Monday, January 18, 2010

Pindah Sudah...

Jeng jeng jeng.. Hari ini akhirnya aku pun selamat dah berpindah ke tempat baru. Bilik ini walaupun tidak seselesa di tempat lama, tapi aku tetap suka. Walaupun bilik ini macam kecik sikit daripada bilik KPP yang lain, aku rasa bilik aku ni comel. Kalau ikutkan katanya perabut dlm ni bukan sepatutnya untuk aku. Patut ada perabut baru. Tapi aku leh imagine kalau perabut baru mesti agak crowded. Apa2 pun nanti aku akan tetap pastikan bilik aku ni akan tetap chumel seperti yang aku idamkan. Lagipun bukan lama sgt pun, smpi ujung tahun ni jer pun, kami akan pindah bangunan baru di Presint 5.

Aku tak ada masalah dengan orang di sini, semuanya baik2. Pegawai dan kerani2 aku pun baik2. Cumanya kerja yg bakal aku buat ni lah. Hari pertama kerja aku rasa dah pening sgt. Mungkin sebab lighting bilik ni dan keduanya sebab aku pening tengok pelbagai draf akta2, rang undang2 dan perlembagaan. Perghhh tersangat lah dry perkara2 ini. Belum baca dah rasa mcm nk muak2 dah ni.

Sabtu lepas secara rasminya dan buat kali terakhirnya aku menduduki bilik lama. Terima kasih kepada kak nor sebab sudi tolong aku sisih2 kertas2 lama aku yg aku dah arkibkan selama 4 tahun ini huhu. Sedih jugak rasanya meninggalkan tempat lama. Tapi itu lumrah.


Inilah rupa bilik aku sebelum ini. View yang cantik.. (bilik skrg hanya ada view dinding, takder tingkap huhu, agaknya sbb tu aku pening). Deretan cenderamata dari pelbagai negeri dan negara pemberian rakan2 kerja, komputer ku yg penug gambo darling Rafhanah.


Ini plak waktu dah kemas.. sedihnyaa.

Oh ya, nak kasi tau jugak, sempena perpindahan ke opis baru ini, aku turut ditemani dua harta yang baru. Iaitu handbag baru hadiah dari staf unit lama aku. TQ guyz. Dan jugak sebuah netbook Lenovo hadiah dari diri aku sendiri atas pencapaian ini. Puas hati huhu. Dah berapa minggu aku menyervey seluas mata memandang, sejauh kaki melangkah di sekitar bangi, kajang dan seri kembangan. Last2 semalam aku gamble dari asalnya nak ke mines, tiba2 terlajak dgn sengaja, parking di stesen lrt sungai besi dan terus beli tiket ke Hang Tuah, turun dan amik monorel ke Imbi dan tup2 tadaaa.. Low Yatt. Sampai2 terus nmpk kedai besar jual Lenovo. Terus lah rembat satu bersama hadiah2 yang banyak.

No comments: