Wednesday, February 17, 2010

Seronok dalam kacau



Huh.. apa yang seronok, apa yang kacau. Yang seronok tentu sahaja yang berkaitan dengan laling kenit ku Rafhanah.

Semalam genap usianya 11 bulan. Dan ini bermaksud lagi 1 bulan lagi kami akan meraikan hari ulang tahun si kecil itu yang PERTAMA. Terasa begitu pantas masa berlalu. Bergenang air mata mengenangkan tempoh satu tahun yang dilalui bersama dengan pelbagai pahit manis.

Bila aku review balik pencapaiannya dalam bulan ke 10 yang lalu. Terlalu banyak kemajuan rasanya dan yang paling penting, sayang ku itu kini sudah boleh berjalan... satu kegembiraan yang terlalu amat bagi diriku sebagai seorang ibu melihat dia mengatur langkah terhuyung hayang tak stabil dan kadang2 terjatuh. Aku sangat2 terharu dan rasa nak menitis air mata melihat kecekalannya mengatur langkah satu demi satu. Apabila sahaja dia terjatuh, rasa gugur jantung ku. Lantas aku peluk tubuh si kecil tu memastikan dia rasa selamat, hilang rasa terkejutnya dan tiada sakit di mana2. Apabila melihat dia berjalan terlanggar objek sana sini, berpaut yang tidak sampai, berjalan yang tidak sampai ke tujuan dan rebah di tengah jalan tp tak menangis dan masih bersemangat untuk berjalan.. perasaan yang sukar aku gambarkan.

Yang lain-lain yang boleh dibanggakan, dia sudah pandai makan suap sendiri. Aku hanya perlu koyakkan makanannya kepada cebisan kecil dan membiarkan dia mengambil satu persatu untuk dimakan, ini tidak termasuk lagi babybites yang hanya aku perlu berikan sekeping padanya.. dan sedar2 je tengok dah habis pun.

Hanah juga dah pandai mengendalikan barang2. Beri henpon, dia tau letak di telinga. beri sikat, tahu disuakan ke kepalanya, beri pensil atau pen dan kertas, dia tahu memegang pensil berkenaan dan diconteng2nya di kertas wlupun mmg konfirm tak der apa2 rupa pun contengan tu. Botol susu dan pacifier tak perlu disuakan, letak sahaja di sebelah, tahulah dia mengambil sendiri dan dihisapnya. Yang paling best aku ingat adalah semasa aku berikan sudu, kepala di atas pemegang di bawah, pandai pula di pusingkan dulu, kemudian sudu tu muka ke belakang, dia terbalikkan pula.. kagum aku sekejap. Henpon pun dia dah pandai tekan2 buttonnya. Kadang2 tu memang lesaplah beberapa kredit henpon aku sebab bila aku kasi dia tgk gambar, tiba2 jer karang ter send kat siapa2 dan yg palig kerap ke henpon ayah dia lah sebab nama ayah dia yang 1st dlm contact aku. Klu aku kasi tgk video2 pendek upin ipin, dia tau nak tekan tengah2 untuk replay video tu biler habis dan kadang2 tak habis lagi pun asyik direplaynya..

Dia juga sekarang dah pandai mengajuk perlakuan orang, apa orang buat, semua nak diikutnya. Dan perkataan plak ada lah beberapa yang dia paham contoh kalau kita sebut puk amai2, dia pun tepuk tangan. Bila kita kasi tengok gambar dan kata ciummm.. dia akan cium gambar tersebut.

Kerana keseronokan itu lah makanya aku tak sampai hati nak layan kekacauan yang berkocak dalam hati dan minda aku sekarang. Kekacauan yang ada kaitan dengan entry aku sebelum2 ini tentang kesabaran. Entry itu yang mengundang salah sangka bos lama aku yang menyangka aku dh tak sabar nak keluar dari opis lama. Padahal entry tu sebab lain, bukan sebab itu.

Aku betul2 dalam dilema, runsing, sedih, kacau dan macam2 lagi. Semuanya berkumpul menjadi satu dan kalau bukan kerana Rafhanah, mungkin aku dah masuk Hospital Mental sekarang. Kalau bukan kerana kehendak tugas yang banyak dan banyak outstation, aku rasa akan lebih cepat lagi aku meroyan. Ya Allah, tolonglah aku.

5 comments:

-zaza:o:binxz- said...

sweet little Hanah, heaven & earth for Mother Ayue.

Grow up and be a good girl dear :o)

-zaza:o:binxz- said...

chik,

dont let our motherly moments be eaten up by our job responsibility.. u cant escape both chik. u need to entertain both.

how?

quality time is d best answer.

i know i know saying is much easier than going through it, carrying the burden. but hey, thats life. pray to God that we're given enuff time n space for our own self, kids, and also the job.

a person who doesn't appreciate what working mothers like us do for the family is a person not worth having at our side. so if anyone wants to tag along in our lives, they need to appreciate us, for who we are. for our sacrifices. for our sleepless nights. for our LOVE.

Ayue said...

Aku mmg selalu akan bawak hanah gi outstation.. but klu bawak hanah, kena bawak mak aku, kalau bawak mak aku means kena bawak abah aku atau adik aku sbb mak aku jenis tak leh tinggal sorang2 jaga cucu. Biler bawak abah atau adik, kena bawak juga dua2 sebab takkan sorang je nk tinggal umah. But lama2 mak aku pun mcm bosan ikut aku sbb x wat apa2 kat hotel. Aku plak kadang2 kena buat kerja gak kat bilik, so dgn pening2 berfikir, dgn ramai orang, dgn sepah2 barang, rasa terganggu gak bawak ramai2 ni.

Kalau nak bawak husband plak, dia kerja, budak2 plak sekolah. Klu kena meeting weekend pun aku takleh nk bawak husband sekali dgn Hanah. Sebabnya klu bawak husband kenalah bawak lagi lima tu which is ya Allah ramainya, udahlah semua dah besar2 belaka dan jenis tak leh kena tinggal, mesti nk ikut ayah gi mana2. Bilik hotel bukan besar sgt pun. Lg pening paler aku. Klu nk ditinggalkan yg besar2 tu boleh tp kenalah parents aku tunggu kat umah tengok2 kan derang which is mak bapak aku mmg tak hingin, dah serik dah. Coz derang dtg duk KL ni sebab nk tolong aku n nk jaga Hanah, bukan sapa2 yg lain...

Klu nk ulang2 alik plak merbahaya lah sebab aku meeting selalu habis midnight, xkan nk drive malam2 buta tu sorang2 kan.

Fizee said...

ayue lama x visit blog ko..
oh dah tukar kerja ek..
tgk schedule hecticnye & mak aih byk nye outstation.. mesti sedih setiap kali nak tinggal hanah :(
nway best wishes for ur new job ek..
do take care!

sha said...

haah la... mcm kejap je dah besar budak kecit comei nih. hum hum