Thursday, October 01, 2009

Gigi Sang Puteri

Sekali baca tajuk entry ni dah macam hikayat dongeng2 kanak-kanak lampau plak. Sebenarnya aku cuma nak warwarkan satu dunia yang puteri kecilku Rafhanah dah tumbuh gigi !!

Kisahnya bermula semasa kami makan malam semalam merangkap makan berbuka puasa bagi yang puasa. Kesian sebenarnya kalau bersama Rafhanah semasa makan sebab dia tak leh makan apa2 pun hidangan kat situ. So, bagi mengelakkan dia ternganga jer tengok orang lain makan, aku pun menyudukan air ribena kepadanya yang juga adalah minuman kami masa tu selain daripada minuman panas Red Guara DCL.. takkan aku nk kasi si kecik ni minum kopi kot. Sudu kali pertama, kttukk.. eiii bunyi apa ni.. Korang bygkan lah biler sudu besi berlaga. Sudu lagi, kttukk , eh ada benda keras dalam mulut si kecik ni. Dah ada gigi ke si kecik ni.. Aku raba dalam mulut dia, maka sahlah bergigi. Ada 2 plak tu.

Apa lagi, lepas tu, ayah dan akak abang dia semua berlumba2 nak tengok dan rasa gigi adik. Excited kejap sedangkan Rafhanahnya terpinga2 tak tau apa lah yg jadi ni. Ayah dia mcm tak caya, leh plak dia tanya aku baby patut tumbuh gigi umur berapa bulan. Aikk, bukan ke soalan tu aku yg patut tanya dia kan, dia dah ada 5 anak.. musykil.
Mak aku kata baby klu cepat tumbuh gigi, maksudnya nanti dia lambat berjalan. Ye ker… kuasa Tuhan apa2 boleh jadi. Tapi mak aku kata jugak yang Rafhanah ni nanti sama dgn aku, dah setahun lebih baru jalan sebabnya kakinya sama dgn kaki aku waktu baby dulu. Bulat, rata jer.. tak der lekuk kat tepi belah dalam tu. Tapi sekarang ni, Rafhanah sangat kuat melonjak. Biler dipegang tak leh diam dah sekarang, letih orang yang jaga. Duduk dah ok, walaupun tak leh duduk sendiri, tapi biler didudukkan, dia boleh duduk tegak tanpa sokongan.

Tak sabar nak tengok gigi dia terus tumbuh, mesti chumel. Nampaknya Rafhanah pun dah ikut jejak Imran, member sebirthday hero Iffah. Imran lagi awal tumbuh, rasanya baru nk masuk 6 bulan dah tumbuh, Rafhanah plak 6 bulan setengah. Ok lah tu..

2 comments:

-zaza:o:binxz- said...

kalo tak silap aku, gigi kyra pon tumbuh 5-6 bulan gitu. erm nak kata lambat berjalan tak la lambat sangat tapi tak secepat kakak dia yg memang advance, tapi remember, dia lom berjalan dah pandai turun tangga hehe...

pada aku cepat ke lambat, kalau tak extreme banyak hikmahnya. kalau dah extreme sangat baru kita risau...

ni yg aku ada sket risau gigi susu jazzy belum luruh dah tumbuh gigi kekal! huargh! tak menyompek nyompek! one of these days kena bawak dentist la neh gi cabut...

ni nak mengadu... aku gadoh dengan mama lagi. aku dah tak reti lah dengan orang tua tuh. orang lain takdek apa apa dia emo terlebih... i guess it's d age. maslaahnya sekarang, dia tanak bagi aku keje! huargh! aku jobless lagi ke neh???!

Ayue said...

huhu.. so far aku rasa Rafhanah masih dalam range normal, tak extreme pun hehe. Cuma dia tak nak meniarap. Dia lagi suka duduk dan berjalan.