Friday, January 22, 2010

Thing To *dot dot dot*

Hari ini saya rasa sedikit lega kerana hasrat saya untuk berjumpa dengan semua pegawai dan staf saya telah terlaksana. Kami telah berjaya membincangkan semua projek-projek 2010 bersama timeline nya sekali dan saya telah berjaya mengagihkannya kepada pegawai-pegawai agar semua tugas dan bebanan dikongsi sama rata. Sesuatu yang sungguh berbeza berbanding tugas saya di Bahagian lama sebab di sana kerja saya tidak berfokus dan pegawai2 saya boleh dikatakan sangat berdikari, mereka tahu tugas mereka sendiri dan saya hanya sebagai pemantau penasihat, pengantara dan tempat rujuk sekiranya mereka mempunyai masalah.

Di sini, walaupun projek kami tak der lah banyak sangat tetapi ia sangat besar impaknya kepada organisasi secara keseluruhannya termasuk stakeholder dan pelanggan. Sebab itu walaupun ia sikit, tetapi satu-satu projek itu memerlukan proses yang lama dan remeh bagi memastikan bahawa apa yang terhasil itu selaras dengan tuntutan semasa, undang-undang yang terpakai, disaring dan disemak dengan teliti serta mendapat feedback daripada pelbagai pihak.

So, dalam kerja saya dah tau apa yang saya nak capai 2010 ni. Macam mana pulak dengan kehidupan peribadi saya. Saya naaaakkk..

a) Bercuti!! Lama sgt tak bercuti yg betul2 rehat. Tahun ni saya pikir nak gi Sabah atau paling koman pun Cameron Highland. Kalau tiba2 saya dpt durian runtuh puluh2 ribu, saya nak gii Europe!! Hahaha.. Entah sapa nk bagi agaknya huhuhu. (Mampu ke, jadual kerja saya sangat penuh hingga Jun ini)

b) Saya nak beli blackberry. nak ler henpon canggih sikit. Kawan2 saya sumer dah pakai blackberry.

c) Menyettlekan hutang kad kredit saya. Sudah dua bulan saya tak guna kad kredit sebab saya betul2 nak zerokan hutang kad saya itu.

d) Saya nak beli perabut sedikit untuk bilik saya dan Hanah di rumah Kajang. Bilik kami berdua.. huhu syoknyaaaa.

Aikk kenapa apa yang saya nak buat tu semuanya memerlukan duit eh.. Hehe ye lah, kalau tak memerlukan duit tentu dah lama saya buat hahaha. Sebab saya miskin, sebab tu saya tak buat lagi. Oklah itu jangka masa panjang lah. Jangkamasa pendek plak....

a) Saya nak buat photobook untuk Rafhanah darling kesayangan saya tu sempena birthday pertamanya lagi 2 bulan.

b) Saya nak beli broadband maxis.

c) Saya nak beli lebih banyak baju2 baru untuk kerja, outstation, kasut, handbag. Semuanya perlu sebab saya kan dah naik pangkat, takkan nak bawak gaya pegawai cabuk jer, cian saya.

d) Saya nak service keta. Rasanya macam banyak nak kena repair. Keta yg banyak berjasa pada saya. Walaupun saya ada juga hasrat nk tukar keta tapi rasa sayang lah nk jual keta lama tu.

Again... semua nak pakai duit huhuhu.

3 comments:

Anonymous said...

bila nak buat reunion LEADECK?
http://eprints.utm.my/554/1/MuhammadRidwantoSyaful2006_Perananleadeckdalammembantupembangunan.pdf
www.muhammadridwanto.wordpress.com

Ayue said...

kalau ada yang arrange, insya Allah tentu dpt sambutan. Tapi semua dah bersepah2, payah jugak nak kumpul balik semua.

-zaza:o:binxz- said...

aku pun nak BB. kau tau kan Eric dh kena curik :o(((

tapi aku x mampu la nak beli BB :o(((

achik, i hope u can really get wat u're looking for in ur career. i hope u'll be happy, amin.