Thursday, January 07, 2010

kalau saya ada time machine

Beberapa hari ni, mood saya sangat tidak ok, tidak ada mood untuk membuat apa pun, kiranya klu mood tu boleh saya umpamakan adalah seperti indicator minyak kereta yang dah berkelip2 merah, cepat la pegi petrol pump.

Tapi, kalau kes saya ni. Maksudnya mungkin saya kena topup dengan sedikit excitement dalam hidup, aktiviti yang menggembirakan yang memang telah lama saya inginkan. Kalau tidak, mungkin saya akan jadi seperti kereta yang terus berenti mati tengah jalan dan ambil masa yg lebih lama untuk jalan semula sebab nak kena tahan keta orang mintak tumpang pegi petrol pump atau mungkin kena basah ketiak jalan kaki pergi situ atau mungkin tepon sapa2 mintak tolong dengan suara yang syahdu lagi mengasihankan.

Sebenarnya tidak ada satu perkara pun yang membuatkan saya marah atau tidak puas hati. Semuanya sama seperti biasa. Dan sama seperti biasa yang terlalu lama itu menyebabkan saya jadi tersangat2 bosan dengan hidup. Bosan sebab asyik sabar sabar sabar, tahan tahan tahan. Apa yang saya nak, apa yang buat saya gembira semuanya tak dapat saya buat kerana pelbagai kekangan yang saya sendiri pun tak tau mcm mana nak atasi. Kalau lah saya ada time machine, tentu saya akan jadi orang paling gembira, rasa nak belanja semua orang kat malaysia ni makan sate haji samuri.

Tapi.... :(

1 comment:

Khairi Mohd said...

Salam,

Saya tersesat ke sini. hehe. Oh, satey haji samuri mmg sedap. Pernah juga pekena satey rusa di sna. tapi mahl sikit la kan. :)

time machine? oh, no. xlogik2. ;p

kks.com