. Patut ker cam tu? Ahh.. mmg tulah adat kerja tmpt cam ni. orang derang buat salah tak per. Jgn orang kita, kicik punya mistake pun sudah kecoh macam dh bunuh orang. Biler anto training atau apa2 course, tmpt2 yg best, yg standard2 tu, haaa.. antar orang2 depa jer lah. Yang cikai2 tu baru anto orang kita. Pas tu, biler dah gi course, bukan reti nak sebar2 kan ilmu tu kat orang lain, simpan sendiri jer dan senang2 nak perintah2 orang. Sebab apa cam tu ? Pasal org lain yg wat kerja, org lain yg syok2 pi course, maklumlah free.. company support. haii.. aku, en Is ngan en mat (training team) mmg dah lama makan ati dgn pe'el cam tu. Patutnya course2 besar tu, kitorang lah yg patut dihantar psl kitoranglah yg akan train staf2 yg lain tu. Ni tidak, anto orang yg tak der kena mengena, dan last2 kitorang plak yg kena blaja sendiri dan ajar org lain. tak adil langsung cam tu. Nak buat cam na, kita bukan mata sepet cam derang.

Aku sgt benci biler staf bawahan tak dihargai sebaiknyer. Sangaaatlaaah mencciiiii !!! Bos2 tu terlalu byk kesenangan dan kemewahan atas kesusahan orang lain. Aku ingat lagi thn lepas rasanya. Aku buat assignment kelas Strategic Management dgn memilih company ni sndiri sbg case study (strategy analysis) aku. Aku dpt kerjasama yg baik dr MD, beyond my expectation. MD siap kata nak arrangekan satu hari khusus yg mana sumer HOD akan dibawa ke satu tmpt lain (outing lah macam tu) utk bincang ttg hal tu smbl bantu aku dgn assigment. Hahah.. memula mmg aku bangga psl MD siap bangkitkan hal tu dlm management meeting dan katakan yg itu idea aku. Tapi korang tau tak last2 nyer jadi camna ? Kesuntukan masa menyebabkan aku terpaksa cari sendiri data dan spend a few hours dlm bilik MD utk interview dia. Outing tu ttp berlangsung di kalangan HOD di mana sumer HOD di bawa pergi bercuti ke Sibu Island. Entah apa yg derang buat kat sana, tp aku dpt nengok yg derang lebih byk bersantai2 jer menghabiskan duit company beribu2 ringgit. Biler balik, tak derlah plak aku nengok apa2 perancangan ker perubahan ker. Derang pi mmg sekadar nak seronok2 jer. Ishkk.. geram tul aku, dah ler menda tu asalnya idea aku. Jadi menda lain plak. Konon digembar gemburkan, outing tu utk HOD dulu sbg pelopor, pas tu kononnya akan diikuti dgn staff2 lain plak peringkat demi peringkat. tapi smpi skrg? habuk pun tarak.

Aduss.. asalnya aku nak sambung segemn petua petui aku tu, ni aku dah bebel ttg lain plak. Tak perlah, mungkin esok aku smbg bhgn terakhir petua mengipas bos tu. Ok.. nak balik. A.kum

Thursday, January 29, 2004

Asslamualaikumm..



sempena dah nak dekat masuk ari raya ni, aku nak ucapkan selamat ari raya aidiladha kepada semua kawan2 sekalian, tidak kira di kategori manakah anda sekalipun. Mungkin kawan yg memang dah kawan dari skolah dan sekarang masih berkawan, mungkin jugak kawan yg baru berkawan dari sekarang wlupun dulu sama sekolah (itu macam kena kat btg idung mizie), mungkin jugak kawan yg bukan satu sekolah tapi sekarang telah berkawan kerana tersesat masuk dlm blog aku ni atau kawan2 siber yg tak penah jumpa live. Tidak dilupakan kepada sumer pihak yg telah telibat scr langsung atau tidak langsung dlm menghuru-hara dan menghappeningkan blog ni yg entah biler aku nak update layoutnyer.. Aku dah bosan plak ngan layout skrg.

Sebelum aku nak menyambung dengan petua aku, meh tengok henpon aku. Sebarang maklumat lanjut, sila lungsuri lelaman motorola (ayat dah mcm iklan kat tv singapore).

Enpon aku yg bolehlah tahan tapi aku nak trade in thn depan utk dptkan samsung yg plg best. Hemm.. semalam gi Jusco Taman U, tergoda aku nengok kedai SAMSUNG yg mmg khas jual enpon SAMSUNG jer tu.



PETUA NO. 2 "Kerja Mesti Mantap"
Memandangkan kita ni kiranya masih baru kat tmpt kerja tu, ada beberapa sifat yg kena ditanamkan dlm diri. Walaupun ianya kadang2 menyeksa diri kita sendiri tapi kenalah jugak turutkan. Nk dpt bonus lebih ker tanak? Kalu nak, jgn banyak soal, ikut jer..

Be Humble Enough To Obey, You May Give Order Someday
Kata-kata dari Abang Suhaimi, bos Leadeck masa zaman aku dulu. Mana dia dpt aku pun tak tau tapi menjadi kata2 azimat masa Kem JKM Teluk Kalong yang ke2, masa tu Mizi ngan Jie dah tak join lagi. Dan masih mjadi kata2 azimat buat aku smpi skrg yg sangat2 aku praktikkan di sini. Mula-mula masuk kerja, tok sah nak hyperactive, kecoh2 sgt, konon nak tunjuk bagus. Tak jalan punyalah. Bukannya orang makin suka, sebaliknya org makin menyampah. "e'eleh budak ni, baru masuk dah buat kecoh, macam bagus" Nak kena kutuk cam tu? So, for the start, kita ikut jer rentak orang2 kat ofis tu. Apa bos suruh, ikut jer, wlupun kengkadang tu luar dr job spec kita. Fikir positif tang tu. Biler korang dah paham rentak orang lain tu terutama bos, barulah korang boleh cari jln menyesuaikan diri, tak perlu nak gopoh gapah, cool jer. Menurut tak bererti kalah, sebaliknyer main psikologi lah kat situ. Lagilah biler bos ca ya nun alif ni, kiter kena kasi lemak dulu, biler dia dah percaya kat kita, haha.. berapa punya bagus daaa lps tu. Mesti dia sayang giler kat korang punya. Masa tu, korang dah mula lah ada kuasa tp stil kena control lah, bak kata pepatah melayu. Tarik rambut dlm tepung, rambut jgn putus, tepung jgn berselerak. Tak susah sbenarnya tu. Aku bukannya cakap auta ker haper tp mmg praktikalnya dpt aku nengok kat sini. Ada sorang eksekutif ni yg masuk hmpr serentak ngan aku masa memula kerja dulu, tp dia lmbat sikit. Aku bawak cara aku tulah, tp dia bawak cara dia yg konon bagus. Bising sana sini, kononnya berkomitmen sangatlah. Itu nak improve, ini nak improve macam selama ni sumer menda tu salah. Well, kengkadang tu mmg ada betul jugak cakap dia, tp dia ni tak toleh kiri kanan. Tak pk pasal sentimen pendpt orang lain. Manusia ni mana suka berubah mendadak, nak kena pelangkung? Kadang2 tu, chinese2 ni sendiri mengutuk budak tu dpn aku. Haha.. dan sekarang, eksekutif ni gigit jari jerlah pasal bonus dan increment tak sebanyak mana. Pas tu sibuk tanya aku punya bonus baperlah, increment aku baper lah. Nak compare2 lah tu. Atitud kerja pun tak sama, nak compare haper. Pegangan aku selama ni mmg membuahkan hasil, bos besar aku (atas dari my IT bos), sgt percayakan aku, sikit2 mintak tolong itu ini, hatta menda yg confidential sekali pun. Dia boleh borak dan bergurau ngan aku. Padahal sbnrnya ni satu kilang sumer takut ngan bos aku yg sorang ni. Punya cerewet, punya teliti.. Yg ni punya petua, mmg worth klu korang try, tak kira bos korang tu chinese ker indian ker, melayu ker.. Insya-Allah berkesan.

Flexible With Any Job
Biler kerja swasta ni, jgn sekali2 korang bayangkan cam kerja kerajaan yg asik buat kerja yg sama, kejap2 pi ngular ke kafe berjam2. Tapi insentif punyalah berlambak. Swasta ni, selagi ada daya dan kemahiran, selagi tu dia akan perah tenaga kita. Macam yg aku lalui sekarang, selagi ada kerja yg aku leh buat, aku akan buat. Tak yah nak tunggu orang lain. Biler bos dah suruh tu, jgn membantah. Sebaliknya anggaplah kerja tu sbg satu ilmu baru bagi kita. Dan slps tu korang akan dapti yg itu bukan setakat anggapan, malah betul2 akn menjadi pengalaman baru buat korang. Korang akan tau lebih byk ttg operasi dlm syarikat dan akan bertambah matang. Sebab tu smpi skrg aku tak kisah, byk sgt kerja dept lain yg aku dah pernah try. Even smpi kerja cikai jaga kat weighbridge lori kuar masuk tu pun aku dah try.. ok aper, dpt kenal ramai orang. Dan thn lepas, masa sorang kerani ni gi naik aji, aku kena take over sumer urusan invoicing dgn supplier, tak ker pening. Tapi bos paham, slow tak per, asalkan hati2 dan tepat. Agaknyer sebab tulah bos IT aku ni kemain suka amik leave, mentang2 aku ada, dia tak risau dah.

Commited and committed summore
Menda paling penting dlm kerja. Berkomitmen. Buat kerja dgn penuh tanggungjawab seolah2 company tu korang yang punya. Kerja yg ada, siapkan dan siapkan tu pulak dgn teliti dan hasil usaha yg terbaik dari korang. Biler orang tengok korang punya komitmen, orang mmglah akan percaya dan respect gilerr ngan korang. Dan bos2 pun tak kan teragak2 nak appoint korang utk sebarang tugas. Tak kisahlah kemahiran korang dlm bidang apa pun, as long as ada komitmen, sumer kerja leh jalan. Sebab tu lah, bos2 ramai tak teragak2 lantik aku utk kerja2 yg kadang2 tu lgsung tak pernah aku involve macam Internal ISO Auditor, Enterprise Risk Management Committee dll. Haha.. tak der kena mengena lgsung dgn komputer kan? Dan yg pasti, jawatan secretary dari masa JKM tu smpi skrg cam dah jadi badi yg melekat dgn aku, smpi aku dah mula naik bosan dah ni.

Plaster Mulut, Kerja Mau Jalan
Ni lagi satu. Kat tmpt kerja tu, cakap cuma biler perlu atau waktu nak bersembang2 jer. Jgn terlalu byk arguement dgn bos atau sesapa pun. Selagi boleh mengalah, kita mengalah. Selagi kita leh buat kerja, kita buat. Tak yah nak bising2. Ingat, senyap tak bererti kita lemah. Klu kita sendiri benci biler orang bebelkan kita, kita pun jgn nk bebelkan orang lain. Lagi pun semakin byk kita bercakap, semakin membuka kelemahan kita pada pandangan orang lain. Jgn pk biler kita senyap tu, kita skema sgt dan tak dpt nak tonjolkan kebolehan kita. Allah tu Maha Adil, dan tahu apa yg terbaik buat kita. Satu hari nnti, pasti peluang tu smpi. Aku cakap ni pun berdasrkan pengalaman. Dulu, dr kat maktab, aku rasa aku plg skema, pasif, (tak caya, tanya mizie), wlupun dlm jiwa ni rasa cam melonjak2 nak expose kebolehan sendiri. Dan peluang tu cuma dtg masa aku masuk JKM. Dan aku bangga dgn pencapaian tu, even BWP maktab dulu pun kata aku dah berubah. Biler masuk kerja, aku jd slow balik, maklumlah tmpt baru. Tp lama-kelamaan aku rasa bakat tu lbh dihargai, biler aku diberi pelbagai tanggungjawab, aku tak minta, mereka yg beri kerana mereka sedar kebolehan aku. Sbb tu masa Dinner lepas, ramai yg cam tak caya aku leh jadi MC yg baik utk acara tu. Aku ingat lagi MD siap kata kat bos aku,"wah, ur girl very good, can speak very well hah, usually she is very2 shy2 one.. " Hehe.. sikit lebih kureng lah.

Dun make ur life dull, be active, be creative
Jgn biarkan hari2 yg berlalu tu, berlangsung sama jer spt hari2 sblmnya. Jgn terjerat dgn rutin kerja yg sama. Aktif2kan expose2kan diri dgn pelbagai aktiviti syarikat wlupun sekadar menolong gantung2 perhiasan sempena raya kat ofis. Tunjukkan yg korang mmg ada sense of belonging yg tinggi pada company. Jgn buat kerja dgn stail yg sama, ubah2 lah sikit selagi tak melanggar prosedur atau work instruction ISO tmpt korang. Selagi menda tu ok, bos korang takkan marah punyalah.

So, panjang dah, tu baru pasal kerja. Wlupun kerja dah ok, masih ada satu lagi aspek yg korang kena beri perhatian iaitu interpersonal skill korang kat tmpt kerja. Itu akan aku sambung esok.. gtg.. babai

Wednesday, January 28, 2004

Resipi Mengipas Bos !!!

Assalamualaikumwarahmatullah dan selamat petang. Cuaca petang ni cam baik jer.. Klu tak tu, ujan memanjang.. yang tak mungkin akan memendek (bodohnyer ayat). Sabar betullah 2,3 ari ni, bekalan air paip terputus plak. Jangan risau, ini putus punya hal bukan talak 3 haa.. ini putus sementara waktu jer. Temporarily out of services bak kata orang putih yang bercakap bahasa inggeris, tidak termasuk yg berbahsa sepanyol mahupun perancis walaupun mereka itu orang yang putih. So, usah ditanya adakah aku mandi atau tidak pagi tadi, kerana jawapannya sudah pasti YA. Tolong sikit haaa... klu kronik tak der air pun, gerenti aku dah angkut kain baju sumer, mandi kat ofis, free lagi air.

Korang perasan tak button gambo graf kat bawah side bar blog ni. Yang boleh tolong menganalisis pelawat2 yg hit this page setiap ari. Siap leh tunjuk location pelawat tu.. giler bagus. Aku nengok kat web Jaja n Rina ada satu, so why dun give a try. Hemm.. so far so good, tapi tak derlah so near so bad. Tapi dlm berpuluh2 hit tu, 3-4 hit tu aku sendirilah yg masuk, tu tak yah nak kiralah kan. Pagi masuk, tghari masuk, ptg masuk, nak check chatbox tu. Yg bangganyer ari tu masa 23/1, sampai 43 hit tak silap aku, pdhal ari tu aku cuti. Haha.. mesti psl entry kontroversi 22/1 tu. Byk hit mgkin psl orang nak tau kesudahan citer aku ari tu. Huh.. Rina n Jaja suh aku citer balik kat derang psl entri tu. Sorry sgt kat korang psl aku mmg dah nekad tamoh lagi bangkitkan citer tu lagik. Bak kata satu dialog Kareena Kapoor dalm Mujhse Dosti Karoge, 'kalau asyik terikat dgn kenangan, mcmmana nak mencipta masa depan?' Haha.. boleh gitu..

So, di sini ingin aku mengotakan janji pada Jie, ini dia petua mengipas bos. Eemm.. rs tak sesuai plak bunyinyer.. pasal aku tak pernah kipas bos aku. Kipas diri sendiri ader lah. Yg plg tepat adalah petua nak jadi pekerja yg disayangi bos dan disenangi oleh sumer orang, hahh.. itu ok lah kot.

Bijak Memilih Majikan/Tmpt Kerja
Hehe.. ikut agama, jika nak dpt anak yg soleh/solehah, caranya kena bermula dgn memilih suami/isteri yg baik. Sama gak cam kerja. Cari majikan yg betul2 ok. Haha.. yg ni aku tak tau nak cakap macammana psl, baru2 kerja kita bukannya tau bos kita tu ok ker tidak kan?

Organisasi Yang Financial Baik/Mantap dan Ensem
So, tengok pd reputasi organisasi tu, financial mantap ker tidak dan prospek masa depan. Cam tmpt aku ni, kira mantaplah psl produce menda yg orang mmg perlukan setiap hari, even kalau gawat2 pun org still nak beli gak. Lagi membestkan keadaan biler company tu market leader dlm industri tu kat Mesia ni, hehe cam tmpt aku gak. Environment mmglah cam tak best, tak korporat dan tak cantik cam kilang2 elektronik tu, tp worthlah. Biler company mantap, tiap2 tahun bonus paling cikai pun 2,3 bulan tuhs. Biler dpt company cam tu, tak kerja kerajaan pun tak per. Masih leh terjamin idup korang tu.

Environment Tempat Kerja Mesti Kaw2 Punya
Selain tu, environment tmpt kerja tu camna. Kat tmpt aku, bos-bos sumer kiranyer mmg depan matalah.. ofis terbuka lah cam tu. Bukan cam tmpt2 korporat tu, bos duk dlm bilik, tak bergaul dgn luar. Biler bos dah dpn mata, dia dpt nilai kita dgn lebih baik. Dan kita pun tak der peluang nak mengular. Kita buat baik, bos nampak, buat jahat pun dia nampak jugak. Lagi satu, kira sng lah kita nak berbual2 ngan bos ker haper ker kan.. nak kipas pun senang. Itulah bestnyer biler kerja kat ofis kilang ni. Staff mmg ramai tp ramai kat plant, yg kat ofis tu sikit jer dan lbh dekat dgn bos.

jadilah Makhluk Asing Di Tempat Kerja
Tak derlah penting sgt tapi pemangkin yg sangat baik untuk korang. Biler masuk tmpt kerja, usha keadaan sekeliling, tengok orang2nya macammana. Kalau korang ada perasaan cam rusa masuk kampung dan rasa cam alien jer kat satu planet yg asing, yang sumer staf situ pandang korang cam jakun (tak der lah macam org jakun tengok snow), hah.. itu petanda baik tu. Korang akan dpt perhatian lebih nnti. Contohnyer cam tmpt aku, ramai staff bangsa lain, ramai staff yg tak high educated, ramai staff yang veteran2, ramai staff lelaki (utk org pompuan cam akulah). Dan aku bukan dlm golongan majoriti. So, tak yah nak expose2, mmg lah akan menjadi perhatian. Sumer orang akan respect dan sedar kehadiran kita kat situ.

Biler ada ciri2 cam tu kat organisasi tmpt kerja, mmg cantiklah. Environment dah ada.. korang cuma tinggal bawak badan dan cucuk sana sini sikit.. dah boleh jd pekerja yg disayangi.. Macammana cara nak cucuk tu, esok aku sambung balik.. tak laratlah nak taip byk2 ari ni.

So, itu dululah untuk ari ni. selamat mencuba..

Tuesday, January 27, 2004

Ujan oh ujan !!!

ba sim mim alif lam lam ha alif lam ra ha mim nun alif lam ra ha ya mim..
hehe.. apa bunyinyer tu yer murid2.. sapa dpt jawab, dia terer. Malulah sikit klu dah tua bangka tp tak tau. Nak kena seligi kepala masing2 agaknyer. Pi masuk sekolah baliklaaahh. ececehh.. berlagak plak aku ni yer.. Aksi-aksi berlagak di musim hujan. Hemm.. dah baper ari dah ni asyik ujan jer kat sini. Dari cuti ari tu. Dan akibatnya, daerah tercintaku Kota Tinggi sudah tidak tinggi lagi. Habis dinaiki air dan banjir. Jalan pun tutup. Sib baik ada jln alternatif, klu tak, percuma ajer aku menghabiskan emergency leave bersenang lenang kat umah psl tersekat oleh banjir. Lainlah dulu masa sekolah, ms jln baru ni lum ada.. aiseymenn.. giler seronok tak gi sekolah pasal banjir. Lagi pulak sekolah aku masa tu kat seberang sungai.

Errr.. tapi aku sangaaaaattt suka pada ujan. Tak kisahlah ujan tu kotor ker haper ker kan. Yg penting ujan tu sendiri sangat bermakna buat aku. Ishkkk.. apa citer ni Yu? Kalau Mizie rasa tenang biler tengok laut dan Jie pulak biler tengok bintang, aku plak suka merenung ujan. Bunyi ujan, pemandangan masa ujan malah bau ujan tu sendiri memberikan begitulah punya ketenangan pada aku. Uiit... karat beb aku. Kalau bersedih, ujan akan mmbantu menenangkan aku. Macam baru2 ni, ketika aku tengah sedih melampau, ujan pun cam paham2 turun lebat melampau sampai banjir2 tempat aku ni. Padahal dah bertahun2 tu tak banjir kat sini. Haha.. bagus betul.. cam ada chemistry gitu. Thank You Allah.

Semalam kan, on the way balik umah. Aku berpk lagi. Berpk dan berpk dan terus berpk. Huhu.. macam edward de bono plak aku ni yer.. (teringat pd PM Zahib). Aku merenung balik idup aku ni. Aku rasa cam tak berkat jer pekerjaan dan amal ibadah aku di muka bumi Allah selama ni biler aku sentiasa terasa hati dgn bos aku dan selalu menyinggung hatinyer. Betul, aku rasa tak tenang dan aku rasa aku perlu berhijrah dr terbelenggu macam tu. So, semalam, lepas bos aku selesai solat isya', aku terus cium tangannya, personally mintak ampun atas dosa aku padanya selama ni. Bos aku agak terperanjat tapi tenang jerlah. Aku jer yg dah meleleh2 air mata, padahal bukan syahdu sgt pun. Murah tul air mata aku ni, cam ada mega sale ler plak. Bos aku nasihatkan aku supaya sblm buat sesuatu tu, berpk lah dgn matang. Aku jnji pada bos aku, lps ni aku akan berusaha jd anak yg baik. Aku akan ikut cakapnyer, aku akan berusaha utk jadi macam yg dia nak. Dan aku akan bersabar selalu. Hemm.. aku rasa lebih tenang lps tu. Aku nak kotakan janji aku tu. Semalam, pakkal jer tak der air paip, klu tak, maunyer malam2 buta tu aku bsemangat basuh baju, pinggan mangkuk dan mengemas sumer.. Kata nak jadi anak yg baik kan.. So, aku rasa sekarang bos aku dah makin ok dan aku laaagggiiiillaaah ok. Pagi tadi aku minum nescafe yg bos buat, punyalah rasa kenikmatan tu, cam terasa2 ada berkat restu kasih sayang seorang ibu tu. Pergghhh.. cayalah. Dan pagi tadi dia siap tanya aku pi kerja nak bawak bekal tak.. adoii.. ni betul2 baik punya improvement. Alhamdulillah, syukur..

Raya haji kali ni kami mungkin beraya di KL pasal abang takkan balik Johor, sibuk katanya dgn exam. Dan kami pun tak kisah utk ke sana. Dulu masa aku sekolah kat Tepen pun pernah gak cam ni. Dan cost kali ni, aku akan sponsor (cheh.. cam menunjuk kerek banyak duit). Alah.. sekali-sekala pun, bukan utk saper, utk family jugak, kan. This week jugak aku ingat nak ajak mak shopping, aku nak joli utk diri sendiri plak. Semenjak dpt bonus ni, lum sempat aku spend utk diri sendiri, sumer aku guna utk menda2 wajib dulu. Aku nak beli baju baru, kasut baru, beg baru dll. Aku kan nak improve diri, so, sumer menda mesti mau improve jugak, baru ada feel, yer tak? Kak Mas yg satu ofis ngan aku ni pun dah setuju nak bawak aku gi kedai kain yg plg bagus kat sini, tmpt dia selalu melanggan dgn murah. Dia nak tolong aku pilih kain utk buat baju. Hemmm.. klu korang nak tau, kakak2 kat sini tak lokek nak kasi nasihat ker cadangan ker pd aku. Dah mcm kuarga sendiri tuhs. Kak Mas tak abis2 kata "pakkal jer aku tak der anak lelaki, klu tak dah lama aku amik ko jadi menantu, Yu" Hehe.. seganler plak aku.

This week, aku dah kena pk balik scr serius ttg study. Ari ni jer aku dah dpt emel dari Ms Lekha ttg projek, kemain lagi dia punya remind kat aku, wlupun dia pun tau aku dah drop projek sem ni. Ahh.. dia tamoh aku lalailah tu kan. Besides, aku dpt emel jugak dari shirley, ingatkn ttg assignment kelas innovation. Ishk.. byk pulak kerja aku yer. Dah ler kat ofis ni aku tgh sorang. Bos aku cuti raya cina punya lama entah biler dia naik kerja aku pun tak tau.

Oklah.. time to work.. kang kerja tak siap, buruk plak record..

Monday, January 26, 2004

Balik Selepas 4 Hari Cuti

Assalamualaikum..
1st of all, see... aku dah delete dah entry aku ari tu.. not becoz of anybody. Tapi mmg aku sendiri yg nak buat macam tu.. dan aku buat ikhlas kerana Allah. Lgpun aku nak mengakui aku ni memaaaannngglerrr tak pernah istiqamah dlm apa menda pun, baik kerja, baik amal ibadah, baik emosi aku sendiri. Kejap jer, aku dah cool balik, kan? Cuti 4 ari ni byk buat aku berpk...

Thanks to Jie kerana sudi layan YM ngan aku petang rabu tu. Thanks yang sangat2 jugak kpd Aida yg sanggup tepon jauh2 dari UK semata2 nak tau keadaan aku. Terharu sungguh rasanya. Thanks jugak kpd sesiapa saja yg nasihatkan aku dan cuba faham perasaan aku. Aku dah agak dah, entry tu mmg akan mencetuskan kontroversi. Aku tau akan ada org yg sound aku ttg kelancangan aku menaip such thing dlm blog ni. Well, sorry to say to this guy.. u dun know me. Still thanks 4 the advice, but sorry to say that aku tak suka orang sound direct pada aku. Itu bukan cara aku dan aku jugak tak suka biler orang guna cara yg sama pada aku. Meh sini aku ajar camna cara nak nasihatkan orang bermasalah. 1. Try to show him/her that u really understand how she/he feel. Show ur support eventhough u know that she/he is the one to be blamed. 2. Sebelum mengambil langkah2 nasihat seterusnya, tengok dulu orangnya macammana. Analyze then baru cari cara nasihat yg plg baik. 3. Last sekali baru nasihatkan, ok.. barulah orang tu rasa kita ni ikhlas inginkan kebaikan utk dia. Nasihatkan pun kenalah berhikmah. Jgn buat org yg dinasihat tu rasa yg dia punya dosa terlalulah besar (wlu mmg besar pun) smpi dia rasa takut. Lagi satu, nasihat tu bukanlah nasihat yg menyuruh seolah2 perintah tetapi lebih kpd nasihat yg meminta org yg bermasalah tu berpk sendiri. Help him/her to cari jln penyelesaian, bukan terus kasi jalan penyelesaian. Hehe.. itu cuma pendapat aku jer. Tp aku tau ramai org kat luar sana yg terus lompat pi jln shortcut ke langkah ke 3. Salah tu dr sudut kaunseling tu. Hemm.. Jangan marah eh sapa yg terasa tu.. Ahh.. apa yg berlaku tu dah takdir Allah, klu Allah tak izinkan pun takkan terpublish jugak entry tu ari tu. (positif thinking ler plak). Dan klu lah Jaja tak sibuk dan A pun tak sibuk utk layan aku borak, tentu aku tak taip entry tu. (aikk, salahkan orang ler plak).. hehe.. sajer jer, tak maksud apa2 pun sbnrnya.

Dahlah.. aku malas dah nak ingat2 lagi menda yg berlalu. Apa yg aku prlu buat sekarang ialah improve diri terutama tang kesabaran tu. Ingat Yu, sabar tu sbahagian drpd iman. Org yg sabar tu akan dpt yg terbaik. Apa lagi? Setiap yg berlaku tu ada hikmahnya. Haa.. kan tu pegangan ko selama ni, sudah lupa ker kawan? Hehe.. Aku rasa aku dah menuju ke arah tu, masa cuti ari tu, ada satu ari tu, aku kena panggil mengadap bos. Huit.. teruk jugak aku kena. Nangis tu nangis jugaklah. Tp spjg ceramah tu aku senyap jer, mulut aku beristighfar jer byk2. Dlm ati berdoa semoga Allah kurniakan aku kesabaran dan beri aku petunjuk. Al-Hamdulillah, ceramah tak lama, mungkin fed-up psl aku senyap jer. Aku pun tamoh simbah minyak kat api pun kan. So, AKU BERJAYA !!! Hahaha.. best betul. Tapi bukanlah bermaksud aku main2, aku serius haper. Yg betul tu aku amik iktibar, yg tak betul tu pandai2lah tapis sendiri. Dah besar kan?

Spjg 4 ari tu aku stiasa berpk, dan berusaha menenangkan hati sendiri. Slah satu caranya adalah dgn memasang radio IKIM 24 jam. Perghh.. bagus punya method aku sudah pakai. Semlm, aku sempat bersms2 dgn rina, wlupun dia suka buat lawak lawyer tak pass exam, tapi kata2 nya tu ada betulnyer. Aku bertekad utk berubah. Bukan berubahlah.. aku rasa aku dah baik dah (perasannyer.. tak larat :P), so meningkatkan diri. Ya betul !!! itu frasa terbaik hehe. Lps ni aku nk jaga ati keluarga dan kawan-kawan aku baik2, tak kisahlah klu aku makan hati pun kan, pasal aku dah ada aset bekalan plg besar iaitu SABAR. Aku nk jadi anak yg baik, ikut cakap mak abah, caring ttg adik2 dll. Aku kena muhasabah diri ari2 ttg apa yg aku dah buat. For the start, ari ni aku dah berubah sikit, pagi ni aku pergi kerja dgn fesen tudung yg lain, terpusing2 dan terkial2 jugak aku nak memakainyer. Tp itu pun perubahan aper.. Pas ni byk lagi aku nk improve. Dan aku improve atau berubah ni semua bukan kerana sesaper tapi kerana diri aku sendiri dan kerana Allah. Aku ni ego orangnya klu korang nak tau. Maklumlah dah terbiasa idup independence. Semoga aku lbh istiqmah lps ni.. Amin..

Oklah.. dah 12.30, aku nak ke surau smbl study sikit... babai..

Tuesday, January 20, 2004

Manusia dah serupa binatang !!!

Assalamualaikum..
BENCI BENCI BENCI !!!!! Bencinyer aku kat orang-orang jahat tak sedar diri tak tau diuntung, hidup mengabiskan beras mak bapak. boleh depa pi rogol budak-budak kecik sekolah rendah tu apahal???? Sakit mental ker haper derang tu?? Nengok budak kecik darjah 2 pun leh teransang ker hah ??? Ishk ishk.. tak tau apa nak jadi dunia ni. Ari tu kisah budak pompuan kat Menggatal Sabah, semalam pulak yang kat Gelang Patah, ari ni pun ada lagi tuh kat terengganu plak !!!! Kesiannyer.. Masya Allah, semoga dilaknat Allah manusia yang tak berhati perut tu semua.

Petikan paper utusan ari ni

'Nurul Huda, murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku dijumpai mati dalam keadaan bogel dalam sebuah pondok kawalan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tanjung Kupang, Johor.

Mangsa yang sebelum itu menaiki basikal untuk ke kedai runcit, dibunuh selepas dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan di pondok kawalan tersebut.

Pengawal keselamatan berumur 46 tahun yang bertugas di pencawang itu ditahan, selepas bergelut dengan polis kerana enggan membuka pintu pagar selepas ibu kanak-kanak berkenaan membawa polis ke situ kerana mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

Polis kemudian menemui budak perempuan itu di pondok tersebut dalam keadaan bogel dan tidak sedarkan diri lalu mereka telah membawanya ke Pusat Kesihatan Gelang Patah dan disahkan meninggal dunia'


Kesiannnyerrr.. eeee.. budak tu dah ler tak berdaya, kena rogol, kena liwat, kena cekik sampai mati. Bukan sorang pulak tu, 3 ORANG !!!! Ya , Allah apalah nak jadi dgn manusia ni.

Petikan paper Berita Harian ari ni

Seorang murid Tahun Dua dari Kampung Darau, Besut, dipercayai dirogol seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke kedai untuk membeli barang keperluan dapur, petang 13 Januari lalu.

Budak perempuan berusia lapan tahun itu dikatakan menaiki basikal seorang diri untuk ke kedai sebelum dipujuk lelaki berkenaan untuk membonceng motosikalnya.

Di pertengahan jalan, lelaki itu dikatakan membawa mangsa ke dalam semak sebelum merogolnya.


Adoii.. biler bayangkan sendiri keadaan mangsa tu, menitik air mata. Bayangkanlah mangsa tu adik korang ker, anak korang ker. Hancur hati mak bapak biler anak mati dlm keadaan yg mengaibkan lagi terseksa macam tu.

Aku jd tak der mood biler baca kes2 sedih cam ni. Semlm patutnya aku bergembira pasal dah dpt slip gaji dan surat pengesahan kenaikan gaji. Tahun ni gaji aku naik 300+. Alhamdulillah. Semalam gak aku dah bank in duit ASB, malu beb.. tak reti guna mesin cash deposit padahal dah penah guna pun sblm ni. Boleh aku terpinga2 depan mesin tu tak tau cam nak guna. Sib baik sorang mamat cina kat mesin sblh tu ramah pengguna nk tolong tunjuk. Semlm menikmati kek birthday adik aku. Tapi aku tak dpt nak stay up lama semalam pasal kepala berdenyut2, lepas makan ubat, baappp.. terus pengsan smpi kul 1.30.. kenapa kul 1.30 ? pasal member aku tepon daa.. dah jadi rutin agaknyer dia ni suka sgt tepon pagi2 buta. Pagi ni kat ofis pun tepon lagi.. ishk dia ni. Dia ajak aku kuar beb ari Ahad ni. Serbasalah aku dibuatnyer..

Oklah cukup untuk ari ni. Marilah kiter berdoa semoga diselamatkan semua umat Islam sedunia dari apa jua bentuk penganiayaan. Al-Fatihah untuk adik Nurul Huda dan semoga keluarganya ditabahkan hati menerima ujian Allah ini. Amin..

Monday, January 19, 2004

Assalamualaikum... kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, emak-emak, bapak-bapak, datuk-datuk dan nenek-nenek sekalian. (ada ker orang tu sumer yg baca blog ni.. hehe.. gasak jer lah)

You look blue.. hehe. saper tu ? Akulah.. hari ni begitu kebiru-biruan sekali. Semoga biru ini tidak membawa haru biru dalam idup aku ari ni. Wlupun kepala lutut aku ni dah mula biru akibat jatuh ari tu ketika turun dari tangga yang tidak berwarna biru pun. Hehe..

Adik aku yg duk UPM tu dah balik umah Sabtu lepas. Tak bagi signal2 tetiba bagi tau dah sampai kota. Kitorang satu family curious gak, budak ni ponteng latihan Palapes ker. Haii. budak ni suka buat kerja main redah. Adik aku balik dgn spek baru yg bingkai itam tebal tu, alaa.. yg dah jadi tren sekarang tu. Adoi.. lantak ko lah, duit ko pun. So, ari sabtu cancel program nak balik umah atuk kat kulai. Petang tu, A tepon aku kat umah, dia ingat nak ajak aku pi kenduri kawin kat Rinting tu. Hehe.. sian member, aku dah pergi, dah melantak, dan dah selamat pun sampai umah, dia baru nk ngajak.

Semalam pagi, air paip tak der. Adoi.. sakit jiwa beb, tak dpt nak basuh baju, nak basuh keta, nak basuh pinggan mangkuk sumer. Tapi mandi tu bolehlah psl ada tangki simpan. ooo haaa.. semalam ari jadi adik aku si abang tu lah yg kat UPM tu. No wonder, dia balik awal, nk selebret birthday ke 20 kat umah rupanya. Pagi semalam, aku yg masak breakfast, simple jer, lempeng ngan sambal tumis. Hehe nk masak pizza tak reti, lempeng pun lempeng lah.. asal mendanya bulat, leper dan dibuat dari tepung serta boleh dimakan tanpa was was. hehe. Petang plak, dlm kul 3 tgh aku mkn nasi, si A tepon lagi. Selalunya dia miss call hp sbg signal dia nak tepon guna tepon umah aku. (line timecel-maxis tak berapa clear kat umah). Yg gawatnya tu, time tepon umah bunyi, tak smpt aku angkat, mak aku dah angkat dulu. Wuiit.. gugur jantung aku beb.. seraaam !!! Sib baik mak aku tak byk tanya..hehe lega. Dah tu adoiii.. punyalah susah aku nak berbual, pasal family aku sumer ada dekat2 situ, yg si A pulak kemain tanya itu ini, entah apa2 lah dia merapu, mengadu itu ini. Dia tak tau ker aku kat sini punya seksa nak control biler kena pandang ngan mak bapak sumer. Last2 aku pujuk dia supaya stop berbual tang tu jugak, aku janji nnti aku call balik, baru dia nak berenti.. Adoii.. pening paler aku cam ni.

So semalam petang, aku gi umah usu kat kluang. Pi aku drive, balik abah drive. Kat umah usu, aku rasa aku dah mcm budak2 balik. Siap boleh naik beskal bawak Anis yg duduk kat palang depan beskal, dan kemudina round satu taman. ishk ishk rasa cam buang tebiat ler pulak, dah ler pakai baju kurung. Tak senonoh betul rasanya. Tp best jugak ek.. dah lama tak main beskal ni.

Minggu ni cuti 4 ari, kelas pun tak der, so aku rasa seronok betul. Lagi satu adoiii.. baru satu tadi mak tepon kata dah dpt surat dari bank remind pasal dah 3 bulan aku tak bayar duit ASB.. hehe.. katanya kalau aku tak bayo gak dlm tempoh 10 ari, bank nak jual saham aku. ishk tak leh jadi ni. Petang ni jugak aku nak pi bank in duit tu.. hehe..

Oklah.. nak pi makan.. tata.. wassalam

Saturday, January 17, 2004

Back to ma ofis after one day MC.. oops, not officially MC coz that bluddy fussy n stubborn doctor refuse to give MC to me. Ahhh.. sabar jer lah aku.

Lets the story begin.. di satu petang yg indah kelmarin, aku tlh naik ke utility room utk mengambil cheese cake yg aku simpan dlm peti ais. Cheese cake bharga promosi 10 inggit yg aku beli di Jaya Jusco Taman U tu mmg aku beli dgn niat nak banjer kawan2. Beberapa buku lain tlh selamat aku kasi kat dept lain. So, dgn excitednya aku bawak turun kek tu yg dah pun aku potong2 slice. Tp smpi di 3 anak tangga terakhir, aku tergelincir jatuh smpi ke bawah. ADOIIII.. sakit beb pinggang aku. Tp aku bukannya jatuh tertuduk betul2, lebih kepada mengiring menyebabkan sebelah kiri badan ni sakit2 sumer. Masa tu akak operator yg jaga telefon nampak, terjerit dia (haha.. dia mmg suka buat havoc). Masa tu aku masih boleh bangun sendiri. hemm.. memula jatuh mmg tak rasa sgt affect dia. Yg geram tu, Encik Azmi leh gelakkan aku pasal aku jatuh tp cheese cake tu maintain anggun terletak.. hehe. Katanya, aku lebih jaga kek dari diri sendiri. Ishkk mana ada... So mlm tu aku gi kelas cam biasa, wlupun badan dah rasa semacam. Balik kelas, stay up sikit buat take home test dan terus tertidur (aku tidur umah Icha).

Esok paginyer, aku bangun dgn sengal2 satu badan. Aku lgsung tak bleh baring mengiring sblh kiri, sakit tu.. aku rasa mcm ada tisu otot yg terkoyak kat paha kiri. Paler pening semacam dan badan pun dah seram sejuk cam nak demam. AKu nekad nak MC ari tu. Tp aku tak larat nk drive gi klinik time tu. So aku tepon ofis, inform yg aku MC. Aku telan panadol dan tertidur smpi tghari. Tghari bangun, aku mula segar cuma badan jer masih sengal. Masa tu aku pk aku perlu pi klinik utk buat pemeriksaan lanjut kot kot ada side effect lain pd badan. (Jaja yg suh sbnrnya) Lagipun aku pun kena jugak dptkan surat MC tu. Oleh kerana aku mls nk pi PG utk gi klinik panel, aku decide nak pi klinik kat kota jer. Tak kisahlah klu tak dpt nk claim pun, tak larat nk pusing2 satu JB semata2 nk pi klinik panel. Sblm balik aku smpt singgah UTm anto test paper tu. Ditakdirkan terjumpa ngan Hilda (satu course ngan aku) yg tengah problem dgn tesis (lagi satu tesis punya hal). Dia punya muka adoi.. baik sikit dr nyonya jual anak ikan flowerhorn kat Ayer Hitam tu. tension lah tu apa lagi. Masa aku pi anto test, dia pi jumpa supervisor dia dan suh aku tunggu. Tapi tunggu berjam2 tu, rasa cam nak pengsan tunggu dia depan bilik lecturer tu. Dah ler kena berdiri. Kuar jer Hilda, dia ajak aku pergi mkn kat Mak Mah Tmn U plak. Aku ni malas nk lawan, ikutkan jer (Hilda sbnrnya tua 2 thn dr aku), lgpun baru aku sedar yg aku pun lum mkn apa2 dr pagi. Antar jer Hilda balik hostel, aku terus cabut balik kota. Smpi kota, baru perasan duit dah tak der, kena pi cucuk ATM dulu ni. Yg geram tu, aku kena tahan dgn 3 kelompok org yg buat jualan amal. Yg 1st tu jual poster, 2nd jual habbatussauda, 3rd plak jual CD & buku. Adoi... aku lg nak cepat, lg nak ditahan2 plak. Yg aku plak jenis tak sanggup hampakan orang, dengar jerlah apa depa nak cakap. Biler aku cakap yg aku tgh tak der duit, baru depa release aku.

Pas kuar duit, aku terus gi Poliklinik Penawar yg depan jer dgn bank. Sib baik tak ramai orang, kejap jer tunggu dh dpt masuk jumpa dr. Aku citer lah problem aku ngan doktor tu. Yg geram tu, dr tu tak caya apa yg aku citer. Dia kata aku sengaja nak mintak MC. Sikit pun dia tak check aku, cuma amik suhu badan (aku pun tau amik sendiri kat umah) dan tengok anak tekak jer. Aikk.. dlm hati aku, menda dr ni.. senangnyer kerja. Dia kata, masa aku dtg tu, dah tak demam atau pening, so dia tak leh nak kasi MC. Lagi katanya mana ada orang jatuh tp boleh sakit satu badan. Aku katalah masalahnya aku mmg sakit pagi tadi, so i need the mc sheet. Wahh.. dia degil.. katanya polisi keje dia tak benarkanlah itu lah inilah. Dia tanya aku naper tak pegi klinik panel, takut tak dpt mc ker? Sah, sah dia ingat aku mmg tipu. Abis takkan nak drive 80 km tu semata2 nak pi klinik panel, akai tarak ker? Ishk.. dah tu, aku malas nak layan, aku terus kuar. Dah ler ubat pun dia tak kasi, cheh buang masa aku jer. Klinik panel company pun lagi lenient dari dr yg blagak nk mampus ni. Boleh blah lah. Baru jadi dr dah nak berlagak. Nak ajer aku cakap kat situ, "Dr ni punya degree, degree beli ker? Kat sekolah dulu tak belajar psikologi perubatan ker? Saya cadangkan dr pi amik kursus komunikasi berkesan, kat UTM ada. Saya doakan smoga dr berjaya jadi dr contoh dan dr cemerlang semalaysia" Geram aku, dia senanglah kerja duk ofis goyang kaki, check sikit itu ini, kasi ubat, dah. Dia tak tau situasi orang lain ni camna. Cam tu ker dr? Buat kerja cam tak buat kerja, klu lah ditakdirkan aku betul2 sakit teruk akibat jatuh ari tu, mmg aku nak saman juta2 poliklinik penawar tu biar smpi bankrap, pedulik haper aku. Aku malas nk doakan yg jahat2 tp aku yakin Allah tu Maha Adil, sapa yg menganiaya pasti dpt balasan. Cuma aku harap satu hari nnti dr tu rasa apa yg aku rasa skrg. Aku betul2 geram biler ingat2 balik muka dr tu. Lepas ni, mati idup balik tak hingin dah aku pi poliklinik penawar tu.

Pas tu aku pk nak pi klinik lain tp pk2 aku rasa malas plak. Aku balik kerja tukar jer MC tu jadi EL atau AL, tak kisah. Pasal sakit ati tu, aku terus blk umah, tak sempat nk beli poster ngan habbatussauda yg budak2 tu promote tu (aku mmg nak pun). Kat umah, aku mls bising, duk dlm bilik nengok LOTR. Mak aku dah bsing tanya apsal balik cepat. Aku cuma ckp aku MC, mls nak bising2. Lps semayang maghrib aku dah kepengsanan penat. Mlm kul 1.30 hp aku bunyi2, aduss member aku yg sorang ni tepon plak. Org tengah tidur, lagi kacau. Last2 sampai kul 3.30 pagi aku berjaga layan member ni berborak. Tp tak kisahlah, aku pun tgh mood tak baik ni, ada jugak org nak layan aku bual.

Ari ni pas kerja, kul 1 aku plan nak gi kenduri kawin umah sorg guard kat sini, pas tu nak gi umah kak mas tengokkan pc dia then pi tengok kak yurena yg baru bsalin tu. Cheh.. aku tepon mak, mak bising2 katanya tak payah. dari 3 plan tu cuma 1 jer yg lulus iaitu gi kenduri. pastu dia suh aku terus balik. Aku rasa nak nangis dah psl aku mmg plan dah lama nak pi umah kak mas ngan tengok kak ina. Kenapa entah mak aku ni semnjak 2menjak asik nak control2 jer. Bukannya aku menipu pun. Ishk.. tetiba rasa nak pindah jer duk umah sewa. lagi tenang ati aku.

Oklah.. nak balik ni.. salamz

Thursday, January 15, 2004

Assalamualaikum... Good Morning, Better Morning, Best Morning sumer !!!
Hahaha.. semalam kan aku ada exam utk subjek Innovation Management. Korang tanak tanya ker, amacam exam tu? Hampeh ker, sikit2 hampeh ker, banyak2 hampeh ker atau mungkin hampeh tahap infiniti? Yg pasti, aku tak hampeh, lecturer aku pun tak hampeh, kertas soklan pun tak hampeh, melainkan UTM lah yang paling hampeh di dlm dunia. baru aku tengok kertas soklan 5 minit, abis satu bangunan black out. Hahaha.. menda plg memalukan aku sbg warga UTM. Ada fakulti elektrik yg canggih tp selalu blackout. Ada fakulti komputer yg bagus tp server down memanjang. Aku rasa baik kiter tukar perkataan teknologi tu kpd nama yg lebih ensem dan selaras, sejajar, sesuwwai dan secocok dgn masalah2 tu semua.. Ada cadangan2 yg bernas lagi membernaskan?

Biler dah blackout tu apa lagi. Sumer org kuar lah. PM Aziz kata lagi 30 minit kalau still blackout, test tu akan jadi take home test.. Hehe, berapa punya bagus daah.. soklan pun susah. Aku yg mmg hampeh ni dok mendoakan, jgnlah ada current, biarlah blackout smpi esok.. hehe. Smntara tunggu tu, PM Aziz smpt berborak2 smbil beri tips ttg cara nk jawab soklan test tu. Aikk.. baik sunggu PM Aziz ni, siap bg guidance yg punya clear, serupa tak yah buat test. Lagi 10 minit cukup 1/2 jam, current pun on balik. Adusss.. sesungguhnya doaku tidak dimakbulkan. Tapi PM Aziz mmg sporting giler.. dia kata take home ajerlah test tu, anto plg lewat sabtu pagi. Katanya tentu kitorang sumer dah ilang mood biler terpksa sangkut2 cam tu masa amik test. Eeee.. napa baik sgt lecturer ni? Klu aku jd lecturer aku mmg kasi budak2 amik take home test jer, tp aku suh anto pagi2 esok jugak. Ni sampai delay 2-3 ari.. betapa punya baik punya best lah lecturer ni. Klu sumer lecturer cam tu, kan berseri sikit dunia ni.

Semlm, dalam kelas, biler aku isi borang Tarik Diri Matapelajaran untuk proposal aku, sumer orang sibuk tanya, cam amik berat sangat. Azizi, Faroq, Kalam, Amar, Lutfan, Shirley, depa terkejut ingatkan aku nak drop subjek Innovation tu atau Marketing. Yerlah, sapa tak rasa pelik, dua2 kelas tu aku perform, siap dpt pengiktirafan lecturer lagi, takkan nak drop kot (kenapa 2,3 ari ni aku kuat perasan sendiri hah). Hehe.. mana ada. Dan semlm masa aku kemas2 nak balik, tetiba PM Aziz dtg tempat aku dan tanya samada aku leh paham tak, leh jawab tak soklan test tu. Hehe.. klu aku tak tau, dia nak tolong jawabkan utk aku ker..? hehe.. aku dgn begitu professionalnya menjawab, Insya Allah boleh jawab, lagi pun klu tak berpandukan buku 100% pun, kita still leh jawab ikut logik, pengalaman dan pengamatan kita pada persekitaran semasa, chewwah.. yoyo'o jer penuh konfiden. Sbrnya dlm ati aku kata "alah, klu tak dpt jawab pun, belasah jer, goreng pon sodap!! lgpun jgn tak tau kemahiran aku bab mengarang2 ni. Menda tak sahih pun aku leh tune smpi orang ingat betul2 punya fakta lah tu..kikikk". Pas tu, PM Aziz mulalah bukak citer lebih2, tanya aku kerja kat mana, kerja apa, macammana environment kerja, pointer bagus tak, dulu study mana dan macam2 lagi. Smpi aku rasa cam kena soal ngan FBI ler plak. Dan biler dia tau aku kerja dgn salah sbuah sykt under Kuok Brothers, lagi byk dia berceriter, pasal kawannya yg penah keje tmpt akulah, pasal strategi Kuok, pasal innovation dlm Kuok Brotherslah dan mengesyorkan aku macam2 cadangan utk naikkan innovative activities dlm syarikat. Huiitt.. dahsyat sungguh.. mcmlah aku ni bos, aku cuma kuli jerlah encik. Tp aku layan jerlah PM Aziz tu, idea bagus2 sbrnya dan aku kenalah tunjukkan keprofessionalan aku depan dia.. hehe. Dan PM Aziz tanya kenapa aku tak apply jd lecturer kat UTM? Errkk.. hehe.. bukan tak penah apply, dah byk kali. Bukan stkt UTM, dah byk lg IPT aku mintak. Tp lum ada rezeki agaknyer. PM Aziz kata dia nmpk aku ni berpotensi jd lecturer yg baik smjk dia tengok camna aku manage study aku, camna aku bercakap dpn public especially presentation dlm kelas, pointer master aku, dan cara aku digest pembacaan dari buku2. Hehe.. aku control macho jer lah beb. Bangga gitu.. Aku cakap ngan PM Aziz, aku belajar jd matang banyak dr kerjaya aku dlm industri yg sbnr. Industri byk mengajar aku terutama biler bekerja ngan bangsa asing. PM Aziz kata, dia bukan nak puji aku lebih2 tp mmg betul dia nmpk potensi tu dlm diri aku dan bersungguh2 suh aku apply jd lecturer. Dia kata, aku patut jd lecturer dan further study ke oversea. Aku nak kata apa lagi, sekadar tima kasih dan Insya-Allah, itu jer lah. Dlm hati aku, tu baru dia sendiri nengok, lum lagi mintak pendapat Cik Lekha, Mr Loh, PM Shoki ttg aku. Hehe.. gerenti melonjak2lah saham aku. hehe.. penyakit perasantan ku dh makin kronik. Tp aku dpt rasa performance aku mmg naik betul biler amik course management ni, mungkin kerana lbh sesuai dgn jiwa aku dan aku pun guna duit sendiri. Aku pelik tul, naper sem ni stp lecturer subjek aku kemain puji lagi aku ekk? Bagus sgt ker aku ni?

Aku sgt bersyukur dgn penglibatan aku dlm JKM dan Leadeck sblm ni di UTM. Semua tu byk sgt membantu aku dlm menghadapi dunia pekerjaan yg mencabar terutamanya dlm industri. Aku rasa makin tenang, matang dan berkeyakinan menghadapi apa jua situasi. Wlupun p'libatan dlm JKM dan Leadeck sdikit sbnyk membuatkan aku ketinggalan dr segi akdemik bbanding rakan2 forecast sain kom yg lain, aku ttp bangga dgn pencapaian aku tu.. emmm.. aku rasa tak derlah teruk sgt akdemik aku tu.. still above 3 point aper.

That's all 4 today.. see ya..

Googlism for: ayu

keh keh keh.. yg ni lagi kelako.. entah apa2 ntah.. tp byk yg ok..

ayu is genius
ayu is positive
ayu is now aware of the new invader
ayu is caught and used as the new livebait
ayu is a popular summer pastime in japan and example of a japanese traditional fishing method
ayu is released from the hatchery
ayu is prohibited except during a specified season
ayu is hooked
ayu is the j
ayu is ok
ayu is one of the region's foremost high
ayu is a diversified growing and profitable global company
ayu is amazing
ayu is one of the coolest students at her school
ayu is going to perform in beijing in september 22nd
ayu is the most popular
ayu is in and around the japanese archipelago
ayu is composed of following three institutions
ayu is set amidst tall
ayu is one of the main sacred plants
ayu is #1 again
ayu is a small species belonging to the salmon family
ayu is attached
ayu is kasim
ayu is a very common way of served ayu
ayu is one of common fish in japanese rivers
ayu is politically finished in benue state? a
ayu is the stream of life having consciousness of pain
ayu is the japanese representative freshwater fish
ayu is wearing it in public
ayu is called "a song is born
ayu is having a new ballad
ayu is a river fish
ayu is a type of trout native to japan
ayu is still hot
ayu is a multi talented
ayu is smiling here with her 4 year old daughter
ayu is the third highest paid artiste in japan
ayu is taken away but jambu nada saves ayu
ayu is living in a river and only those in a very pure water of a river can be eaten
ayu is very specialized
ayu is a small
ayu is strictly controlled to preserve their numbers so the opportunities for catching them are quite limited
ayu is a super
ayu is a curious baby who wants to know everything
ayu is a little piece of heaven located in beautiful sanur
ayu is a dog lover
ayu is a really successful artist
ayu is 20 minutes into the first performance of the 2001 dome tour
ayu is their spokesmodel she has to model these
ayu is the name of japanese fish which has not smell of fish but a little bit like water melon
ayu is defined as a combination of body
ayu is sweetfish in english
ayu is located out past the terraced balinese rice fields on on seseh beach
ayu is the combination of mind
ayu is on holiday for a little while
ayu is comprised of four essential parts
ayu is non
ayu is the sole member of the family plecoglossiadae and belongs to the salmonid species
ayu is the area connected sukabumi city to pelabuhan ratu beach
ayu is a
ayu is very cute? i don't know english
ayu is a lost girl who wanders the town square stealing taiyaki
ayu is good for a grilled fish with salt or miso
ayu is by spearing each fish on a stick and cooking them slowly over hot coals
ayu is responsible for the creation of realistic 2d maps
ayu is refering to ayumi hamasaki then i'll say ayu definately
ayu is releasing as rapid as ever
ayu is a freshwater fish which is about 20 cm long and is popular because of its good shape and taste
ayu is a childhood friend of the main character
ayu is familiar to the taste of japanese and is also the most important game fish in inland waters
ayu is the me i wish i was
ayu is the best
ayu is a popular little hotel located just a few minutes walk to the beach and markets

Googlism for: rahayu

Haha.. Aku test jugak googlism cam yg Jaja buat.. Hehe.. not bad. Yg bestnyer tu, Rahayu banyak dikaitkan dengan kerjaya yg best2 tu.. Cayalah aku.

rahayu is reaffirming the general organizational structure of the subud 'wings' or 'branches'
rahayu is bapak's daughter that she can understand what bapak experienced
rahayu is one up in multimedia
rahayu is an assistant programme manager at the university of surabaya's office of international
rahayu is a very nice cool person
rahayu is a third year law undergraduate at the national university of singapore
rahayu is currently a senior lecturer at the department of computer science in la trobe university
rahayu is concerned about the youth in subud from whom she
rahayu is the only educated member of the family
rahayu is able to talk about these things in this way? has
rahayu is smart enough to insert a sub
rahayu is a lecturer at the tanjungkarang nursing academy
rahayu is a indonesian national living in indonesia
rahayu is the daughter of ym bapak muhammad subuh sumohadiwidjojo
rahayu is ranked 835 and has played for 1h35m in 14 days real name

Wednesday, January 14, 2004

Kal Ho Naa Ho.. Damn handsome & charming Shah Rukh..

Assalamualaikum.. Sbrnya dari ari senin ari tu aku nak tulis psl Kal Ho Naa Ho yg baru aku tonton VCDnye hari Ahad lps, marathon dr kul 3 smpi kul 6, smpi aku lupa nk basuh keta. Uiiitt.. byk dugaan nk menonton tuhs.. time aku nak nengok, ada jer hal.. pas tu sound card aku rosaklah, itulah, inilah.. smpi 3,4 kali kena install balik driver nyer. Last2, cd dah terperuk seminggu lbh, baru ada pluang nak nengok. Ni pun dlm queue list aku masih ada VCD LOTR yg jugak lum smpt aku nengok tapi dah ada orang intai2 nak pinjam. Ahhh.. nk pinjam, tunggu minggu dpn psl weekn ni aku nk nengok dulu, ok.

Secara keseluruhannya aku tak puas hati betul dr aspek teknikal VCD pirate yg aku beli tu. Konon ada subtitle tapi kejap ada, lamaaa tak der, ada balik dan kemudian ilang lgi. Uiittt sikit punya fedup.. aku nengok tak feel langsung. Kena pandai2 sndiri tafsirkan apa yg depa cakap. Sib baik, byk guna BI dan aku plak yg mmg kaki industan paham jugaklah sikit2 apa yg derang cakap tu. Hemm.. nak komplen lebih2 pun tak guna psl aku pun satu, yg pi beli pirate punya tu apsal? sindiri mau ingatlah kawan.

Jalan ceriter Kal Ho Naa Ho, bagi aku not bad.. hemm.. sekadar not bad n rasanya tak sehebat mana, biasa jer. Yg membezakan ceriter ni dgn lain2 adalah teknik penggambaran dan lakon layar dia yg mmg sebijik macam citer org putih. Ditambah pulak citer ni 100% buat kat New York. Sikit2 nampak muka orang putih, ahh bosan plak aku. Cara bercakap, bergaduh2 sumer pun dah mcm omputih jugak. Costume lagilah takyah nak citer, pun macam mat salleh. Kecuali nenek-nenek jer pakai sari. Kiranya mmg dah tak der ciri2 India dlm citer tu ditambah lagi dgn pelakon2 yg pun muka cam mat salleh especially preti n saif ali. Yg betul2 nampak India sapa lagi klu bukan Shah Rukh sorang. Lagu2 dia PUN dah tak bunyi industan, bunyi mat salleh ler plak.

Jalan citer dia lbh kurang cam ni. Naina (preti) duduk ngan mak dia Jenny (Jaya Bachan), adik dia Gia dan Shiv (cacat kaki) dan nenek derang. Keluarga derang ni byk sgt problem. Rohit (saif ali) plak adalah kawan Naina dlm kelas MBA. Naina ni suka dgn Rohit tp Rohit ni playboy (watak strereotype saif ali dlm mana2 filem pun). Tp suka tu just suka2 gitu jer. Then, Aman (Shah Rukh) dgn parent dia pindah berjiran dgn Naina. Dlm filem ni, kehadiran Aman ditunjukkan sbg seolah2 angel yg diutuskan kpd keluarga Naina. Aman byk sgt mmbantu keluarga Naina tak kira dlm perkara apa pun. Kebahagiaan kembali dlm keluarga Naina sumernya kerana Aman. Dari Aman jugak Naina mengenal cinta. Naina amat menyintai Aman dan pd masa yg sama, Rohit menyintai Naina. Aman menyedari yg Naina cintakan dia tp dia tpaksa menolak kerana sedar dirinya yg tak dpt idup lama kerana sakit jantung (aku agak jer). Aman jugak tau Rohit cintakan Naina. Aman tlh menipu kpd Naina dgn mengatakan doktornya Priya (Sonali) tu adalah isterinya. Naina punyalah hampa tahap kronik. Aman berusaha membantu Rohit utk memenangi hati Naina. Dan akhirnya Rohit dan Naina bertunang. Smuanya atas usaha Aman. Tp rahsia bocor jugak, apabila Rohit dan Naina terjumpa dgn Priya dan suaminya di satu pusat membeli belah. Perghhh.. tragis tul biler Naina tau yg Aman sbnrnya dah nak mati, dan dia tau yg Aman sebenarnya pun mmg cintakan dia. Dlm tu mmg tak ditunjukkan scr jelas yg Aman cintakan Naina tp simbolik yg ditunjukkan mmg boleh buat kita tafsir sendiri. Part2 nilah yg aku mmg basah mata. Wlupun dah tau hakikat sbnr, perkahwinan Rohit n Naina ttp diteruskan. Hemm.. plot masa kawin tu sebijik cam dlm Kuch Kuch Hota Hai beb. Naina menangis2 dlm pakaian pengantin kat atas tangga dan Aman pimpin tangan Naina pergi ke tmpt pusing api tu. Aduss.. aku tak tahan betul tgk muka Shah Rukh. Dia berkorban begitu besar. You all patut tengok babak di mana Aman mengucapkan kalimah2 cinta yg romantik nk mampus kepada Naina, konon2nya dia baca dari diary Rohit. Tp sbnrnya page yg dia bukak tu KOSONG!! Apa yg diluahkan sbrnya adalah luahan hati dia sendiri. Dan Naina pulak menganggap betullah itu apa yg ditulis oleh Rohit. Filem tu berakhir dgn prolog di mana Naina dah tua sdg berceriter ttg kisah cintanya pada sesorang. Tak ditunjukkan babak Aman mati, tetapi setakat saat2 tenat Aman di hospital.

Citer tu yg plg aku suker sekali tentunya Shah Rukh Khan, wlupun dia dah nmpk tua dlm filem tu, tp cara dia tu adoiii.. best betul, memang cair lah tengok aksi Shah Rukh yg selamba dan begitu gentleman. Part menari pun Shah Rukh still the best, dan wlupun Hrithik lebih baik, aku still prefer Shah Rukh. Emm.. ciiter ni kan tak byk lagu pun, tp lagu dia sedap2 jugak wlupun kebaratan sikit. Lagu yg best antaranya Pretty Woman (superb), Its the time To Disco dan Kal Ho Naa Ho. Pretty Woman aku mmg suka dah lama psl selalu dengar kat Ria, tak tau plak tu lagu dlm KHNH. Lagi satu, ada special apperance dari Kajol dan Rani Mukherji dlm filem tu. Kalau korang nengok citer tu tak fokus, tak bukak mata luas2, mmglah korang takkan perasan minah dorang tu. Aku yg tengok pun terpinga2 kejap. Eh, betul ker tu Kajol? Eh, pompuan ni cam Rani lah.



Mlm ni aku ada test innovation, tp aku baca adoi.. ciput sgt. Sib baik dlm kelas2 sblm ni kiranya aku agak concentrate. Kiranya tak derlah aku blurr 100% masa test nnti. Dah baper malam aku plan nak baca buku tp berakhir dgn tertidur smpi pagi tnpa disedari, dah ler mlm tadi blackout. Minggu ni jugak aku nk settlekan pen'drop'an proposal aku. Pas tu barulah lega sikit otak aku ni. hemm.. smlm kesian tul kat member aku sorang ni, dia dtg ofis tp kena marah dgn HK (admin exec yg blagak nk mampus). Masalahnya dah baper ari dtg keje lmbt. Aku dah tau dah pasal tu, dia pun dh citer ngan aku kelmarin. Mana tak lmbt, tidur entah kul baper psl sibuk ngan keje part time. Aku yg duk jauh ni pun tak derlah lmbt cam tu sekali. Tp dia ni pun satu, org marah, buat muka selamba jer, yerlah yerlah. Yg HK tu plak mmg nk tunjuk lagak, apa yerlah yerlah !!! Aikk.. kureng asem betul HK ni. Ikut ati aku, nak ajer aku pi kuar lawan blk si HK ni. Aku tau HK ni segan kat aku, psl dah baper kali dia approach aku tp aku buat donno. Tp aku control, kang tak pasal2 satu ofis tau aku mmg ada apa2 ngan A ni. Ishkk.. suka2 jer HK tu nk menengking2 kawan aku cam tu. Nak tegur tu elok2lah sikit. Menci betul aku ngan orang giler kuasa berlagak ni. Haha.. pe'el ku rupanya masih tak berubah, kawan aku yg kena, aku plak yg over2 naik angin. Tp A kata, dia nmpk HK tu mcm anti semcm jer ngan dia, entah2 HK dah tau aku ngan dia kawan baik. entahlah.. aku pun tak tau plak.

Ok... wa blah dulu beb..

Tuesday, January 13, 2004

This guy made me sick !!!

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat blog ku semua yang dikasihi Fillah. Mungkin entry pada hari ini agak kebahasabukuteksan disebabkan mood aku sendiri yang ala-ala cenderung ke arah itu. Apa yg bakal kusampaikan di sini nanti telah aku ceritakan kepada rina pagi tadi sebaik sahaja aku tiba di ofis. Hemm.. wlupun aku tau rina mesti akan ketawakan atau paling tidak pun tersengih membaca cerita aku seterusnya mengeluarkan idea2 loyar buruknyer tu, still aku rasa dia adalah antara my best buddy yg boleh aku berkongsi ceriter.

Well, aku bukan nak berceriter pasal rina pun kat sini tp lebih kepada hubungan aku dgn A yg aku rasa kini cukup merumitkan. Bagi aku sendiri aku telah lama bersedia dgn situasi macam ni. Haha.. sbg seorang Leadeck pastinya konsep POF tu sentiasa aku pegang. Profesional, Open Minded and Flexible. Well, this gonna be a quite boring entry.. so sesapa yg ready for it, go on with ur reading.

Semalam, A telefon aku di rumah lebih kurang pukul 12mlm. Masa tu aku dah tidur pun, dan dgn terpisat2 bangun menjawab telefon dan melayan bual si A sampai lebih kul 2 pagi. Perbualan yg cukup membuka byk rahsia A yg tak malu2 meluahkan segala rasa isi hatinya. Di awal perbualan, lebih byk berkisar ttg kerja dan kemudiannya dia mula mengorek sekiranya aku sudah mempunyai pakwe atau belum. Dia tahu jawapnnya tp sengaja nak mengenakan aku. Katanya dia nak kenalkan aku dgn sorang kawannya yg pe'elnya lebih kurang sama dgn dia. Hemm.. aku mula terasa sesuatu. Dan katanya lagi, malangnya kawannya tu dah pun bertunang. Aku kata, alah baru tunang jer pun.

Hemm.. slps tu mulalah dia membuka rahsia yg sbnrnya dia sndiri dah pun bertunang 2 thn lepas. Aku agak terperanjat, yer, sekadar terperanjat dan geram kat dia kerana tak bagi tau perkara tu awal2. Aku ingatkan cuma sekadar awek jer, cheh lebih dr tu rupanya. Staff kat sini pun ramai kata ingatkan dia dah break ngan tunang tu, masih on rupanyer.. Katanya sblm jadi apa2 yg lebih jauh, dia nak terus terang ngan aku. Well, mungkin dia anggap aku suka kat dia. Dia tanya apa yg aku anggap dia, aku jawab, yer lah sebagai kawan. Katanya dia tengok aku ni jenis yg biler dah berkawan tu mmg betul2 punyer.. Hehe betul2? Mmg lah, dgn kawan2 mmg aku berkawan betul2 dan serius lebih2 lagi biler mereka pun bersikap baik dgn aku. Klu boleh aku mau layanan aku kpd mereka lebih baik dr apa yg mereka lakukan utk aku. Dan A mula membuka ceriter ttg tunangannya tu yg aku akan namakan Z. Mereka berkenalan ketika Z baru habis sekolah, menunggu panggilan ke IPT (2002). Beberapa bulan berkawan, Z dpt masuk UPM dan A ambil keputusan utk meminang Z dan Z setuju. Mereka bertunang dgn ikat hidup iaitu, tak tau biler derang akan disatukan kerana Z mahu menamatkan pengajian dahulu yg dijadualkan berakhir 2006. A sbrnya agak kesal dgn keputusan tu tp dek kerana dah sayang, diikutkan jer. Jarak yg jauh menyukarkan mereka berhubung namun A banyak berkorban utk Z cth membelikan buku2, turun KL semata2 nak bawak Z jalan2 dll. Tapi semakin lama, A makin bosan mcm tu, A mahu disegerakan mrk disatukan tp Z menolak. Mereka sering bergaduh dan menurut A pernah beberapa kali Z memulangkan kembali cincin tunang mereka. Menurut A lagi, dia sering kecik hati dgn Z, malah pernah semasa dia turun KL, Z keluar dengannya dgn membawa ramai kawan2 menyebabkan A rasa terpinggir. Smpi skrg, ikatan mereka masih on cuma jarang berhubung.

perasaan aku yg mulanya terkejut bertukar menjadi kasihan. Aku anggap dia kini sbg seorang kawan yg betul2 memerlukan nasihat dan sokongan. Aku byk nasihatkan dia which aku sendiri lupa dah apa yg aku cakap tu. Dan akhirnya aku rasa dia paham dan mula pk positif ttg Z. Bagi aku mereka tlalu muda utk buat keputusan utk bertunang, the journey is still long ahead, mcm2 boleh berlaku tp menda dah jadi, just pray and hope for the best. memula aku pk that girl must very nice, alim dll. Rupanya tak, dari cara A berceriter, aku rasa aku much better than her.. hehe.. perasan betul aku ni. Yg tak bestnyer biler A tanya aku, andainya dia ditakdirkan belum bertunang, adakah aku sudi bertunang dgn dia. Soklan yg susah utk aku jawab. Yer, aku mmg suka bkawan dgn dia tp tak bermaksud aku harus terima dia macam tu jer, usia perkenalan masih tlalu muda dan masih byk yg perlu difahami sblm buat keputusan. Jgn smpi tersalah pilih. itulah jawab aku. Tapi dlm hati aku ni mmg dah tawar hati nk terima dia secara serius. Wlupun dia suka giler kat aku pun, lum tentu aku sanggup nak hancurkan hati Z. Aku bukan kejam macam tu. Tapi aku plg tak suka biler A selalu bangkitkan soal gap, perbezaan pangkat antara kami sbg isu.

Hemm.. aku bersyukur sgt pada Allah SWT kerana perasaan aku sendiri belum ke mana. masih di tahap kawan. Buatnya aku dah betul2 suka, tak ker parah. Mmg aku nyaris2 menaruh harapan terutama dgn cara dia layan aku. Bukan shj aku, perempuan lain pun akan rasa yg sama biler dilayan sedemikian. Aku mula memahami situasi A, di dalam keadaan yg tertekan dgn Z, kehadiran aku seolah2 memberi ruang untuk dia beralih arah pada aku especially biler aku sendiri layan dia dgn baik dan mungkin jugak kerana peribadi dan sifat aku sendiri yg menarik minat dia (lagi perasan). Aku tak salahkan dia biler dia suka kat aku dan mlm tadi sanggup berhabis duit di public phone lebih 2jam semata2 nak berbual dgn aku. Aku tak tau berapa ringgit punya phonecard yg dia guna, tp masuk kul 2 tu, katanya lagi rm3.. pergh.. dah lebih 2 jam tuh. Aku jadi kesian kat dia. Hemm.. teringat mlm tadi dia ada jugak ceriter ttg bapak dia yg kawin 2.. oops, takkan dia nak ikut stail bapak dia pun. Tak sanggup aku beb. tapi aku hrp tu semua cuma perasaan dia yg sementara kerana ditekan emosi. Apa yg dia perlukan cuma seorang kawan utk mendengar dan memberi sokongan. Semoga lps ni, dia akan ok.

Lepas telefon, aku rasa tenang dan aku rasa pelik sedangkan aku patutnya rasa tak keruan dgn apa yg A ceriterkan. Aku berwudhu dan tunaikan solat hajat 2 rakaat mohon aku ditabahkan menghadapi apa jua dugaan, dibimbing menjadi mukminah solehah seterusnya dikurniakan jodoh yg baik yg bakal mmembawa kebahagian dunia akhirat bukan setakat aku malah kepada keluarga aku sekaliannya. Tak lupa aku pnjtkan doa semoga A diberi petunjuk yg akan membawa kebahagiaan pada dirinya. Alhamdulillah, tidak silap firasatku sebelum ni, A bukan untuk aku. Sbb itu aku rasa pelik kenapa aku tak rasa sebarang perasaan yg istimewa utk dia wlupun dia punya layanan tu mmg bleh kasi hati cair, aku rasa biasa jer. Apa pun aku berterima kasih dgn A kerana kehadirannya selama ni sedikit sebanyak mmbantu menyedarkan aku dr terus leka sbg Hamba Allah.

Hari ni, aku bangkit tidur mcm biasa, seolah2 tiada apa2 yg berlaku. Namun aku masih buntu, bagaimana lagi caranya utk aku melayan A stlh aku mengetahui situasi sbnrnya. Bagaimana kalau dia masih menghubungi aku? Apa pun, aku buat keputusan untuk bersikap biasa sahaja. Aku takkan tersua2 tetapi tidak akan berkasar sekiranya dia sendiri mendekati aku dan aku akan berusaha utk ingatkan dia ttg status diri dia tu. Klu sblm ni, aku pernah beranggapan A adalah sorang insan yg hampir sempurna dan aku rasa mustahil utk jumpa seseorang yg sesempurna itu. Tapi kini, aku mula yakin masih ada insan yg jauh lebih sempurna dan baik yg Allah takdirkan untukku di luar sana yg bukan sahaja akan membahagiakan aku malah semua insan yg aku sayangi. Bukanlah aku umpama mengharapkan sesuatu yg sempurna di dunia yg yg mmg tiada yg sempurna. Tapi entah kenapa keyakinan aku pada Allah menyatakan aku akan dpt lelaki seperti itu, Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang kan? Insya Allah.

Semoga ketenangan ini kekal abadi.. dan aku sentiasa rasa dekat di sisi Allah selalu. Amin.

Saturday, January 10, 2004

Otakku Sudah Jam. So? Restart? Reformat? Overhaul

Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari terakhir utk aku memenatkan diri minggu ni kerana minggu ni otak ku, tenaga ku telah digunakan melebihi had capacity. Heemm.. aku pun dah jadi macam mesin basuh baru kat umah tu, muatan 4.5kg yg gasak digunakan seperti muatan 6kg. Minggu ni dgn testnyer, dgn presentationnya, dgn appointment lecturer lagi, ditambah lagi dgn bos aku yg cuti bebaper ari menyebabkan aku sensorang handle pasal IT. Ahhh.. sumernya seolah2 mmg sengaja diturunkan utk menguji semangat aku. Serasanya aku nak jer amik cuti dan pergi bercuti kat mana2 utk berehat, tp rasanya utk tahun ni, belum boleh.. kena tunggu aku abis study..

Tapi biler aku nak abis study? Aku sudah nekad utk drop proposal sem ni. Aku tanak rushing siapkan proposal dgn hasil yg tak seberkualiti mana. Quality Is Our Business.. hehe.. slogan yg tertulis kat baju ISO yg aku tengah pakai skrg ni. Amboi, smnjk kerja company amalkan ISO dan jadi Internal Auditor ISO ni, kemain lagi aku ek.. sumer nak berkualiti ajer. Tapi alright aper, kan bagus kalau sentiasa berkualiti.

Semalam aku janji nak jumpa t kat kolej dia, tp aku terpaksa kensel pasal meeting aku ngan supervisor projek aku tu meleret2 smpi dekat kul 11. Tak sampai ati plak nak kacau t malam2 buta tu. Nntilah biler senang, akak banjer t makan ek. Aku tak tau samada t masih berfikir2 ttg nk drop PSM dia ker tidak. Hehe.. dia yg sibuk pk, aku plak yg dah sibuk nak drop proposal plak. Aku mmg dah hampir nekad utk drop dr semalam. Semalam, meeting aku turut dihadiri oleh Mr Loh. Mr Loh dan Ms. Lekha akan jadi penasihat bersama utk projek aku ni. Haha.. cam ada rasa banggalah pulak pasal projek aku tu cam besar sangat plak sampai nak kena ada dua penasihat. Lagipun projek tu pure idea dari aku sendiri, bukan lecturer yg suruh macam budak2 lain selalu buat. Lecturer suh buat tajuk itu ini, ikut jer.. pasal sekadar nk lulus. haha.. betapa berlagaknyer aku ini.

Semalam, kami berbincang kat luar jer, kat bangku luar fakulti pasal bilik Mr Loh ngan Ms Lekha blackout. Hehe.. rasa cam best jer, 3 bangsa berlainan bekerjasama untuk satu projek, ada cina ada india dan ada melayu. Dan nak dijadikan citer, ms lekha satu2nya lecturer indian dan mr Loh satu2nya lecturer cina kat fakulti dan aku pulak adalah satu-satunya student melayu yg blur kat fakulti hehe. Teruk aku kena brainwash semalam dengan derang berdua. Derang nak aku betul2 paham apa sbnrnya yg aku nak buat utk projek ni dan aku sgt menghargai itu semua. Kengkadang aku rasa malu jugak pasal punya panjang lebar derang terangkan, aku still blur gitu. Apalah punya student, nama jer master tp adoiii.. entahlah mungkin aku penat smlm, tak dpt nak betul2 manipulate idea. Seriously mmg aku blurr wlupun aku dah baca macam2 jurnal dan contoh tesis. yerlah, derang pun paham aku dari background technical, menda2 management ni mmg aku kureng paham. The idea is there, buat how to stucturize in management aspect.. Susah beb. Tapi aku lega jugak pasal perbincangan semalam mmg membukak minda aku. Aku sgt berterima kasih dgn mereka berdua. Walupun kengkadang aku cam orang bodoh, tp derang tetap nak tolong. So, utk tidak menghampakan mereka berdua, aku nak buat projek ni sebaik mungkin. dan oleh kerana aku masih baru dlm bidang management ni, i need to go slow.. tak leh nk rush. So, caranya adalah drop secara official tp masih jugak terus dgn progress, tanak lagi tunggu sem depan baru nak mula. Sat lagi aku nak inform Ms Lekha pasal decision aku ni. Semalam lagi aku dah decide tp derang berdua insist to let me think deeply before coming out with any decision. Tp aku mmg dah kasi tau derang, aku buat sesuatu tu nak yg terbaik, aku tanak memain lagi pulak aku study ni pakai duit sendiri. Ms Lekha nasihatkan aku supaya lebih berdisiplin dgn masa utk buat projek, katanya lepas kerja mmg otak aku penat, so dia suh aku guna weekn. Hemmm.. dia tak tau, masa weekn tulah mak aku nak heret aku ke sana sini. serba salah aku dibuatnya tau.

So, lps ni leh aku relaxkan otak dan prepare utk test innovation minggu depan. Otak aku ni dah sangat penat. Semalam aku tidur umah icha lagi. SORANG2 tu.. seram tu tak seram sgtlah pasal dulu pun aku duk rinting sorang2 jugak. Sib baik Incik A tepon semalam, cam tau2 jer aku sorang, so taklah sunyi sgt..

ok.. sekian wassalam

Friday, January 09, 2004

Talian SMS Ku Sudah Kena SARS

Assalamualaikum...
Huaargghhh... benci benci benci benci benci.. Geramnyer, apsal entah tepon aku tak leh nak send sms. Ooppss.. jangan kata henpon baru aku tu lauya ker haper ker eh.. aku dah try sim card aku tu kad tepon lain pun still tak leh anto sms tu aper citer. Maksudnya line timecell aku tu dah bengong. Yg peliknyer tu, incoming sms boleh, call boleh, terima call pun leh. Apa citer lah timecell ni. Aku dah call dah helpline derang suh aku betulkan service centre number dari nomor timecell kepada nomor maxis, cheh punya confident kata lepas tu gerenti leh anto sms. tapi ??? habuk pun tarak, masih gak cam tu sampai ari ni. Aku rasa cam ada sumting wrong jer dgn timecell ni. Semalam aku topup rm50, tapi biler aku check balik balance, nak tau baper banyak ? RM 169.. mak aii, banyaknyer tu.. sewel ker haper ni. Ishkk.. ker memang rezeki aku tu. Fenin paler mak cik cam ni.

last night, presentation untuk subjek marketing aku leh katakan berjalan lancar walaupun bagi aku tu lah antara yg worst dari aku. Cara aku cakap sungguh tidak meyakinkan tidak seperti sebelum2 ni. Aku lebih banyak baca slide dari menjelaskan secara interaktif kepada audience. Ahhh.. aku sendiri bosan dgn cara aku, tapi luckily, slide aku tu kira agak menarik bbanding orang2 lain walaupun simple ajer. Ada orang tu sampai 36 slide, aku punya 12 jer.. hehe.. berbeza sungguh. Tapi aku banyak masukkan gambar2. Lagi satu yg best adalah handout aku menjadi rebutan semalam, sedangkan aku cuma fotostat dalam 12 set jer. Yer lah, mana tak rebut, unik tu. Kalau selalunya orang just print handout slide cam tu jer atas kertas A4, aku plak terover rajin, aku buat dalam bentuk buku cam buku cenderamata tu lah. Pas tu buat cover cantik2.. hehe ramai yg jeles tu.

Aku ingat aku jer yg cam blur2 masa present tu, rupanya si Khor pun sama cam penat dan baca jer slide tu. Inilah susahnya biler satu group tu dua dua bekerja. Haha.. presentation kitorang kejap jer, aku rasa tak smpi 15 minit pun. Tapi what a surprise, abis jer presentation tu, PM Shoki kata our presentation was very good !!! Macam tak caya jer aku. Tapi mmg betul dia cakap cam tu. Selama ni dah byk group yg present tak der plak yang dia puji cam tu. hemmm.. good sign. dan lagi bestnyer, tak der pun soklan diajukan pada kitorang masa Q & A. Huhh.. aku rasa derang ni sumer dah kena psiko biler PM Shoki kata presentation kitorang tu bagus.. masing2 terus terbantut nak tanya soklan. Tapi baguslah jugak, aku ngan Khor pun dah penat, tak larat nak layan banyak2 soklan. Mungkin bagus yg dimaksudkan PM Shoki tu dari segi slide kitorang, handout kitorang yg unik, cara penyampaian kitorang yg simple & clear serta tak meleret2. Tp yg pasti PM Shoki kata, isi presentation kitorang tu mmg very comprehensive dan direct menjawab permasalahan yg diberi. Hemm.. syukur Al-Hamdulillah.

Adoiii.. nampaknya mcm sah dan sahih lagi nyata, aku mempunyai harapan luas untuk drop proposal sem ni. Balik dari kuliah semalam, makan (lapar giler tak makan dari pagi), semayang dan buat kopi panas kononnya nak stay up buat proposal tuhs. Tapi apa yg aku dpt? Otak aku bukan setakat jam ajer, tapi mata aku mmg dah takleh nak bukak walaupun dah 3suku mug kopi tu selamat masuk perut. Aku bukan tak berusahalah beb.. tapi aku betul2 tak larat ni. Penat sangat rasanya. So, ari ni aku akan try jugak buat kali terakhir untuk buat proposal tu setakat yg aku mampu, dan malam ni aku akan jumpa Ms Lekha utk mintak pendapat dia. Kalau ikut hati aku, aku mmg nak drop jer dulu. Aku akan terus jugak buat proposal tu tapi secara unofficial, so that aku tak perlu terikat ngan schedule fakulti. Aku akan buat slow2 supaya aku lebih faham dan dapat hasilkan sesuatu yg cukup baik. Aku dah tamoh lagi buat sekadar melepaskan batuk di tangga macam yg aku buat masa undergrad dulu. Aku nak projek yg cemerlang. Kalau aku drop projek ni, ada jugak risiko yg kena aku tanggung, 1st mak abah mesti pertikaikan, 2nd duit yuran bertambah lagi. Alamatnya next sem aku buat proposal ngan satu subjek jer dan final sem plak just concentrate on project. Aduss.. aku dah rasa malu nak jumpa Ms Lekha pasal memula dulu, akulah yg paling enthusiastic sekali. Tp kalau aku extend lagi ni pun best jugak, boleh aku grad masa konvo besar bulan 8, lagipun masa degree dulu aku cuma grad konvo kecik bulan 3 jer.

So, nak masuk lagi citer pasal Encik A (nama yg aku tulis dlm phone book hp aku). Dia semakin ambil berat pasal aku. Semalam malam, 7,8 kali dia missed call, sengaja katanya nak check sama ada aku masih guna nomor yg sama. Adoii alasan tak logik langsung, dah ler semalam aku tak der kredit. Semalam petang dia sms aku masa aku on d way to Skudai, tanya aku kat mana dan ada kelas ker malam? Aku tak dpt nk reply pasal talian sms ku yg bengong ini. So, sampai jer umah Icha, aku call dia. Masa tu dia baru lps semayang asar (lambatnya.. katanya ada kerja), dia tanya aku dah semayang ke belum, makan dah ker (membebel macam doktor biler aku kata belum), pasal presentation aku semalam (dia doakan aku success). Oh ya, semalam pagi dia kata nak dtg ofis amik slip gaji, tp sampai ptg tak nampak btg idung, biler aku tanya, dia kata dia segan dan suruh aku jer amikkan untuk dia.. eeee.. suka2 dia plak nak suh orang, dia tak segan ker nnti aku dpt nengok payment dia sumer. So far, aku berani kata dia seorang lelaki yg baik dan sempurna kecuali education dia lower than me, dia cuma ada dip dari cosmo. Dan aku tamoh taruh harapan apa lagi memberi harapan lebih2 pada dia, pasal aku sgt yakin dia sgt sukar utk lulus di hadapan mak aku yg sgt cerewet itu. Dan pasti akan lebih memburukkan keadaan klu mak aku tau yg dia lebih muda 15 hari dari aku.

Sekian entry buat hari ni.. babai

Thursday, January 08, 2004

McDonald.. I'l Lovin It !!!

Yuhuuu.. mlm ni aku ada presentation utk subjek marketing. Presentation n handout aku dah siapkan sumer.. hopefully malam ni sumer berjalan lancar wlupun aku langsung tak prepare speech.. hemm.. baca jerlah apa yg tulis kat slide tu. rasanya mlm ni ramai yg bminat ngan topik kitorang, McDonald tuhss.. Aku suka makanan McDonald aperr..

Malam ni aku kena struggle nk siapkan proposal bab 1.. klu malam ni tak siap jugak.. alamatnya ada harapan cerah utk drop projek sem ni. hemm.. Ms Lekha siap dah call umah aku ari tu. Ari tu aku promise nk siapkan pun tak siap2 jugak pasal malam tu aku betul2 kpenatan, lepas smayang maghrib terus pensan.

Henpon aku mjadi perhatian ramai orang hari ni. cheh kononnya hp paling canggih so far kat kilang ni.. abis umer orang godeh.. sib baik kat memory last received number tu aku dah clearkan, kalau tak.. hancuss.. dlm tu berderet nama A, pecah tembelang aku karang. Tp sebagai langkah bjaga2 aku dah tuko nama dia kepada makhluk asing yg tak dikenali.

Oklah.. aku nak balik.. perut aku tersangatlah lapar ni.. babai.

Tuesday, January 06, 2004

Henpon Ku Henpon Yang Baru

Asslamualaikum..
Aku menaip entry ni masa ofis.. kerja ofis aku kira byk yg dah siap.. tinggal satu dua jer.. itu pun tak urgent. Cuma study aku jer ni yg problem lagi. Presentation dah siap sumer, tp test lum sentuh habuk pun. Esok aku dah cuti, nk jumpa Ms Lekha, tapi menda yg aku nak present kat dia pun aku lum sentuh jugak. Mlm tadi aku dah try stay up, baca jurnal sumer, tapi otak aku cam dah jam. Langsung tak dapat kuarkan idea. Aaaahhh geramnyeeerr. So malam ni adalah percubaan kedua yg mesti jugak aku siapkan walau apa cara sekalipun. Aku tension gak nengok ada kawan2 lain dah siap buat bab 2 lagi tu, sedangkan aku dgn problem statement dan objektif pun tak lepas2 lagi. Adoi.. ni sempat ker tidak ni aku nak siapkan proposal sem ni, especially dgn lecturer yg fussy tu. Takkan nak drop kot... ah sudah.. aku tanak dah extend lagik.

Adoi.. kenapa 2-3 hari ni otak aku cam tak berfungsi dgn betul dah. macam2 menda yg aku lupa. Sabtu lepas aku lupa nak call icha, inform yg aku kensel nak gi umah dia. Pada kak wan plak aku lupa nak sampaikan mesej yg baju sekolah anak dia yg dia tempah dgn aku tu lum siap lagi. Ahad plak aku lupa nak pi umah kak mas yg mintak aku tolong tengokkan pc dia yg rosak. Ahad tu jugak aku terlupa nak pi beli sijil menyebabkan waktu lunch semalam terkejar2 gi pusat bandar cari kertas sijil tu. Adoi.. sakit jiwa aku cam ni. dah ler ahad lepas aku kena marah ngan mak pasal balik lambat. Semuanya gara2 aku lupa sumer menda.

Ahaa.. ari ni, tghari tadi aku gi tempah henpon kat pasir gudang. petang ni insyaAllah dapatlah tu. Semalam aku smpt survey masa beli sijil. Aku balik umah kasi tau mak abah, derang nmpknye tak der problem ngan harga 760 tu. So ari ni aku terus gi beli, dan toke kedai tu kira baiklah pasal janji akan dapatkan yg ori, bukan AP untuk aku. Aku tak beli yg ada camera pasal rasanya aku tak perlukan sgt camera2 ni, aku bukannya reporter pun nak amik2 gambar kulu kilir. Tengoklah bonus thn depan, aku trade in hp ni, amik yg samsung punyer, baru puas hati aku. Sabar sikit tak per.

Meh aku nak citer pasal outing aku ngan A ahad lepas. Asalnya aku nak tulis summary jer, tp rina suh tulis detail, so aku try sedetail yg aku ingat. Aku amik icha kat tmn tun sblm gi Masai. Masa aku sms si A, dia kata dia ingatkan tak jadi, dia dah nak kuar dah gi umah maklong dia. Chisss.. aku ngamuk dlm hati, dia yg ajak kuar, dia plak yg buat2 lupa, cam tak serius jer budak ni. Kat masai, aku plak yg kena tunggu dia, lagi satu penipu, kata tak bawak keta, tetiba dtg bawak keta jugak siap ajak si faizal (budak satu dept ngan A). Aku tak kisah pun dia nak bawak baper ramai pun pedulik haper, bukan aku yg nak banjer pun. Masa tunggu si faizal, aku kuar bual ngan A (agak jauh dr keta aku) sedangkan icha tunggu dlm keta. Tetiba icha ngadu kata tadi ada orang entah mana2 bukak pintu keta aku, icha naik takut.. Aku pun apa lagi, hot lah, aku jerit kat situ, siapa yg gatal bukak pintu keter orang ha? tak tau malu. Tp org kat situ buat muka selamba. Biler aku ngadu kat A, dia salahkan aku balik, saper suh tak kunci keter.. aikk, baik tak yah ngadu. buang karen jer. So aku terus park tmpt lain dan kami pi makan biler faizal dah smpi.

Masa makan, adusss.. sakit jiwa beb. icha mmg sengaja kasi aku duduk ngadap si A ni tau. Tak tau betapa seksanya aku nak makan. Si icha menyuap tak ingat dunia sampai suku pinggan tapi aku sesuap pun tak masuk mulut..segannyer aku!!! Si A dah senyum2. Aku makanlah jugak pelan2.. wlupun rasa cam kenyang semacam jer, tp paksa jugak pasal org dah banjer kan, sedapkanlah ati dia tu. Aku rasa aku makan begitulah slow.. dekat sejam tak abis2 nasi sepinggan. Yg pelik tu, si A cam ikut rentak aku plak. Dia cam sengaja makan lambat2, sampai last2 kitorang abis mkn serentak. Masa makan tu, si faizal asyik senyum2 semacam jer, cam senyum2 perli tengok aku ngan A. 'eh zal, jgn senyum macam tu, semcm jer senyum ko tu, benci aku'. hehe.. dah tentu si faizal dlm hati dah pk sesuatu, patutlah gayut tepon punya lama, memang sah. Si faizal siap ungkit2 kisah aku ngan A kena sound pasal bergayut tepon ari tu, rupanya satu dept dia dah tau pasal tu. Adoiii mana nak letak muka aku ni beb. Tapi rasanya setakat dept tu jer... org lain aku tengok cam tak tau apa2 pun, kira masih selamatlah tu. hemm syukurlah icha ngan A leh berborak dan tak control. A tak malu nak berbual ngan icha. si icha siap kena2kan si A.. haha.. bagus icha bagus, tak sia2 aku bawak ko. klu tak tu asik aku jer yg terkena. Yg aku geram tu, si A tak abis2 nak kenakan aku ngan razak (budak jbfm jugak yg selalu cuba nk approach aku). Eeee.. rasanya nak plaster jer mulut mamat ni kang. haha.. baru teringat masa makan tu, tetiba cincin yg aku pakai kat jari manis kanan terlucut masuk dlm pinggan, depa gelak jer kat aku. sib baik perasan, kalu tak, selamat masuk dlm perut.

Pas makan, faizal balik umah, kitorang pi survey hp. Yg geram tu, si A cepat sgt ilang, smpi aku tak tau dia gi mana. last2 dia tepon kata dia tunggu kat Todays.. eee dia ni suka buat program sendiri, menyusahkan orang. Dah sampai Todays pun dia ilang balik. Sakit hatinyeer aku!!! Aku cakap ngan icha, tak yahlah kiter tunggu mamat tu, menyusahkan orang, tak der dia pun tak per, kita leh jalan2 cari sendiri. So, aku ngan icha pi carik vcd pirate, selamat duit aku 14 inggit aku beli Kal Ho Naa Ho ngan LOTR dan tak lama tu, A pun muncul menyibuk, hmm.. gi toilet agaknyer tadik. Maka bermulalah operasi mensurvey hp, dari satu ke satu kedai kitorang masuk. Si A ni tak responsive langsung, bukannyer nak bagi pendapt ker haper ker, malahan dia plak yg menyibuk cari henpon utk diri sendiri, geram aku. Mulutnyer kemain ringan, kat sumer kedai hp tu, kemain byk dia tanya itu ini, last2 tak beli jugak, buat habis air liur jer. Penat woiii.. dia heret kitorang masuk sumer kedai wlupun aku dah kata aku penat, lgpun dah petang, aku nak balik, nak antar icha lagi, ntah kul baper smpi umah. Tp dia tak puas hati, nak jugak dihabiskan jelajah sumer kedai hp kat Todays tu. Masa nak balik tu pun, dia sempat singgah kedai yg buat service landskap umah, adoi kemain lagi borak ngan apek kedai tu cam kawan lama dia jer. Dah tu ngan aku2 terheret sekali. Sengaja aku perli2 si A ni depan apek tu, padan muka, kelat2 muka dia. Yer lah, mana taknyer, dia pun asyik perli2 aku jer, biler aku jeling, dia gelak.

Kul 6, kitorang kuar dari Todays, si A merungut2 katanya patah pinggang dia temankan aku carik hp, belinyer tak jugak. Haha.. mmg padan ngan muka dia. Kesian plak aku nengok, muka mmg dah macam org tak makan 46 hari. Masa memula datang tadi kemain smart, baju siap masuk dlm, tapi bila balik, smartnyer ke mana, hampeh.. sempoi jer. hemm.. yg tak bestnyer tu, aku balik cenggitu jer, aku tak sempat pun cakap tima kasih apa lagi nak bual panjang. mmg spnjg kuar ni tak dernyer kitorang bbual secara peribadi. Lagipun aku kan bawak icha, aku segan ngan icha dan rasanya A pun cam tu jugak. Pas tu aku terpk, adakah keputusan yg baik aku bawak icha temankan aku ni?

On the way balik, si icha komen ttg aku ngan A. Masa memula jumpa tghari tadi, icha kata A ni cam skema jer, pakai pun smart2, not my taste katanya. Lama2 icha kata A ni ok, leh jadi kawan yg baik, rupa dia pun not bad.. hehe.. icha dah kena psycho ngan A. Icha kata kalau aku on terus ngan A pun dia setuju. Hmmm.. entahlah icha, aku pun tak tau apa perasaan aku pada si A ni. Tp icha kata dia kelakar tengok aku ngan A. Kata icha, aku ngan A nampak macam saling suka tapi cover2, ego, saling nak jeleskan masing2 dan saling perli memerli. Hemm.. aku tak beranilah nak komen yg tu. Aku skarang rasa takut pasal biler dah kuar ngan A ni, tentu A dpt baca byk lagi ttg diri aku ni. tentu lepas ni aku kena lagi tadah telinga dengar komen2 dia, sanggup ker aku? adoii.. yg ari tu punya jer, aku dah nangis macam haper.

Tapi kan, masa aku balik dr Todays, masa kat keta, aku kena tegur ngan sorang lelaki tua yg nampak alim, rasanya bukan local, cara cakap pun pelik, speaking lagi tu. Dia kata dia dari pakistan. Dia kasi aku satu cd perhiasan ayat quran utk gantung kat keta dan dua kad yg ada tulis doa2 dan surah Yassin. Dia kata dia musafir, dan mintak derma seberapa ikhlas, aku hulur rm5. Muka dia nampak tenang jer, tu yg aku kagum. pas tu dia banyak tanya2 aku, aku umur baper, dah kawin ker belum, kerja ke belajar. Aku layan sebaik mungkin wlupun aku nak cepat ni. Dan yg buat aku cam sejuk hati dan perasan sikit tu biler dia kata aku ni prempuan yg baik, dan dia doakan semoga aku berjaya dlm hidup dan dapat suami yg soleh. Memang itu pun harapan aku selama ni. Biler dia cakap2 cam tu, aku rasa cam nak nangis pun ada, cara dia cakap tu macam ikhlas jer bunyinyer.

Lps antar icha aku pi utm pulangkan tesis, dah kul 7 masa tu dan aku tepon abah, inform pasal aku lambat. Sampai umah dekat kul 9, mak aku dah marah. Abah kata mak aku mengamuk biler dah maghrib pun aku tak smpi umah lagi. Aku terus masuk tidur. esoknyer aku takut nak tegur mak.

Hemm.. abis citer aku yg detail tu.. aduss.. baru dpt memo. awal bulan februari aku kena buat audit ISO utk dept logistic and shipping. parah tu, department yg cukup complex. mencabar keupayaan aku.

Ok.. aku nak balik.. babai..

Monday, January 05, 2004

Fenin + Stress * Bz / Penat = Mereng

Assalamualaikum..
Haha.. betapa saintifik dan ensemnya formula yg kuciptakan itu. Persamaan linear yg cukup simple nyimple utk menggambarkan situasi aku sekarang atau stepatnya spjg minggu ni.

Checklist kerja menimbun (study)
* Take home test utk subject marketing yg kena anto khamis ni. Tak sentuh lagi.
* bab 1 proposal yg nak kena present rabu ni.. pening.
* Presentation untuk assignment McDonald kelas marketing khamis ni.
* Study utk class innovation bab 4 dan 5. (bab 5 lum jengok lgsung)

Checklist kerja ofis yg melambak
* Seminar Energy Saving ari ni.
* ERM 4th Quarter Review Report
* Provision of Sales Rebate for the month of December 2003
* Sijil for Pest Control Management Training esok
* P.O. automation template for warehouse

Penat sangat rasanya.. tu blum masuk kerja2 add-hoc especially biler ada h/w rosak, mulalah siren bunyi "Ayu !! Bantuan", "Ayu !!! Tengokkan pc ni". aduss.. peninglah aku.

Aku dah sediakan cecklist ttg apa yg aku nak tulis dlm blog ari ni. Tpi ada 5 topik lagi rasanya tak sempat dah.. esok lah aku tulis kat blog ni.. tu pun klu aku tak sibuk. Semoga semuanya berjalan lancar.. Amin.

Saturday, January 03, 2004

Orang cuti aku kerja !?!?

Assalamualaikum.. Adoi... menci, bosan, hampeh, tak aci betul.. aku kena datang bertugas dgn penuh takzimnyer ari ni. Ari ni patutnya aku off laaa.. tp semalam dah kuar pengumuman dari boss, semua cuti ari sabtu akan digantikan ke minggu keempat, masa tahun baru cina tu.. utk bulan ni jer lah. Chiss.. sib baik aku tak der apa2 plan ari ni, kalau tak tu, haii tak pasal2 sumer kena kensel. Tp ini pun kira lagi baik daripada kena amik compulsory leave masa tahun baru cina nnti, mcm tahun lepas. Org cina sumer nak cuti lama so depa paksa sumer orang cuti sekalik. Kiranya derang tak percayakan orang melayu lah tu, nak cuti..cuti jerlah.. nak paksa2 orang plak.. eeee geram aku.

Ari ni kul 8.10 aku dah sampai ofis, sengaja cepat pasal aku nak curi2 print jurnal guna printer ofis. Printer umah aku dah tak leh pakai lah. Ni pun aku baru sempat print 3 jurnal jer.. ramai dah masuk ofis.. terpaksa stop sebelum kena sound. Patut ker aku beli printer baru utk pc kat umah, aku tgh berkira2 ni. Abah dah mula secara berkias2 suh aku belikan mesin basuh baru utk umah, dan rasanya aku tak der masalah utk itu.

Adoiii.. malam tadi aku tak dpt tidur lena. Fikiran aku berkecamuk, bukan pasal A tapi pasal mak aku. Semalam, tanpa sengaja aku tercuri dengar perbualan mak aku ngan adik aku dan rupanya mak aku meluahkan rasa tak puas hati dia terhadap aku. Dan aku rasa sedih psl mak aku tak cakap direct malah cakap2 belakang. Dia tak puas hati dgn cara aku bercakap dgn kawan2, katanya kurang ajar, kasar dan bergurau2 yg akan buat orang benci ngan aku. Adusss.. mak aku mmg tak paham dunia persahabatan zaman moden cam ni. Semua kawan2 aku open minded dan lebih suka aku bersikap lebih selamba, bukan control2 ayu. Mak aku mmg tak paham, dia nak aku jd cam pompuan kampung yg cakap cam dlm kelambu, terkemut2 dgn kelajuan percakapan 5 perkataan seminit agaknyer.. Mak aku dr dulu smpi skrg, ada jer yg dia tak puas hati ngan aku ni. Dia ingat orang sumer cam dia lah, yang terlalu sensitif, tak boleh buat gurau dan mudah kecik hati ngan percakapan orang lain. (*sigh*) Susahlah dpt mak yg berfikiran tertutup ni. Sabarlah wahai hati..

Ok.. that's all.. bubbye...

Friday, January 02, 2004

Aku perempuan hilang arah dan lepas laku???

Ok pun blogger ni..Aku taip blog entry ari ni dalam ms word pasal aku tak leh login dlm blogger tadi.. tak tau apsal ari ni blogger tutup kedai agaknyer psl sambut thn baru. Tp ni dah 2/1, takkan tutup kedai lg, hemmm.. mungkin sambutan tahun baru tertunda. Yg geram tu rupa2nyer selama ni, gezbuk aku tu dah bengong tahap menyampah aku tengok, patutlah t komplen ari tu mesej tak appear. Yg aku pulak buat donno cam best jer, tak pi check. Sekali aku testing sendiri pun mmg sah tak der

Hemm.. aku baru jer call Ms Lekha nak tetapkan perjumpaan. Kami dah tetapkan untuk jumpa minggu depan ari khamis. Aku pun mmg nak amik cuti ari tu, aku nak wat assignment, siapkan presentation, buat take home test n byk lagi yg berkaitan study. Ms Lekha nk involve kan sorang lagi lecturer yg lebih arif bidang management dlm projek aku. Katanya, dgn adanyer involvement lecturer tu, my project will be very good. Haii.. yg skrang pun aku tgh pening2, dia lagi expect tinggi dari projek aku tu. Silap aku jugak yg terlalu enthusiastic dgn projek tu menyebabkan dia yakin aku dpt buat sesuatu yg jauh lbh bagus n advance. Pening aku.. pening.. Cheh!!! Aku tanya ben, adoi.. ben kata dia pun nak cuti ari khamis, so aku kena cuti ari rabulah nmpknyer, terpaksa tuko plan.. apa buleh buat.. (muka sedih yg mengharukan stail neng yatimah.. hehe)

Good news for me. Last night aku dah pasangkan reverse sensor kat keta aku tu. Kena RM120. tak kisahlah pun. Hehe.. biler dpt bonus dah ni, kemain lagi aku, sumernya tak kisah, karang biler dah kering, baru tau nak merintih2, merungut2 cam orang tak makan 40 bulan. Semoga slps ni tiada lagi upacara sondol menyondol keta orang mahupun tiang2 tnb di negeri johor ni yg bakal disempurnakan oleh paduka menteri tak bertauliah ala-ala syok sendiri, Cik Rahayu Ab Rashid. Cukuplah kenangan dua kali menyondol objek2 tidak bersalah ketika reverse.. Hemm.. on the way balik smlm, aku pi singgah makan, ada sekor anak miau ni dtg main2 kat kaki aku, very aggressive wa cakap lu, sib baiklah dia kecik, klu tak maunyer koyak rabak kaki kain baju kurung aku dilanyak si miau ni dan tentunya aku akan menjadi glamer seketika kerana beraksi seksi dgn kain yg vogue ala2 pesen moluccas. Tp, aku bkenan betul kucing ni, masa dia pi main kat kaki mak aku plak, mak aku dgn ganas, zalim dan kejamnya telah menyepak kucing ni smpi terpelanting sekaligus mengakhiri babak2 komedi si miau. Si miau terus terdiam baring. Adakah dia sakit? Itu sudah tentu, adakah dia kecik ati.. ala busyuk2..syiannyer. Dan si miau pun kembali kpd aku lalu menyembunyikan diri berbaring dgn hangat n selesanya di kaki kain aku yg meleret di lantai. Kesiannyya… masa nak bangun lepas makan tu rasa tak sampai ati sgt. Ikut hati aku yg ada pengaruh2 lanun ni, nak ajer aku kebas kucing ni bawak balik. Tapi aku tak sangguplah kang terpopular tanpa disangka akibat dikejar tuan kedai yg terjerit2 membawa sudip kerana kucingnya dikidnap orang.

Tp, kehadiran miau tu smlm sebenarnya sedikit sebyk mengubat hati aku yg cukup terguris semlm. Perbualan aku dgn A (A=pemangkin aku, malas nak tulis panjang, after this klu aku tulis A tu korang dah taulah sapa yg aku maksudkan) ptg semlm betul2 menyiat2 hati aku. Mood aku terus down dan aku masih leh control masa kat ofis. Tp masa balik, biler sorang2 dlm keta sepnjg jalan, aku tak tahan terus menangis. Petang smlm ada krisis kecik antara aku ngan A tp bukan tu yg buat aku nangis. Masa tu aku rasa geram. Aku remind Ms Woo, sebarang call utk aku, tanya dulu saper orangnya pasal aku tgh xder mood nk cakap ngan A. Tp last2 bolos jugak call dia pd aku psl dia tamoh jawab biler Ms Woo tanya dia saper, tpaksalah aku layan jugak n call tu lah yg betul2 buat aku rasa sgt depress. Memula mmg bual cam biasa tpi biler masuk bab yg dia seolah2 mntafsir diri aku, aku jd tak sedap. Aku akui mungkin benar dia blh tafsir org biler tengok luaran jer psl dia pun ada pendidikan agama yg jauh lebih bagus dr aku. Dia sgt open dan dr apa yg dia kata tu, jelas membuktikan apa tanggapan dia pada aku. Aku ni perempuan yang over, kadang2 mcm mengada2, punya cara cakap yg manja seolah2 sengaja nk tarik perhatian orang n mahu disayangi. Aku jugak perempuan yg kadang2 mcm orang tak sedar dgn kelakuan aku sendiri. Aku buat selamba n menjawab dgn sedemokrasi mungkin, tidak jugak mengiyakan n tidak jugak menafikan spenuhnya. Jauh di sudut ati aku ni Allah jer yg tau. Tak penah org kata aku macam tu!!! Aku rasa sgt sedih n aku rasa mcm aku ni perempuan yg hina n murah atau setepatnya perempaun yg entah apa2. Seluruh badan aku jd lemah n rasa mcm ada batu besar hempap hati aku, nada suara aku terus flat jer. A sedar perubahan pd nada suara aku n mmg aku x dpt nak sorokkan lagi dr dia. Dia terus tuka topik berceriter ttg menda lain, n aku mendengarnya antara dengar n tidak, pasal hati aku mmg dah bercelaru, entahapa lagi yg dia citer aku pun tak perasan. Dan lebih menyesakkan perasaan aku adalah dia suh aku call lagi dia malam tu. Aku jd pelik dgn dia ni, apa sbnrnya dia anggap aku ni hah? Satu hari jer sampai nak calling2 sampai 3,4 kali apa citer.. sekali call bukan reti sekejap, berjam2. Dan weekn dia ajak aku kuar, katanyer nak meraikan kami dpt bonus. Aku setuju jer biler dia izinkan aku bawak kawan. Aku tau dia sgt tak kisah aku kuar sorang, tp aku dah tamoh lagi memburukkan imej aku dpn mata dia sbg pempuan yg senang2 nak diusung kulu kilir. Aku akan bawak icha n icha pun dah setuju. A pun dah janji jugak nk tolong teman aku survey henpon nnti. Hemm.. lama sungguh aku engage dgn dia smlm sampai aku dgn dia sama2 kena sound dgn akak operator psl byk call tak dpt masuk ke line kitorang. Aku rasa malu betul biler akak operator tu sound depan2 org ramai. Tentu ramai org syak aku ada apa2 dgn A. Aku x tau pun yg rupanya operator tepon leh detect sapa engage ngan saper. Pas ni aku tak nak lg izinkan dia call aku masa ofis hour. Susah dia ni, klu dah berciter, tak reti nak berenti, selalunya aku yg kena warn dia supaya berenti bciter, lama sgt, cair gagang tepon ni.

Skrg aku betul2 keliru dgn A ni, apa sbrnya niat dia ni? Apa sbnrnya dia anggap aku ni? Kenapa dia layan aku macam tu? Aku tau dia dah ada awek pun cuma tak der kat Johor, ada org kata awek dia kat KL. A pun tak penah menafikan, biler aku sound dia, dia kata awek dia open minded, tak kisah. Abis tu, jgnlah layan aku cam tu sekali !!! Aku ni dia ingat haper, spare tyre ker ha?? Mentang2 awek jauh, dia kat sini senanglenang kuar ngan org lain. Tp kata2 tafisran dia ttg sifat aku tu, betul2 buat aku kecik hati. Spnjg balik umah, aku terpk, betul ker aku mcm tu. Aku rasa aku bukan mcm tu, tp kata2 A tu buat aku seakan cuba mencari kebenaran di sebalik kata2 tu. Dan aku jadi sedih. Aku rasa selama ni aku sentiasa berusaha utk menjaga tingkah laku aku terutama dpn lelaki. Kenapa dia anggap aku cam pempuan yg ilang arah dan lepas laku? Kawan2 sumer yg dah lama kenal aku tentu tau mcm mana aku ni sbnrnya kan ? Macam tu ker aku? Ya, mmg aku dah berubah sikit dasar biler dah bekerja ni, aku lebih open dgn lelaki, tp takkan seteruk itu aku ni. Ya Allah.. berikanlah aku petunjukmu Ya Allah.. Sekarang ni aku dah mula pk yg dia ni bekawan ngan aku kononnya utk jadi penyelamat. Yer menyelamatkan aku, perempuan yg sesat utk dibawa balik ker pangkal jalan.. Ya Allah.. takkan aku seteruk tu, aku masih waras dan boleh berpk dgn baik.

Entahlah.. aku malas lag nak pk, skrg ni pun aku takut sgt kalau dia call lagi ari ni. Aku cuba nk lupakan apa yg dia kata smlm, tapi tak berdaya.. asyik terngiang2 kat tinga aku ni dan aku akan mula menangis lagi dgn tanggapan A tu pada aku.. Aku rasa hina sgt. Aku sgt memerlukan nasihat kawan2 sumer.. wassalam