Tuesday, January 19, 2010

Kenapa bila membaca mesti ngantuk

Dah nama orang baru, pertama sekali masuk kerja mestilah membaca dokumen2 ataupun saya akan menjadi sorang yang sungguh poyo kerana tiba2 busy buat kerja entahapa2 padahal bos belum memberikan apa2 kerja pun? Misterinya kerja apa plak yang saya buat itu?? Mungkin saya tidak serik2 digelar poyo sedangkan baru 2 hari lepas itu saya menyandang gelaran breprestij berkenaan kerana sangat eksen dengan lappy baru.

Pagi ini saya akan berusaha dengan gigih untuk menghabiskan bacaan Akta A*** saya. En Mi kata (En Mi adalah panggilan pegawai2 saya kepadanya sedangkan saya memanggilnya dengan nama penuh Mykad beliau tanpa sebarang gelaran hormat di pangkal nama) saya perlu membaca buku panduan terlebih dahulu, kemudian baru baca Akta berkenaan seimbas lalu selama dua jam dan kemudiannya sila berpatah balik dengan membacanya secara terperinci sampai terjegil biji mata akibat ayat2 perundangan yg sangat skema dan dry.. *sigh* Sesungghnya ketika entry ini ditulis, saya baru tiba di mukasurat pertama buku panduan, belum buku akta lagi tu.

Mungkin saya perlukan kopi untuk tujuan murni ini. Hemm, mungkin kopi yang sehebat kopi stesen kereapi Kluang atau Old Town White Coffee. Ampun, saya tidak akan lagi minum kopi di Old Town White Coffee sebab saya terus sakit perut lepas makan di situ, tak tau lah pasal roti kah, pasal kaya atau mentega kah atau sebab kopinya kah? Entahlah.. mungkin perut saya tidak berapa ngam dgn kedai2 mahal huhu.



Mommy Hanah, go and read ur buku!! NOW!!

No comments: