Thursday, September 02, 2021

Unhaunting blog

After 4 years, i am back to this haunted blog.. dah tu 4 tahun tinggal, tak ke haunted namanya dik non. 4 years ago pun update sebab ada assignment MBA class.. itu pun after 6 years blog ni unattended.. nampak tak ketidakbertanggungjawaban pemilik blog di situ.

Today, i feel like writing again. Maybe sebab lepas ni dah nak venture to writing again again smpi muntah ijau for another 3 years.. yuck!. Tu yang sesedap rasa lidah dan tekak yang bebas COVID ni aku mencipta term unhaunting iaitu sejenis usaha untuk membuang keberhantuan blog yang lama ditinggalkan.. hamik koo paham ke idok hahaha.

After 16 years in service without any break (cheh wat2 lupa plak 4 kali beranak cuti 3 bulan tu bukan break ke kak), akhirnya i manage to 'rest' dari dunia tugasan PTD. A very valuable and precious 'rest' i can say. Thanks to JPA for this opportunity, i really appreciate it. I always believe Allah sentiasa dah tetapkan yang terbaik untuk kita tanpa kita tahu bila hadirnya. My tertiary education journey never been smooth like others but semua tu ada terlalu banyak hikmahnya.. yang kadang2 aku sdiri tak percaya aku akan smpi ke tahap ini.

After SPM, masuk program express UTM-MARA start December 1997. Org lain leh rilek2 lepas SPM pi belajar driving amik lesen, aku dh perah otak balik masuk belajar hasil aggregat trial SPM 10, nak pi obersi tgh recession, sedih (eleh ckp je lah sbnrnya ko tu tak cemerlang mana pun tp feeling nk fly, bluekkkk..). lepas result SPM kuar, aku gedik plak x smbung UTM tp pi masuk matriks U** (nama disembunyikan) kekununnya nk memenuhi impian parents yang ingin melihat anaknya menjadi seorang doktor.. cliche cliche.. Tp alangkah kecewanya si ibu kerana anaknya membuat keputusan lari dari sana dan kembali ke UTM Sanjungan Bangsa menyambung pengajian yang ditinggalkan (sila jgn ikut sbb aku anak derhaka). Tapi kan, seriously rasa lega giler dh balik UTM. Bila tidur kat hostel bangun pagi bukak mata tgk masih di UTM, rasa kebahagiaan yang amat sukar digambarkan. (drama lebih ko ni)

Habis belajar umur 21.. rilek kejap beberapa bulan start kerja as Asst Programmer Analyst kat JBFM. Sambil tu wat part time jugak Master Technology Management di UTM (i mmg pecinta UTM sejati, ko tau apa..). Kenapa bukan Computer Science, dh penat2 belajar programming 3 tahun kan. Sebab di sudut hati aku ni, aku suka management tp aku awal2 dh silap pilih masuk MRSM amik pure science. dah tu sapa tak bangga masuk MRSM weiii.. Taiping lak tu (oopss riak.. hehe). Semasa pengajian master aku tggal satu subjek dan 1 projek akhir, aku amik keputusan berhenti UTM.. Sebab masa tu aku dh dpt PTD. Susah beb nk commit dgn belajar, dah lah kena kursus DPA lagi. mmg tggelam ke laut dalam study aku. Sayang kan, aku dh spend masa, tenaga dan duit utk study.. tp itu lah namanya pengorbanan. Pengorbanan yg aku sdiri pun tak tau masa tu sama ada worth atau tidak.

Masa dah kerja, dua kali aku apply HLP untuk buat master tp both GAGAL. Apa ke malangnya nasib. Tak pe lah. Tetiba muncul plak satu peluang yg sgt best pada tahun 2014 tak silap aku. KPT dan UTM buat collaboration buat in-house MBA program. Ya Allaahh, aku memang suka gilerrrrr. UTM kot.. UTM kesayangan akuuuu. Memula semua kelas buat kat opis, which aku suka tp seriously bila kelas kat opis waktu kerja, aku mmg banyak tuang kelas sbb kena settle kan kerja opis. Then slowly kelas byk wat kat UTM KL, baru lah rasa feel student tu datang. kalau tak tu feeling pergi kursus biasa kat opis, apa barangg. Kelas MBA aku ni, dari asalnya 30 orang, half term more than 50% dah quit sebab tk dpt nk balance kan dgn kerja.. dan aku?? survive ke akhirnya, sempat 2 kali beranak lagiii haaa tu paling legend. 1st sem beranakkan razin, final sem beranakkan wawa. dan aku pergi final exam utk final subject aku pada hari ke 11 berpantang.. perghhh betul ke ni aku???

Hari ini, i am counting days for my PhD journey to start. Yg ni memang feeling masih tak percaya. Mimpi ke??? Semuanya berlaku tanpa dirancang, aku tak rancang tapi Allah rancang untuk aku. Aku saja test apply HLP utk PHD pada tahun lepas.. orang kata susah sangat nk dpt HLP PhD. I should give a try. Tak pernah seumur hidup aku nk belajar sampai PhD, seriouslyy. Proposal pun aku buat dlm bidang kerja yg mmg forte aku dari 41 dulu, kewangan. mana ada masa nk kaji bidang lain pun ko ni kan.. Dan aku buat paper betul2, bukan main2 ye. Ye lah, tak nak lah tunjuk aku ni lauya sangat, dh gred kanan takkan wat paper cikai. So paper kena menggambarkan ke52an diriku ini. Dalam hectic kerja kat NADMA ni, aku berjaya submit proposal. Tapii masa keputusan keluar, nama aku tak de weiii, kecewa aku beb. Tak de result kata gagal tp nama aku mcm hilang dibawa angin lalu yg sepoi2. Berkali2 aku call JPA dan emel, last2 aku berjaya jugak dipanggil interview. Dlm masa 2 hari wat preparation. Slide pun engineer aku tlg wat kan (tp content tu akak punya sdiri ok). Interview berjalan lancar wlupun aku ketar teruk masa present.. adalah slek sana sini. Dan akhirnya aku berjaya dalam satu kali percubaan. WOWW.. pat bahu sendiri. So, sbb tu aku masih tak percaya smpi skrg. Rezeki Allah tak pernah salah alamat.

Almost 90% persediaan telah dibuat. Alhamdulillah dlm keadaan kerja yg mcm skrg (only org2 rapat tahu betapa miserable nya kerja aku skrg), aku still dpt uruskan hal cuti belajar ni dgn baik. TQ Allah. Mak, along janji akan bw jugak title Dr. Rahayu tu in few years wlupun bukan medic yg mcm mak nk sblm ni. Now i am preparing my mental, my emotions utk meninggalkan NADMA.. terlalu byk kenangan di sini, terlalu byk yg akan aku rindukan di sini. Will update on these in the next posting.

No comments: