Monday, November 13, 2017

I'm back.. Chakkk!!!

Tadaaaa.... Waaahhhh rasa mcm balik ke tempat yang lama sangat ditinggalkan. Mcm jakun sangat gitu. 6 tahun kot, bukannya kejap. Sib baik ada lagi ghopanya blog ni, tak ler plak kena lupus. Kalau konsep ikut mcm akta had masa ni, tentu dah 'selamat' dan babai blog ni. Terima kasih byk lah incik blogger sebab masih simpan blog ku ini. Jasa mu tetap ku kenang sampai aku bosan huhuhu.. Tua dah blog ni sebenarnya. Dari tahun 2003 kot. Dari zaman i anak dara ok. Time tu blog adalah tempat bersosial yang sangat best. Bloghop dan kumpul kawan baru. Errrr.. mana lah kawan2 dulu tu eh. Siap ada gathering lagi tu. Sekarang dah ada media sosial, so blog2 ni i tgk dah macam tempat org jual barang je nampaknya hehehe dgn cara yang murah. Bila tengok post yang last, masa tu aku tengah jiwa kacau sebab ngandungkan echah. Sekarang, echah pun dah habis Tadika, tahun dpn dah nak masuk darjah satu pun. And sekarang ni plak aku tgh expecting lagi.. tapi bukan adik kepada echah ye. tapi adik kepada adik echah !! Echah anak kedua, dan sekarang ni tgh tunggu untuk anak keempat.. haaa berapa banyak aku skip update pasal anak. Dari echah sampai razin, nama derang tak de seketul pun muncul dlm blog usang ini. Tak pe, ni dah ada dah hehe.. So, apa cer.. Apa sebab aku tetiba mimpi di siang hari nak masuk balik mengupdate blog. Huhu.. ini semua penangan kelas MBA aku lah. Errrrr... ok pasal pasal MBA pun x penah sebut dlm blog ni. ishk ishk bayangkan berapa banyak info tertinggal tak masuk sini.. ok ok back to MBA. Apa kena mengena? Jeng jeng jeng, one of the assignment is to blog an entry about IT Outsourcing dan aku kena submit link ke entry tu kepada lecturer. So, nak bukak blog baru ke.. hahaha mcm malas je, boleh? Pakai blog ni je ok ke? Hehehe dgn harapan menggunung lecturer tak baca entry2 lain yang pasti mengundang malu yg amat, erkkk.. So itu je lah dulu. Mata berpinar dah ni. Baru sampai opis ni. Tadi g Toyota Service, keta wat hal duk kuar mesej "Check Hybrid System". Tahun ni amboi sampai dua kali dia buat mcm tu. Last2 org service centre tak wat apa2 pun and tak payah bayar apa2. Aikkk apsal senang sangat. Maka ketahui lah bahawa katanya beteri hybrid kena ganti. Bateri tu bukan 3,4 ratus rega mcm beteri2 keta lain tu. Betri ni harga dkt 7 ribu, ko hengat... tak migrain dengar? Derang akan claim under warranty sebab baru 5 tahun dan warranty 8 tahun. Tp lulus atau tak tu katanya bergantung jugak pada cara aku jaga keta dan derang akan tengok aku ni malas ke rajin antar keta g servis elok2 selama ni. Kalau tak lulus?? Sendiri tanggung lah makcik... Nangisss....

No comments: