Tuesday, January 12, 2010

Perjalanan ku di sini

Nota Serah Tugas tak settle lagi tapi dah mula terpk apa ayat nak reka untuk speech masa jamuan perpisahan nanti. Ada ke.. haha. Jamuan tu nanti insya Allah bukan untuk aku sorang tapi untuk dua orang lagi pegawai yang dah pindah tapi belum dibuat jamuannya.. haha akulah tu punya pasal, sungguh kurang efisien. Bila chek2 balik baru aku perasan, hari tu nanti 3 orang yang yang diraikan tu adalah ketiga2nya ketua unit dan ketiga2nya jugak pindah ke jabatan yang sama, what a coincidence. Terlupa, kedua2nya perempuan yang dah beranak pinak hahaha.

Sedih tu sedih jugak.. tapi itulah namanya lumrah. Aku kena pergi jugak, aku duduk sini pun tak ada jawatan. Dan aku pun kena keluar dari kepompong yg aku duduki lebih 4 tahun lamanya ni. Kalau aku nak jadi pegawai yang hebat, aku kena versatile. Aku kena tahu banyak perkara, environment yang pelbagai, pelanggan dan stakeholder yang berbeza-beza. Biler pk mcm tu, rasa tak sabar plak nak pergi tmpt baru lagi plak dgr kata bilik aku dah ready pun, komputer pun dah siap pasang, tinggal nak masuk tuan punya bilik jer. Hemm.. efisien betul EO sana.. thanks ye Farah (mcm lah Farah nk baca blog aku ni pun)

Masih aku ingat masa mula2 masuk kerja di KPT, macam mana kami berkumpul di bilik meeting aras 5 menunggu posting. Dan aku dpt posting di Bahagian Biasiswa. Percaya atau tidak, first impression aku agak berbeza sebab bagi aku kawan2 aku dpt bahagian yang namanya sungguh gah, cth perancangan dan penyelidikan, khidmat pengurusan dan korporat, penyelarasan dasar dan antarabangsa, masa tu bagi aku nama Bhgn Biasiswa tu biasa2 jer. Padahal aku bukan tau pun apa nature kerja kat situ. Tapi tu lah, nama tidak menggambarkan segalanya. Setelah 4 tahun lebih, aku merasakan betapa besarnya impak fungsi Bahagian aku kepada masyarakat. Kami berhubung langsung dengan masyarakat. Tolong orang menuntut ilmu, betapa mulianya tugas itu kan.

Tentu aku juga ingat pertama kali menghadap bos di cubicle Cik Ida. Pun tak best jugak sebab rasanya masa tu bos langsung tak suka kat aku sebab katanya dia expect orang lain (Yusliha), bukan aku. Down tak? Tak per, aku dh biasa, bos tak kenal aku lagi. So, bermula lah kehidupan aku sebagai penjawat awam dengan cubicle pertama berdekatan tmpt punch card, depan cubicle En Wan yg betul2 sebelah pintu. Pintu yang kureng ajar sikit sebab asyik bunyi jer. Haha tentu En Wan akan kenang pintu tu smpi bila2. Masa tu aku tak der kerja yg khusus. Aku tolong en wan dgn pinjamannya dan pada masa yang sama aku tolong set tup untuk program HLP, aku jalan kaki turun naik ke E12 belajar, dapatkan prosedur kerja. Lepas tu, design borang semua. Dan tak lama lepas tu aku pun pergi DPA. Oh ya, masa tu, aku sorang je pegawai 41, en wan 44, pn saidatul 48. Masa tu warga bahagian lebih kurang 10 orang je tak silap aku.

Balik DPA.. aku pk nak wat operasi. Tapi bos tak kasi. Dia kasi aku wat pentadbiran dan kewangan, ketua unit tu. Rasa mencabar betullah. Dah ler aku ni bukan terer sgt bab2 ni semua. Mmg lah dulu kat kilang lama aku wat admin jugak, wat hr jugak dan wat finance jugak.. betapa rojaknya kerja aku masa tu. Tapi di jabatan kerajaan tentulah tak sama kan. Aku ingat lagi macam mana en husin selalu sindir aku, seolah2 memperkecilkan keupayaan aku wat kewangan. Down lagiii.. apa lah nasib aku. Tapi aku belajar perlahan2 dari Irene. Ku belajar jugak dari kursus2 yg dianjurkan. Kadang2 aku cari sendiri kursus di Intan untuk memantapkan pengetahuan aku.

Dari opis kecik yang ceruk di E3, kemudian bersusah payah berpindah sejak 2007 ke PjH yang lebih indah. Dari staf 10 orang, sekarang dah 70 orang. Dari cubicle gelap depan punch card, ke cubicle lain, kemudian dpt bilik tak bertingkap betul2 depan pintu bilik bos dan biler renovate baru, akhirnya aku duduk di bilik yang cantik dgn pemandangan jambatan, tasik dan masjid besi. Dari gred 41 ke 44. Betapa aku matang bersama Bahagian ini.

Aku amat berterima kasih kepada semua di Bahagian ini. Kalau boleh aku spesifikkan, aku sebenarnya terlalu banyak belajar dari bos, aku belajar cara menulis paper, memo, minit, nota jemaah menteri, maklumbalas. Yang aku akan sentiasa ingat adalah cara bos dalam penulisan adalah semua mesti padat, berfakta dan berprotokol dalam gaya penulisan. Hingga kini aku boleh berbangga sebab jarang sebarang penulisan ku kena conteng lebih2 dengan bos. Satu pencapaian tu. En Wan dan En Hussin pula sentiasa menjadi pakar rujuk aku. Tak pernah jemu melayan aku yg asyik bertandang bertanya itu ini, mintak pandangan itu ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua.

Kepada Irene, Zam dan Kak Sheha. Aku banyak belajar tentang kewangan dari korang semua. Aku rasa cukup berbangga dari aku merangkak2, kini aku boleh lah kata dah boleh jalan2 jatuh dlm urusan2 kewangan kerajaan ini. Aku bukan lagi orang yang nganga sahaja mendengar org berbincang tentang kewangan dan perakaunan.

Aku tentu akan ingat juga kumpulan KMK dan KIK aku. Dari kumpulan yang menang dan masuk ke peringkat wilayah dan kumpulan yang aku sendiri pimpin tapi tersungkur di peringkat Kementerian. Itu semua satu pengalaman yang cukup berharga buat aku.

Jaringan-jaringan aku di KPT. Semuanya aku kenang. Emmy, kak lia, farhana, farah di Unir Kualiti yg berurusan dengan aku tentang segala urusan kualiti. Thila, En Lan, CC Latifah dari Pentadbiran. Itu BKPK. Kalau di BPSM, aku akan ingat Sham Azura yg tolong aku handle bab2 PTS/PKS, Puan Azidah, Puan Nik. Kewangan pula, aku akan ingat Azreen, Puan Rosni, En Shahiddin, En Nordin, Puan Naz, Johan, Raze suara macho dan kaunter pertanyaan aku, Izniety. Dannn... tentu aku akan selalu jugak terkenang Bahagian Akaun yang byk sangat konflik dengan Bahagian aku. Sampaikan aku pun dah dikenali dengan imej yang negatif di situ.

Apa2 pun, aku harap selepas ini, Bahagian Biasiswa akan lebih maju dan menjadi Bahagian yang terbaik di KPT walaupun aku bukan lagi menjadi salah seorang warganya. Aku tentu akan rindukan kehidupan di sini.

No comments: