Wednesday, January 13, 2010

Lagi... untuk kenangan..

So, hari ni aku telah membuat major pengemasan. Kabinet tinggi gemuk, kabinet rendah lebar, meja tepi, semua aku dah clear kan. Yang tinggal adalah apa yang ada atas meja, dalam laci dan satu sudut yang aku lambakkan 2, 3 timbun dokumen paras pinggang untuk disort, dibuang, disimpan atau dijual kepada lori beli surat khabo lama, huhu kaya aku. Tapi payah gak sebab byk dokumen rasmi kerajaan, so, kena shred dulu. Tapi sapa nak shred? pengsaaannn..

Apa lagi kenangan di sini?

-Aku tentu ingat outing pertama bersama satu Bahagian ke Pangkor. waktu tu tak silapnya aku dah masuk 8 bulan ngandung. Giler gamble, naik feri lah itu lah inilah. Klu ikut hati siap nak naik bot ronda pulau lagi.. tapi bos besar rumah tak bagi. Sib baik Rafhanah tak kuar masa kat Pangkor, kalau tak, satu kerja pulak nak mengangkut naik feri.

-Dari anak dara, sampai kawin, sampai dan beranak sorang aku di sini. Aku tentu sangat ingat bagaimana kelemahan tubuh ku semasa awal2 mengandung menyebabkan aku terlibat satu kes yang membawa kepada pengetahuan KSN (dah orang tu antar emel report ke KSN, tentulah KSN tau kan). Kelemahan badan yang masih terkontang kanting menyesuaikan diri menyebabkan kadang2 aku terlena di opis, dan ada orang amik kesempatan dari itu menaikkan nama aku. Eeee.. sakit giler hatiku ini. Aku doa nanti dia mengandung, biar Allah tunjukkan dia.

-Pakcik2 makcik2 cafe.. huhu pakcik janggut (aku sgt jarang makan kat sini), pakcik kalut kedai sinki (aku selalu makan sini sebab murah), kedai pakcik nasi ayam (pernah naik satu bas dgn dia masa kat jb), kedai akak rugged (nasi lemak singgit sedap tp mahaaall yg lain2), kedai western (dulu anti sebab selalu buat aku tunggu macam org bodoh), kedai goreng2 (pernah buat nasi goreng aku rasa tawar melesi, takder garam langsung)

-Di Bahagian Biasiswalah aku dpt merasa pergi oversea. Macam tak caya tuuhh. Time kacihlah kat bos sebab pilih aku join sekali wlupun aku pergi sana setakat jadi kuli wat kerja jer, tak der jalan2 pusing london pun huhu. Tapi aku sgt2 puas hati, first time naik flight business class smpi lenguh2 duduk 13 jam dan smpi muak2 makan tak habis2 dlm flight tp tak sampai2 London. Kat London jugaklah aku kenal bos baru aku sekarang, waktu dia posting di sana. Kat situ jugaklah aku dpt merasa salji yg tinggal sepo2 sebab dh nak masuk spring huhu. I treasure the moment very much.

masih banyak untuk dikenang.

1 comment:

Alin Kay said...

Tahniah..terima kasih atas segala tunjuk ajar di sini..semoga kejayaan senantiasa mengiringi perjalanan hidup Cik Ayue