Monday, May 31, 2004

HIGHLIGHT LIPUTAN GEDERING GEJU


Gambar kenangan selepas makan (oops, selepas bayo sbnrnya). Tp Kak Ika takder psl dia mmg seorang yg baik ati dan rajin mengambil gambo utk org lain wlupun dirinya tidak termasuk dlm gambo itu..hehe


Apa ek nak citer pasal gedering ari tu. Kuar rumah dalam kul 10 cam tu, kononnya takut jln jam atau sesat. Sesat!? Almaklumlah ini minah bak kata Taqriz, buat malu kaum. Duduk jb tp seumur hidup tk penah pi Singgah Selalu. Bukan takat Singgah Selalu, Senibung pun aku tak penah pegi tau tak? So, tak seperti yg disangka, traffic smooth giler. Nk bawak slow2, takut minyak cepat abis, nk bawak laju, takut cepat sgt sampai plak. So...? Pecut beb, mana ada polis pun..hehe. (Jgn tiru kerana kalau disaman polis, pihak tuan punya blog tidak akan bertanggungjawab apalagi untuk dituduh bersubahat sebagai penghasut)

Smpi dlm kul 10.30. Ececeh nervous plak ekekekk, 1st time katakan. Nk terus masuk, segan. Nk kata idung kemek sebelah ker, tak pulak, await nk malu ek. Park jer tepi tu duduk bermalas2n dengo kaset Hijjaz (ececeh macam alim2 jer). Dekat kul 11 baru aku sms riz dan rupanyer dia dah lama sampai. Hampeh, klu ku tahu, tentu aku dah lama masuk, minum2 ker. So, aku pun ngan control2 anggunnya masuk hehe.. jeng jeng jeng (sound ini hanya rekaan semata2, dun try at home) Aku cari muka riz jer, psl yg lain mmg aku tak kenal. Taraa..Nampak pun!! Riz duduk ngan sorang lelaki berspek itam yg nmpk brutal dan sorang budak kecik comey pakai spek kaler jernih yg tersenyum2. Dlm ati aku dah leh agak saper budak ni, tp aku wat tak tau jer (takut malu salah orang, baper byk kali lg aku nk malu ni haa). Aku pun join derang dan si kecit ni kata aku ni achik ker? Sah inilah Ayares. Nengok muka, aku tau ni msti org kelate psl muka dia dkt sama ngan muka sorang member aku yg jugak budak sains kom. Cara cakap pun lebih kurang. Eleh, dlm blog spiking minang konon. Ahaks.. yg pakai spek itam tu Syeikh rupanyer. Aku ni tak selesa biler org pakai spek itam depan aku, bukan apa, tak tau mata dia pandang mana, tu yg cam seram2 skit, sori mori monin glory eh syeikh.

Tk lama lepas tu, MatJan ngan Purbe ngan Manmoncang pun dtg. Aku tk kenal derang, so tak berbual pun smpi abis gedering. Aku tak tau nk borak apa, lagipun aku ni cuma blogger2 biasa low profile yg hina lagi kerdil, lainlah derang. Chiss, aku merendah diri ni. Then, tunggu punya tunggu punya tunggu, Tuk Rimau pun dtg ngan orang rumah dia Kak Tin ngan Kak Ika dr S'pore. Ooo, ini ker Tuk Rimau, dlm hati aku. Aku ingat muka garang cam rimau, rupanya tak (ini rimau sudah jinak, dah baper lama training..hehe). Comey tuk rimau ni, peramah plak tu. Kak Tin plak muka cam kak hazarina (pun sama fakulti ngan aku dan tuk rimau)

Biler derang dah datang, kitorang pindah tempat. Dari tempat open air kepada tempat yg close air (ada ker istilah cam tu). Panas beb duduk luar, biler kena aircond, lega skit. Dapat menu entah kali ke berapa (psl tiap kali org nk amik order, kitorang asyik suh tunggu smntara nnt kan yg lain smpi). Berpeluh dahi aku nengok menu, harga Nauzubillah mahal!! Aku cuma makan nasi goreng paprik ngan ais limau, itupun aku rasa lebih dr RM5 tu. Sepanjang masa, aku cuma lbh banyak mendengar org berbual. Aku bual pun cuma dgn kak Tin dan Tuk Rimau psl derang jer lah yg duduk dekat ngan aku. Sib baik derang dua kira nk gak ajak aku borak, klu tak, sepanjang masa dihabiskan ngan melilau pndng dinding, siling, meja atau mengira corak2 bintang yg ada kat meja tu berulang2 kali atau pun lg teruk mungkin aku akan menghantuk2 kan kepala ke meja akibat keboringan yg melampau. Nasi Goreng Paprik situ kira sedap jugaklah, buleh dtg lagi. Tp better makan kat payung Sri Skudai, sedap, banyak, ada sup, ada smbl belacan dan murah. Elemek, lapar plak aku biler pk.

.
Sewaktu Menunggu Makanan. Ada dengo sayup2 lagu keroncong tak?


Selain dr tu, acara lain adalah amik gambo sana sini. Aku tak der camera so biar jer org lain amik gambo. Kang biler derang upload, leh aku tolon link ajer.. hehe. Oh ya, Tuk Rimau tanya naper masa wat 1st gedering tak ajak dia. Hehe.. manalah aku tau. Aku tak tau pun yg Tuk Rimau ni duduk Johor dan yg lebih surprise, dia ni lecturer fakulti aku. Tp aku tk penah plak belajo ngan dia. Ni lah baru tau. Psl satu tmpt, tu yg ada idea nk borak. Yg aku takleh lupa tu, aku ni dh macam wartawan yg wat liputan langsung ke Kelantan. Member kempunan tk dpt dtg gedering, dpt highlight tru sms pun jadilah hehe..

.
Suasana dalam restoran dan menu yg berjaya buat aku berpeluh tanpa perlu pergi gym atau aerobik


Lepas makan, Riz ngan Kak Ika balik dan yg lain pi Danga Bay jenjalan. Maklumlah Matjan, Purbe ngan Manmoncang bukan org Johor, nak pi bergambo2 kat Danga Bay yg femes sebelum balik petang tu. Pas tu kitorang sumer pun balik.. abis citer. Dengo kata nk wat gedering main boling utk blogger di klgn kerabat atau bekas kerabat UTM jer. Klu betul2 jadi, ramai tu.. dan for the 1st time again aku maauk tmpt main boling (sumur hidup tk penah mauk apalagi nk main, ada sesapa lg nk kata aku ni buat malu kaum?)

Sekian laporan tertunda dari Majlis Gedering GEJU Di Singgah Selalu. Kembali ke Angkasapuri..hehe

WHEN LEADERSHIP IS CONCERNED

BERSATU - RAIHAN

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat


I dun want to write about our gedering yesterday coz i'm waiting for all people who snap a lot of photos to upload them 1st, so i can simply link them from their pages. (soo cleverr) I did want to write about color teraphy dis monin but it happened that suddenly i felt like writing sumthing else. So, color teraphy will be up on Wednesday.

The song above by raihan from their album Bismillah remind me to my old days in UTM when i was very active in our college student board. I was in ME (Majlis Eksekutif) that time, when me and Along (also part of ME) decide to use this song as 'pembakar semangat' for all members. As time goes by, slowly i forgot about all those leadeship stuff that used to be much of my interest. But, dis monin, when a fren, a brand new fren, drag me to a very informative discussion, i coundnt help myself to start searching the old me.

I love leadership and joined a lot of seminar and course that closely related to it during my campus day, as a aprticipant and also as a fasilitator. Being active in university is not as easy as expected, u've to manage ur time very very wise. U haf to accept that when all ur fren were in their room studying, u r out there doing other thing, bz ke sana ke mari. But i never regret. Walaupun aku tak grad dgn 1st classs honor degree, i can still maintain above 3.0 cpa and at the same time, improve my interpersonal skill which is very useful for entire life.

So now, i miss those old days. Rindu pada zaman semasa berada dlm JKMKTC (Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor), rindu pada Leadeck KTC( Leadership Development Commitee of KTC). Skrg, sumer tinggal kenangan. Aku sedih kerana apa yg aku asah selama ni akan tumpul begitu sajer kerana environment kerja skrg yg tak mengizinkan.

Friday, May 28, 2004

GATHERING + JODOH + KHATAM



Di atas adalah name card atau tag yg bakal diperolehi sempena gathering GengJurnal weekend ni di Johor Bahru. Nak tau saper yg buat. Itu marang kepunden Ayares yg buat. Lawa kan? Eksklusif gitu. So one more time, saper2 nk dpt kad cantik tu, jom mampir2 kan diri anda ke

GATHERING GEJU JOHOR BAHRU
AHAD 30 MAY 2004
11.00 PAGi
RESTORAN SINGGAH SELALU


Adoii.. sakitnyer perut aku gelak. Miss Neo, sorang account clerk ofis aku, sibuk nk carikan aku pakwe. Alahai pastu nk rekemenkan aku lah, itu lah inilah. Tanya aku nk yg camna. Ishk ishk.. Memula dia tanya aku dah ada boy fren lum. Oooo.. boy fren mmg ramai tauu. Tpi setakat boyfrenlah, bukan steady boyfren atau kekasih. Just fren.. hehe. Bosan aku. Ingatkan staf melayu jer sibuk2, rupa2nyer yg cina pun sibuk jugak. Apa aku ni tua sangat ker?

Aku ingat selalu yang jodoh tu tak pasti, tapi mati itu akan datang. Lebih baik kita risaukan ttg mati dr ttg jodoh. Buat pening paler jer. Cuma Allah yg tahu apa yg terbaik untuk kita. Terbaik pada pandangan manusia, tak semstinya terbaik pada pandangan Allah. So kita kena redha lah kan. Lagipun serius cakap, sekarang ni, aku skit pun tak terasa nak kawin. Lum smpi seru kot.. hehe..

Cakap psl kawin, teringat yg pada Ogos ni, waktu kenduri kawin Nor, Cik Al suruh aku jadi partner Nor untuk Khatam Al Quran. Siap dah suruh aku cari baju lawa2 utk majlis tu. Mak pun dah sibuk tanya, biler nk cari baju. Alahai.. lmbt lagi lah. Aku malas nk pasang2 badan, kang tenggelam plak pengantin hehe. So, start next month, Nor dah ajak aku pi belajo ngaji dgn sorang ustazah ni. Aku ni klu ikut hati mmg malas nak pi. Bukannya aku kata aku ni terel sgt mengaji. Tp setakat surah Dhuha sampai AnNas tu apalah payah sgt. Juz Amma tu kan dah jadi macam bacaan harian waktu solat, tul tak? Tanak kecikkan hati Nor, aku ikutkan jerlah. At least aku dpt jugak tambah ilmu, manalah tau ustazah tu sudi nak ajar taranum kat aku, ok gak tu. Seumur hidup tak penah bajo taranum, baca Quran tk penah berlagu2. Lumrah manusia lebih malu pada manusia dari Allah. Alangkah bagusnyer sumer umat Islam sentiasa belajar, mengaji dan menghayati Al Quran tanpa perlu menunggu saat2 tertentu sahaja.

That's all. Jumpa lagi..



Thursday, May 27, 2004

GATHERING AND PHSM

MAJLIS
TOGETHER-GETHER GEJU JOHOR BAHRU


Tarikh : 30 May 2004 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Restoran Singgah Selalu Jln Skudai


So, apa lagi? Yang mana tak dapt hadir masa gathering pertama kat Danga Bay april lepas, buleh datang untuk gathering kali ini pulak. Yang dah datang plak, meh lah dtg lagi. Yg duduk S'pore kalau nak turun pun dialu-alukan. Apa-apahal leh contact kiter atau airiz


Macam lawa tmpt ni, tp aku sdiri, tak penah pi lagi


So, enuff about gathering. Last night, i went to GSC Leisure Mall to watch Puntianak Harum Sundal Malam, together with my aunt and two cousin. Ahaks.. my 2nd time, dah tak macam rusa masuk kampung dah. The show start at 7.45pm. Yesterday afternoon, i was thinking about booking the ticket earlier through the online booking system but unfortunately i failed to do so, that i guessed due to some problem with their system. So, i called, and they told me that no need to book earlier pasal baru 4 orang beli tiket. hemm.. ok lah tu, i thought tentu ramai orang pasal ari rabu harga 6inggit jer. Sib baik tak ramai.

Kami kuar kul 6.20 ptg but as usual, jalan jam macam haper.. dok pening, which route should we take? permas or makro? Last2 amik jalan makro and we managed to get there at 7.30, quite ok cos the previous show pun abis lambat, dekat kul 8.00 baru abis. So, seat kami G8,9,10 dan 11. Tengah2 dan agak belakang.

Sepanjang tengok movie tu, rasa ok lah jugak citernyer. Bolehlah dikatakan filem seram Melayu yg terbaik so far, compare to Mistik yg entahapaapa. Ada aspek seram yg bagus tp dia punya movement tu kalau dicepatkan skit, lagi best. Lagi seram dan memeranjatkan orang. Sepanjang movie tu lbh ramai org gelak dr terjerit. Tiap kali Ida Nerina ngan Rosham Nor kuar, mesti penonton gelak macam haper. Keseluruhannya ok dan best, two thumbs up. Now, i begin to like the song sang by Maya Karin during here pregnancy, yg pasal mati tu..

Ok, gtg, see u in Singgah Selalu this weekn.. chow bebeh..

*** both pictures are linked from riz. Sori tak mnta izin awal2

Wednesday, May 26, 2004

MY NEW ROOM

Assalamualaikum..
Bilik yg aku sewa ni, tuan rumahnyer seorang ibu tunggal 5 anak. Suaminya dah meninggal 7 thn yg lepas. Ini pun dia baru kena berenti kerja pasal kilang shut down. Anak yg pertama tak bekerja psl baru accident. Yg lain2 plak masih belajar. Kesian jugak aku ngan dia. Rumah dia ni beberapa langkah jer jauhnyer dr umah Cik Al (sedara aku) dan Cik Al lah yg rekemen aku sewa kat situ.

Rumah tu sgt besar, ada enam bilik. Tapi sayang, besar2 pun seperti tak terbela. Bukan dia tak nak jaga, masalahnya tak der daya. Mak aku siap kata, kalaulah mak dpt umah beso cam ni, mak jaga betul2. Skrg yg duduk kat situ, cuma tuan umah, anak yg sulung ngan sorg anak sedara. Yg lain sumer kat hostel.

Aku sewa dekat 200 sgt puas hatilah. Kenapa?

1. Bilik tu adalah master bedroom rumah tu, tingkat 2 n besar.. semenjak suami tuan umah meninggal, dia terus dah tak guna bilik tu. Aku lah yg pertama guna slps 7 thn ni. Memula aku cam takut jugak, tp dah baper lama ni, Alhamdulillah tak der apa2 berlaku. Cuma patah gak pinggang aku nak mmbersihkan bilik tu masa mula2.

2. Dah siap dgn perabut, katil queen size dgn tilam, almari 6 pintu tp aku pakai 3 jer, almari solek, meja tv, lantai parquet. Asalnya tuan umah siap nak kasi aku bantal ngan cadar sumer tp aku tanak psl aku bawak sdiri dr umah. Masa aku kemas bilik tu, ada jugak alat senaman, basikal bodoh, ngan maxirider. Tuan umah kata nak guna, gunalah. So aku amik Maxirider, wat senam2 dlm bilik petang2.

3. Bilik air dalam bilik, cayalah. Besau plak tu. Ada shower, sink, cermin dan siap ada bath tab plak. Tp aku tak penah guna pun, seganler nak berendam dlm tu, ahaks. Toilet pun aku tak guna, psl aku tak reti lah guna tandas duduk ni. (cam org kuno jer, kan?)

4. Rumah ni berpagar, siap pakai gate yg guna remote (aku dpt satu remote). Then, ada sistem keselamatan yg bagus, kat tingkap ngan pintu ada sensor. Kat pintu bilik aku pun ada satu control panel dia. Semalam tuan umah ajo n demo kat aku cara nk guna sistem. Siap test klu ada pencuri masuk. Merasa gak aku dengo bunyi meraung yg punyalah kuat, kalah bunyi polis. Kiranya selamatlah sumer harta benda aku, tak risau punya.

5. Bil api air dah termasuk sekali. Betapa bestnyer. Aku pun apa lagi, angkut sgl barang, TV, radio, kipas angin, ubat nyamuk letrik bawak situ. Ni pun mak dah tanya biler nk angkut pc. Sbnrnya aku leh guna sumer brg kat umah tu,tp sajer malas nk berkongsi ngan orang. Ikutkan hati, cerek ngan sterika pun aku nak hangkut. Tp nnt sah2 aku akan lgsung tak kuar bilik kecuali biler nk gi kerja.

6. Rumah ni dekat ngan umah Cik Al, senang aku nk merayap biler2 bosan. Dekat jugak ngan Masjid, senang aku nak pi masjid setiap mlm jumaat ngan malam rabu. Dekat ngan Taman Tasik, senang nak pi jenjalan atau jogging. (Smlm aku gi masjid, adalah dlm 7-8 org pompuan kat situ, geramlaaah. Aku sibuk nk concentrate apa ustaz cakap ms kuliah, makcik2 ni pot pet plak kat blkg.. eee rasa nk sound jer suh diam. Tp takut..hehe)

7. Tuan umah jenis yg sgt sporting dan tak kisah. Tu yg aku suka tu. Yg tak best tu, tuan umah ni dgn Cik Al pun sama, suka ngajak aku gi kenduri lah, perjumpaan itu inilah. Aku bukan tamoh, tp takut nak sesuaikan diri dgn orang2 kaya kat kwsn ni. Aku ni cuma budak kg jer. Sedangkan gi aerobik pun aku dah segan2 biler yg dtg ramai dgn keta yg menjalar2, inikan plak yg lain2.

So, jadual harian aku dah berubah. Aku dah tak bangun kul 5.45 lagi, tp dekat kul 6.45 baru bangun, buat sit up kejap, semayang * (subuh gajah, jgn tiru tau), gosok baju, mandi, kemas2 dan kuar gi tapau bekfas dan gi kerja. Balik kerja, setiap isnin n khamis, gi kelas aerobik kat stadium. Selasa ngan Khamis plak gi masjid. Rabu ngan sabtu plak gi gym. Perghh.. penuh beb jadual aku.

Oklah, pnjg dah ni, ptg ni aku ada janji ngan Cik Al, Nor ngan Ayin nk gi tgk PHSM kat Leisure Mall. babai..

* Aku tau tk baik lmbt2 semayang, tp tu lah waktu yg plg cepat yg aku mmpu stelah tambah tolak ngan rasa malas n hasutan setan. Aku plak mentang2 lah duduk dekat dah ngan ofis, suka2 nk bangun lmbt. Teruk kan aku? Ayat ni aku tmbh lepas kena sound dgn Physicks. Tp aku skit pun tk kecik hati ngan awak. Malah aku t'ingin nk tau, saper awak ni yg begitu berani sound aku..hemm.. lelaki ker perempuan, aku kenal ker tak?

Tuesday, May 25, 2004

MASAK-MASAK DI TEMPAT KERJA

Mengantuknyer mata.. Kenyang agaknyer makan mi hun sup semangkuk tadi tghari. Bukan makan kat luar, kat ofis jer. Bukan jugak beli, tapi masak. Masak?? Hah itulah speselnya kat ofis ni. Kami ada group yg share untuk masak makan lunch. Melayu sama melayu lah. Setiap bulan kami kumpul sorang RM10, then hari2 tertentu kita pakatlah nak masak apa. Contoh kalau nk masak nasi berlauk, bagi2 lah, orang ni nak masak apa, orang ni nak masak apa, sumer guna duit tabung tu. Kat ofis tinggal masak nasi dan panaskan lauk. Macam ari ni, ada yg bawak perencah sup siap tumis, ada yg bawak daun sup, bawang goreng, ayam, sambal kicap, mi siap celur dll. Kira berbaloilah makan macam ni. Dengan duit RM10 tu kami leh makan sedap2 smpi 8 kali setiap bulan. Kengkadang tu berlebih2, kami masak bubur kacang atau pengat waktu minum petang.

Kengkadang biler masak tu, ada jugak ca yg mengendeng. Tak kisahlah, tp biler time derang masak, haram kitorang tak sentuh, wlupun derang kata halal. Kalau derang masak tu mmg baunyer, aduh mak, sakit idung, satu ofis bau. Yg geram tu kengkadang, derang masak jugak ba alif ba ya tu kat ofis, tu yg rasa geli sgt nak guna cawan atau sudu atau span basuh pinggan kat ofis. Sanggup beli cawan sendiri, span sendiri, sudu sendiri, dan naik buat air sendiri. Tapi ada jugak org kita ni yg macam buat tak kisah pasal pemalas sgt nak buat air sendiri. Dia buleh wat dek jer suruh org ca wat air utk dia.

(Iklan: Tgh naip ni terdengar bos2 bising psl plan nak pi trip. Ari tu cam dah konpem sgt ke Desaru, la ni cam kompius plak. Nak pergi Sebana lah, Genting lah, Waterfall lah. Ada tu siap nak cruise ship. Giler haper. Bab seronok2 cam tu, kemain suka. Tp bab nak kuar duit utk tulun staff yg terpaksa wat rawatan kemotrafi pasal kena kanser, punyalah kedekut. Patut ker cam tu? Geram tulll..)

Sambung psl masak. Semenjak duk menyewa ni, tak dptlah aku amik share memasak sekali psl segan nk guna dapur tuan umah. Lainlah umah aku sdiri. Tapi bagus jugak macam tu, aku cuma perlu bayar dan dtg bawak mulut ngan perut jer ke ofis. Mmg macam pemalas, tp rasa selamat.

Actually terus terang aku tak suka sgt nk masak kalau staf lelaki pun join sekali. Bagi aku, memasak adalah satu perkara yg ada sentimental value untuk org yg kita masakkan tu. Kalau perempuan, aku tak kisah sgt. Kalau lelaki tu, aku rasa cam berat skitlah hati aku. Aku tak sewenang2nya masakkan untuk lelaki yg tak der kena mengena dgn aku kecuali orang yg istimewa jer. Bukanlah nak kata aku masak ni sedap sangat, tapi aku tak suka nak memancing perut orang. Kan ada pepatah kata, nak pikat lelaki tu mula dr perutnya. Itu yg buat aku takuuut sangat ni. Lgpun, aku bukan cakap kosong. Klu tak pernah berlaku aku tak cakap. Masalahnya dah beberapa kali terjadi dan aku dah serik. Biarlah orang kata aku pemalas pun, tak per.

Cakap pasal masak ni, aku mesti ingat yg weekn ni masa balik umah, aku nak masak bubur pulut hitam untuk abah. Ari tu abah dah order kat aku. Tp aku terlupa. Baru ni aku teringat. Cian abah, dah ler semalam birthday dia, aku tak belikan apa2 psl lum gaji. Nak nangis rasa dah ni. Tetiba berpk buruk, klulah dlm minggu ni apa2 terjadi pada abah aku, tentu aku rasa menyesal tersangat2. Biarlah abah tak baca pun blog ni, tp aku nak jugak wish.

HAPPY 50th BIRTHDAY ABAH !!!
ALONG SAYANGKAN ABAH !!!

Saturday, May 22, 2004

TEPUNG LAGI ??!!!

For the 1st time aku tunjukkan satu drpd meja aku kat ofis. Aku ni jenis tak duduk diam dlm ofis, kadang kat pc sana, kadang2 kat pc sini. Macam orang badwi ker org nomad lah cam tu, berpindah randah. Meja aku ni pun bukan ada pc. PC yg aku selalu guna adalah yg kat dlm bilik komputer dan server. Aku ngan boss aku jer yg conquer bilik tu. Bukan apa, terlindung skit dr pandangan orang ramai terutama bos2 lain. Senang aku ngan bos aku nak ngular surf Internet selalu atau main game ahakss...



** Kalendar siap ada dua tu, satu 2003 punya, satu 2004 punya. Klu ada yg next year punya pun dah tentu aku letak. Ada current, previous dan next. Yg highlight merah kat kalendar tu birthday abah aku (alamak!!! minggu depan lerr). Tak nengok lg meja bos aku, thun 2000 punya pun ada.

** Bunga daisy dlm vase kecit yg aku suka. Sbb tu blog ni pun gambo daisy. Dr thn 2002 aku keja, dr tu lah bunga tu ada atas meja. Tak berusik2. Suka sgt bunga daisy especially lepas nengok U've Got Mail.

** Mug jenis melamine yg menjadi tempat setia mengisi air nescafe atau milo aku setiap pagi dan petang. Kat ofis ni ada coffee girl, tp aku tak penah suh dia buat utk aku psl dia ca ya nun alif. Was-was dgn kebersihannya manalah tau, sudu dia, span dia penah diguna utk menda2 haram tu.

** Botol air mineral aku. Kengkadang satu hari sampai 2-3 trip aku refill botol tu. Tp kengkadang sehari satu botol pun tak luak.

** Pencil case aku. Dah bertahun2 aku guna sejak dr U. Ada keychain mana Ayue kat situ, hadiah dr Adilah, kawan aku kat UTM. Kitorang tuko2 keychain masa pesta konvo. Dlm tu tak yah tunjuklah kang korang pengsan.

** Handphone aku (sblh pencil case). Motorola E380 yg penah buat aku merana punya lama. Dulu aku plan nak tolak kedai tp tak jadi psl harga dia dah turun byk sgt. Rasa cam rugi sgt. (Currently battery meter show tinggal 2 bar, korang tak nmpk sebab tu aku citer)

** Foto Frame aku. Gambo masa konvokesyen. Ada 4 petak, setiap satunya bersama ahli keluarga aku, mak, abah, abang and adik

** Bintang2 Kecil Aku (dpn frame). Aku buat biler lepak2 tak der kerja. La ni dah jarang psl dah ada xtvt lain iaitu bloghop. Setiap kali org lalu meja aku, ada jer tgn gatal kebas sebiji dua. Mentang2 cute berkilat. Skang dah tinggal skit.

** Planner atas meja. Konon namanya planner tp aku jarang guna. Bawah plastik tu aku taruk macam2. Lirik nasyid Permata Ayah Bonda (Firdaus), Bisikan Nurani (Inteam) ngan Sumaiyah (Hijjaz). Ada jugak Ayat Seribu Dinar, kalendar, poskad, top up card dan drawing2 yg aku buat.

** Tepung bulan ni. 2kg complimentary flour yg kitorang dpt everymonth. Klu lah korang dpt rasa, panas lagi tuhs, baru proses. Aku nk bawak balik kasi Cik Al, dia rajin wat kuih. Klu bawak balik umah, mak aku bukan guna pun, dia jual balik adalah.

** Borang kebenaran bawak keluar tepung. Borang ni kena tunjuk kat Guard House masa balik nnt. Kang xpasal2 derang tuduh kita seludup tepung kilang.

Semalam aku tidur umah Cik Al lagi. Semalam, tolong Cik Al kelim tepi karipap yg orang tempah. Ahaks.. lawak, Cik Al kata aku kelim tepi karipap tu lawa, klu masuk pertandingan leh menang. Cheh pakkal aku tak der digicam, klu tak, leh aku tayang hasil kerja aku tu kat sini yg sbnrnya hampeh jer lebih. Rasanya mlm tadi, last aku tumpang tido umah Cik Al, pasal dah rasa tak sedap hati. Mak dah tepon sound apsal aku asyik merayap umah orang, wlupun Cik Al tu sedara dan umah dekat cuma beberapa langkah. Tuan umah pun dah ngadu kat Cik Al, kata aku tak reti duduk rumah diam2. Malam tadi, si nor plak berangin satu badan, smpi aku takut nk masuk tidur bilik dia, so aku tumpang bilik along.

Oklah.. selamat bercuti semua. Lepas ni 2 hari lah aku tak update psl isnin cuti. Petang ni nak gi gym lagi.. hehe. Bubbyee..

Friday, May 21, 2004

PULANGKAN

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dipuja
Kau pasti tak percaya
Kasih ku bukan,
Untuk mu, sayang

Tiada ku sangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupan mu
Bila bunyi bersatu
Kau milik ku

Pulangkan cinta hati ku
Oh hentikan lah menghantui ku
Pulangkan oh pulangkan lah pada ku
Ku pulangkan kesan hidup mu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku, oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hati ku ini
Akan ku jejakimu, kemana jua
Hingga akhir masa, sayang.....


Syahdu betullah lagu ni. Buat aku tak sabo nak pi tengok movie PHSM tu.

PULANGKAN, huarghh!! pulangkan lah kad ATM BCB aku, klu lah ada orang jumpa. Aku rasa tercicir lepas kuar duit ari sabtu lepas kat Pusat Perdagangan Pasir Gudang. Aku rasa jer, psl aku tak sedar pun kad tu ilang smpilah semalam masa nak kuar duit utk beli exercise mat utk aerobik. Abis satu keta aku selongkar smpi bawah2 kusi ngan bawah kapet aku korek, tapi tak der. Tepon umah, manalah tau tertinggal kat umah masa balik weekn ari tu, tp apa yg aku dpt? Selain drpd jawapan menghampakan, aku dpt leteran dr mak. Standardlah mak mak mmg cam tu. Tp panas hati aku, org dah tgh risau ni, lg nak berleter. Astaghfirullah. Kat umah sekarang pun dah cari tak der, kat umah Cik Al pun takder jugak. Cik Al kemain risau biler aku citer psl kad ilang. Aku dh report dah semalam, tp tak tau plak klu duit dah abis kena curi orang (itupun klu ada org jumpa, dan tau pin no aku).



Ari ni gi bank, konon nak kuar duit pakai buku tapi TAK BOLEH JUGAK!! Psl aper, psl signature aku kat dalam buku tu dah tak clear. Buku tu dr tahun 1999. Kebetulan plak, ruang dlm buku tu pun dah abis, nak kena buat buku baru. Tp psl signature punya hal, aku tak dpt jugak tuko buku psl aku bukak kat cawangan Skudai masa study dulu. Officer bank tu suh aku pi tuko buku dan apply balik kad ATM kat Skudai. Berapa punya kerja!! Huarghh.. So td aku terus apply leave ari Isnin ni. Mana sempat nak pi waktu kerja. Sayangnya annual leave aku. Apa leh buat, nasib badan. Duit dah tinggal RM20 dah ni. Cedihnyerr..

Hemm.. tengok ni, aku ada banner comey baru, Apih yg tulun buatkan (junior aku tu). Giler pantas, aku baru mention main2 dia dah buatkan, cayalah. So sesapa nak taruk banner ni sebagai link aku dlm blog korang, dipersilakan, eh..


Thursday, May 20, 2004

DESARU OH DESARU

Yesterday, we had a very short meeting regarding the plan of having an Annual Dinner 2004. As usual, our Finance & Admin Manager was like the very the 'berat hati' nak keluar budget. Ahh.. she is also considering about having Annual Dinner once in two years time. Next year, there'll be no Annual Dinner coz we want to save the budget to organize a grand Dinner in 2006 to celebrate our company's 30th Anniversary.

So, as a result, instead of having an indoor dinner in hotel as usual, we agreed to organize an outing for all staff this year. And the place had been chosen and it was DESARU. I've no objection about this idea, as i am some sort of 'tak kisah' person. Even i dun even care if they want to chose other places like Tg Balau or bla bla bla in Johor coz all famous beaches are very near to my house in Kota Tinggi, no big deal huh.

This is a plan only, but we must seek for MD's approval first. But the rough idea is all staff will gather in JBFM at 6.30am on 3rd October and together we will go to Desaru by busses (5 busses). No one is allowed to travel on their own as the main idea is to get together like a family. The journey will take about two hours (plg lamalah tu). At Desaru we will have our own program like games or anything lah yg belum terpk dek otak. Afternoon, we will have lunch together, and after that we will go to other interesting place in DESARU like museum, mini zoo, fruit farm and bla2 before heading back to Pasir Gudang. Sounds great huh.



Desaru Fruit Farm (giler best, bayo beberapa ringgit dan kita akan dapat sebakul buah2an untuk diratah, perghhh.


Mini Zoo (baru tau kewujudannya ari ni, memalukan sungguh aku ni)


Recreation (kat Desaru Adventure Camp mmg best, macam2 aktiviti ader)


Beach (nak berenang? on ur own risk)


Looking forward to this trip.

Wednesday, May 19, 2004

ANNUAL DINNER JUST AROUND D'CORNER

Received a memo yesterday,

To : Irene / Tracy / Margaret / Rahayu / Iskandar / Mohamad Salleh / Nordin

2004 Annual Dinner Meeting

You are invited to be involved in the annual dinner preparations. Please be present to share your ideas.

19 MAY 2004 (WEDNESDAY) 3.00PM MEETING ROOM DOWNSTAIRS

Agenda

1. Annual Dinner Date & Venue (FFM no dinner, JBFM Prai not fixed yet, PGEO 9 Oct. Awal Ramadhan 15 Oct)
FFM is our parent co, JBFM Prai & PGEO are our sister co

2. Any alternative from the norm (buffet? Ship? Seaside? Sibu Island?)

3. Souvenir (something useful & easy to distribute)

4. Entertainment

Ahh sudah, lagi satu kerja. Rasanya macam baru jer kitorang buat dinner 2003. Pejam celik dah nak buat dinner 2004 plak. Bertambah lagi kerja. Sejak masuk kerja kat sini, aku dah involve dalam dinner committee ni. Ni dah dinner yg ke3. Tak yah gi meeting, aku dah tau apa tugas yg bakal aku dapat.

-Uruskan invitation card (smpi kering2 otak aku nak design kad ikut citer rasa bos yg sungguh cerewet, follow up lagi)
-Uruskan pembahagian souvenir pada staff (torek telinga biler ada yg komplen kata souvenir murah sgt, dah tu co lokek, nak wat camna)
-Props (menda yg remeh temeh)
-Promotion
-Uruskan penjualan foto lepas dinner
-MC (thn lepas ramai org puji biler aku dgn bidan terjunnya jadi pengacara, thn ni sah kena lagi, alahaii)


Gambo Dinner 2002. Cuba teka aku yg mana? ahakss..hehe (muka budak xsampai sethn masuk kerja, 1st time mekap kat saloon, kopak 40 ringgit, xlawo plak tu)


Co aku ni lokek skit tang menda seronok2 ni. Sumer menda nak di cut cost. Kilang lain tu wat dinner jauh2, panggil artis, tp kitorang, sumer nak pakai internal staff jer, jimat cost. Tp kira ok lah, psl dia save cost kat situ untuk dibawa kepada bonus akhir thn. (3 senior manager tmpt aku dpt bonus 50k akhir thn lepas, kaya giler). Untuk thn ni, tak der idea dah. Thn lepas, kami buat pertandingan karaoke. Thn ni tak tau lah plak apa lagi idea baru. Yg penting, dah 2 thn dinner, aku cuma dpt penat jer, tak pernah pun dpt hadiah lucky draw.. tensennyyeeerr.

Tuesday, May 18, 2004

PI MAI PI MAI TANG TU

Biler dah pindah ke Pasir Gudang ni, ingatkan hidup ni dah makin berkembang luas. Rupanya tidak. Pusing2 tang tu jugak. Macam dunia ni kecik sangat ler plak. Banyak sgt yg saling berhubung kait. Aku skrg menyewa di Bukit Dahlia, dekat jer ngan umah sedara mara iaitu Cik Jam ngan Cik Al. Bilik yg aku sewa la ni, Cik Al yg rekemenkan.

1. Arwah suami tuan rumah tmpt aku menyewa tu rupanya kawan baik ngan bos admin tmpt kerja aku. Aku mmg baik ngan bos tu psl dulu penah selalu tumpang dia gi balik kerja, ikut isteri dia gi kelas ugama. Keciknyer dunia

2. Aku pernah duduk sebilik ngan Nor, anak cik Al yg dah nak kawin bulan 8 ni. Dan rupanya tunang nor tu, budak utm jugak yg rupanya kawan baik ngan abg alim (abg olok2 aku masa kat UTM). Keciknyer dunia ni yer?.

3. Kawan aku sekilang yg nama A tu, rupa2nyer sgt akrab ngan Cik Jam. Kira cam kuarga angkatlah tu. A pernah nak dijodohkan ngan anak Cik Jam. A jugak adalah kawan Nor spermainan kecik2 dan satu sekolah ngan Nor. Dunia ni kecik jer rupanyer.

4. Tuan umah untuk umah yg aku nak sewa (yg dah tak jadi), Kak Mai tu rupanya adalah kawan pada kakak kawan aku, Muryati. Laa.. Keciknyer dunia.

5. Jiran sebelah umah Cik Jam rupanya adalah kawan sekampung aku masa sekolah2 rendah dulu. Aikk.. keciknyer dunia.

6. Mazni, budak yg menyewa kat umah Kak Mai (pernah dicadangkan duduk sebilik ngan aku) rupanyeerr adalah satu ofis ngan Nor. Berapa punya kecik dah dunia.


Lepas ni, tak taulah sapa lagi yg aku nak jumpa yg akan saling berhubung kait lagi. Pelik jugak aku bila fikir2 balik. Sumernya berlaku tanpa disedari dan tak dirancang. Sama seperti yg berlaku pada aku dlm kes nak mencari bilik sewa ni.

Ari ni aku mengantuk tahap kronik. Pasal mlm tadi tak lena tidur sebab badan sakit2 lepas pi kelas aerobik. Dah lama tak exercise cam tu lah. Gi kelas tu semalam, aku rasa cam rusa masuk kampung. Yer lah, ramai yg dtg tu, gaya cam orang high class. Pakai baju aerobik yg seksi, suar ketat. Aku plak, ngan t-shirt lgn pjg, suar track bottom, siap pakai tudung lagi. Pas tu, oleh kerana aku baru jer daftar, aku tak bawak lah exercise mat. Malu gak aku masa tu, tp buat muka bodoh jer, buat atas lantai.

Tp exercise teruk2, tghari tadi makan lebih2 jugak. Haji Bada banjer kitorang makan kat restoran terapung (rahmat) kat Kg Pasir Putih tepi laut. Giler punya lauk. Ikan Siakap, udang, rendang, tempe, sayur, pisang dll. Sumernya dua hidang. Satu hidang dlm 7 lauk cam tu. Mau dekat 100 jugak Haji Bada bayo. Dah tu masa balik ofis plak ada orang banjer eskrem drumstick. Pergh.. sendat beb perut. Balik ni nk kena exercise lagi jawabnya.. alahai.. Lastly

HAPPY 2nd ANNIVERSARY JAJA & AZAM

HAPPY BIRTHDAY KAK NOR (JBFM)

Monday, May 17, 2004

BERAKHIRNYA DEMAM PIALA THOMAS

>


What a sleepy day. Adoii.. not sure kul baper aku tertidur semalam smbl menonton perlawanan akhir Piala Thomas. Rasa cam tak sedar diri, dah tau esok nak kerja, but still stay up until late night semata2 nk tengok badminton. Together with my brother dan dad, terbaring depan tv. Siap ada adegan taruh bertaruh plak tu. My dad kata Denmark menang while my bro sibuk pertahankan China. Sapa kalah, dia kena banjer makan seafood kat Kg Pasir Putih kat restoran terapung yg best tu. As 4 me, malas nk bising. Biler derang tanya aku sokong mana, i just replied that aku sokong Malaysia.. kui kui kui.. nasiblah Malaysia tak masuk final pun.

And, the result is clear now. China menang 3-1 bagi memastikan piala tu tetap berada di benua Asia. Permainan semalam kira sengitlah jugak. Most of Chinese player are still young, in their early 20's while Denmark sumer banyak dah tua malah yg dah 30++ pun masih main. Kelebihan Denmark adalah pada fizikal yg tinggi. So derang tak perlu terkejar2 pusing2 gelanggang nak pukul bola. Kaki derang, dua langkah jer dah penuh court dah pun.

Saper pun menang, aku still puas hati pasal bukan Indon yg menang. (jahatnya aku) remind me to the day when i watched the semi final game between MAS and INA. Snggup stay up smpi kul 1 lebih walaupun akhirnya hampa. Choong Han macam hilang sentuhan, Roslin plak macam nak tak nak main. Cuma beregu jer boleh dibanggakan. Tabik spring pada beregu bidan terjun Chew dan Koo pasal main bermati-matian, tak menyerah macam tu jer wlupun derang sedar, derang cuma bidan terjun, masih baru dan tak byk pengalaman. Suka betul aku tengok penyokong Indon terkedu masa rubber game ahakss.. penyokong Indon mak'aii giler fanatik. Sorang pakcik penyokong ni yg aku ingat sangat. Biler indon dpt mata jer, dia punya gelek tu aduss, dah ler gemuk. Geram aku rasa nak tolak jer dia biar jatuh tergolek.

Apa pun, dr dulu smpi skrg, biler tengok badminton, aku mesti cam pressure especially bile Malaysia main. Terukkan aku. Smpi perasan2 wlupun klu menang pun bukan aku dpt apa2. Biler Malaysia serve jer, mulut aku tak berenti2 baca bismillah semoga ada keajaiban yg bawa kemenangan.



1. Kenapa Indon sangat anti dgn Malaysia dlm badminton? Kata derang, biar kalah dgn orang lain tp jangan dengan Malaysia. apa maksudnya tu?

2. Masa game semalam, ramai orang China dan Denmark yg dtg sokong. Tp kenapa masa suku akhir ari tu, sangat sikit org Malaysia yg dtg, pdhal Malaysia lg dekat ngan indon dan lg ramai org Malaysia kat Jakarta. Takut ker?

3. Ari tu penah baca paper yg Misbun kata nak lupakan Piala Thomas pasal nak semua pemain bagi tumpuan untuk sukan Olimpik. Tp last2 sumer pemain harapan pun turun jugak. Apa citer ni?

4. Piala Thomas (nama pun nama omputih) berasal dari Eropah. Kenapa orang Asia berebut sgt piala orang? Buat piala sendiri tak leh?

5. Persamaan - Sony (indon) = budak jiran sebelah umah (muka sebijik) - Taufik (indon) = Beckham indon psl dia adalah ahli sukan yg bercinta ngan artis.

Enough untuk badminton.

(p/s: Anda tahu, istana plg besar di dunia tletak di beijing. Besarnya sehingga anda boleh tidur di dalam bilik berlainan setiap malam selama 25 tahun. perghh.. 365 x 24 ??)

Saturday, May 15, 2004

Pesta Perdana 7



Last night, i watched Pesta Perdana 7 at Suria Channel Singapore. Lebih kurang macam Anugerah Panca Delima kat Malaysia.

Aktres Wanita Terbaik - Sharon Ismail
Aktor Lelaki Terbaik - Khairudin Shamsudin
Aktres Pembantu Wanita Terbaik - Rila Melati
Aktor Pembantu Lelaki Terbaik - Suzairhe Sumari
Pelakon Harapan Terbaik - Nuraliza Osman
Pelakon Kanak2 Terbaik - Nur Syaqilah
Drama Terbaik - Rahsia Perkahwinan
Pengacara Terbaik - Nurul Aini
Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah
Rancangan Paling Popular - Cinta Bollywood

Personaliti Paling Popular

1. Suhaimi Yusuf 2. Aaron Aziz 3. Suhailah Salam

Yang Menarik
-Ada Agnes Monica nyanyi lagu tema drama Cewekku Jutek (dulu masa APM pakai baju sebelah tak berlengan, la ni plak suar pendek sebelah)
-Ning Baizura vogue sungguh
-Ada aktor hensem2 cam Eizlan Yusuf, Steve Emmanuel, Aaron ngan Fadly

Yang Tak Best
-Rancangan meleret2, banyak sangat menceceh
-Pengacara membosankan Suhaimi+Shafinaz+Maudy
-Ni rancangan Singapore ker gabungan 3 negara? Dah mcm APM.
-Suhaimi menang lagi? Bosannyyeeerrr!! Cian Suzairhe.
-Tak byk persembahan, asik bercakap jeerr. (Smpi kena sound dgn bunyi muzik dan ada orang jemput suruh pergi, ahaks.. cam mhalau jer)

Abis kul 12.00 malam, giler lama. Bosanlah, tengok APM lagi best.

Friday, May 14, 2004

Who Is Ainul Mardhiah

'dirimu pembakar, semangat perwira, rela berkorban demi agama, menjadi taruhan berjuta, pemuda yang bakal dinobat sebagai syuhada, itulah janji pencita yang esa, engkaulah bidadari dalam syurga, bersemayam di mahligai bahgia, anggun gayamu wahai seorang puteri, indahnya wajah bermandi seri, menjadi cermin tamsilan kendiri, untuk melakar satu wacana, buatmu bernama wanita, ainul mardhiah, kau seharum kuntuman di taman syurga, menanti hadirnya seorang lelaki, untuk menjadi bukti cinta sejati, oh Tuhan, bisakakah terjadi di dunia ni, seorang wanita bak bidadari, menghulurkan cinta setulus hati, di hati lelaki bernama kekasih' UNIC

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang diredhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut .... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama ....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sngguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya

andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligaiyang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai....

lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan...

lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yag pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku....

bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya ia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi...

Dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...

Semenjak dulu, aku mmg sgt suka dgn nama Ainul Mardhiah. Ejaan tu sengaja aku tambah y pasal terikut2 dengan ejaan nama Alang, kakak kesayangan aku di UTM dulu. Selain tu aku sangat suka dengan lagu Ainul Mardhiyah dendangan kumpulan UNIC. Aku bukan biadadari seperti Ainul Mardhiah tapi masih meningkatkan diri menjadi biadadari untuk orang2 yang aku sayangi. Insya-Allah

Thursday, May 13, 2004

MY NEW LAYOUT

Assalamualaikum..
Ahax.. after quite a number of days, i managed to come out with this new layout. Thanks to BlogSkin.Com as they give me a wide range and varieties of layout to be chosen and all are free. So genereous huh??

Actualy i did want to design this blog on my own, using my own taste and creativity. But unfortunately, my commitment to works and other matters that prevent me of doing so. What to do. I just can't wait for that free time to redesign my blog layout. So, here it is. To all my blog frenz, no more complaints huh. Hopefully most of u already aware about this new url.

Actually, i prefer to have a pink layout or anything that bright. But look, hehehe.. cakap jer, makin gelap aderlah.. ahaks..

Ok, that's all for the launching speech. Nak potong reben ni.hehehe. tepuk tangan sumer. Thank you.. Nak balik dah ni, takut kang balik lmbt2, air tak der plak. Lagi jadi kambing gurun. babai

Thursday, May 06, 2004

SEDANG DALAM PROSES NAK BUAT LAYOUT BARU DENGAN URL YANG BARU.. TAPI TAK TAU BAPER LAMA BARU SIAP. SANGAT BUSY DENGAN KERJA. ADA DUA PROJEK, SATU DAH LAMA PENDING TAK SIAP2. SATU LAGI SEDANG MENUNGGU.. BILER NAK START !!!